Menu

Monday, January 25, 2010

' Masa Terus Berlalu '

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..hampir tiga minggu saya telah berada di utara untuk meneruskan pengajian setelah tamat pratikal.. banyak perkara yang perlu dilakukan.. ^_^ insya-allah minggu nie nak pulang ke kampung.. rindu sangat pada insan-insan tersayang di kampung....rindu sangat2 kat semua... tak sabar nak balik jumpa..

report, alhamdulillah sudah dihantar.. tetapi rasanya mungkin banyak perlu diperbetulkan semula.. huhu... apa pun kena tggu pensyarah yang menilai melihatnya terlebih dahulu.. insya-allah rabu ini mungkin temuduga untuk pratikal ari tu.. jika tidak jadi ganti minggu hadapan.. harap2 biarlah minggu nie.. cepat untuk selesaikan report pratikal...

kat kelas.. masih ada subjek yang belum belajar.. pensyarah masih ada yang sedikit sibuk lagi.. tetapi dah ada pensyarah yang telah memberi asgment.. dah ada lebih dari 5 asgment kot minggu nie dapat.. ( kena rajin buat ) ada kena hantar minggu nie.. dan ada kena hantr minggu depan.. tak pun minggu yang akan datang dan seterusnya.. apa pun masih risau dengan report pratikal.. masih belum disemak oleh pensyarah.. kena tggu sampai rabu ini... insya-allah... ( puan cepat2 yer tengok report saya..hihi )

apa yang menarik semester nie.. kelas kebanyakkan hanya pada waktu pagi hingga tengah hari.. waktu petang hanya ada 2 kelas sahaja.. iaitu pada hari ahad dan khamis.. yang lain semua sampai tengah hari.. ( best..^_^ ).. jadi banyak masa pada waktu petang ada.. cuma masa nie tak tahu nak buat apa sangat kerana penyakit malas masih ada skit lagi kan.. nak buat mcm ner.. ptikal lama sangat kan..( sape ada ubat..mehh bagi..hihi )..




hampir 3 mggu kat sini.. pelbagai perkara berlaku.. ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan.. tetapi itu semua ujian dan dugaan.. adakalanya saya rasa tidak mampu untuk menerima semua itu.. tetapi saya harus kuat.. walau apa yang berlaku.. saya tidak boleh campurkan antara masalah dengan study.. saya perlu membezakan masa dan keadaan untuk memikirkannya.. masalah, dugaan dan ujian pasti akan di hadapi oleh setiap insan di muka bumi ini.. cuma bila dan dimana itu yang berbeza, samada banyak atau sedikit itu yang berbeza..

"Kita sering mahukan hari yang Cerah, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya Hujan perlu diturunkan.. Kita sering inginkan Keseronokan, jauh sekali Kesusahan.. tapi Allah lebih mengetahui Kesusahan itulah yang mengajar Kehidupan.. Kita sering inginkan Ketenangan.. hakikatnya diri ini penuh Dosa dan Kejahatan.. tapi manusia tidak dapat lari daripada Kesilapan.. Semua itu bukanlah suatu Hukuman.. tapi sebagai tanda Kasih Sayang Allah agar kita lebih Hampir KepadaNya..."

terima kasih kepada teman yang sudi mendengar masalah yang saya hadapi.. dan atas kata2 semangat yang kamu berikan.. hanya Allah yang dapat membalasnya... ^_^ syukran

akhir2 ini saya jarang dapat menjalankan tugas di iLuvislam.. rindu sangat pada teman2 tersayang di iLuvislam.. tetapi, ada kerja2 yang perlu saya selesaikan sedikit terlebih dahulu.. insya-allah, setelah selesai semuanya saya akan melaksanakan tanggujwab dan amanah yang diberi.. terima kasih semua kerana memhami... ukhwah yang terbina antara kita semua amat bermakna.. banyak yang saya pelajari dan kamu semua.. sayang pada kamu...^_^

dan juga tugas di inspirasi.. isnya-allah, setelah selesai semuanya.. saya akan jalankan amanah yang diberi.. maaf kerana kurang membantu di inspirasi... harap akhi masih beri peluang apda saya di inspirasi...

syukran pada family dan teman2 yang memberi semngat dan sedikit kekuatan pada diri ini.. apa yang kalian berikan hanya Allah yang dapat membalasnya... sayang kamu semua... ukhwah fillah....

wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment