Menu

Friday, March 20, 2009

'Monolog cinta ku'

Dalam diamku ukir namamu di hatiku
Dalam diamku kucuri senyummu, ku simpan dalam jiwaku
Dalam diamku kulukis indah wajahmu,ku simpan di dinding hatiku
Dalam diamku kutanamkan rasa cinta untukmu

Tersemi kasih di alam cinta
Kerinduan tumbuh begitu indah di hati
Dan kegelisahan bersemi membawakan harumnya
Bersahabatlah wahai waktu

Aku ingin tenang di sampingnya
Cintaku kepada hamba Mu
Adalah ibadahku untuk Mu

Hanya kepada Mu segala cintaku berserah
Cinta sejati adalah kasih kerana Ilahi.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama..
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi , cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati.
“Sungguh Aku Sangat mencintaimu kerana Allah'

No comments:

Post a Comment