Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak berdaya kerana kakinya masih kecil, manakal rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.
Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang tersebut boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak amhu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.
Inilah akibat hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu sering terjadi.
wallahua'lam..
sumber: majalah solusi
No comments:
Post a Comment