Menu

Tuesday, April 3, 2012

✿Kekuatan DariMu ✿

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

~✿Baruku melangkah, terasa PIPIKU BASAH.. menangiskah aku? masakan pula.. ku dongak menjauh ke LANGIT, Allah.. RAHMAT Allah sedang mencurah, hujan.. langkahku itu tidak terhenti, ku teruskan jua.. membiar hujan menyelimuti diriku, SEGAR dan SEJUK sekali..walau di saat ada manusia menyumpah-nyumpah hujan ini, menuduh hujan sebagai penghalang aktiviti mereka, aku malah MENGALU-ALUKAN kehadiran hujan..

TURUNLAH dengan lebatnya.. turunlah dengan kenikmatan, turunlah dengan berkat.. turunlah rahmat Allah, seronoknya tidak terkira.. lalu, di hujung destiniku itu, aku terdiam terpaku.. berdiri seorang diri, DIAM aku merelakan.. hujan menimpa mencurah-curah ke atas tubuhku, aku diam memejam mata.. menghadirkan rasa kesejukan, rahmat yg sedang Allah turunkan.. Subhanallah..

Aku MENANGIS di dalam hujan,.. hujan yang aku CINTA.. Biar pada wajahku tertampalnya SENYUMAN, di dalam hati tetap tidak akan mampu diselami insan.. kecuali yang cuba merapati dan mendalami, dan bersedia berhadapan dengan KEBENARAN HAKIKI..

p/s : Ya Allah, berilah daku PAHALA atas musibah ini dan gantikanlah MUSIBAH ini dengan sesuatu yang LEBIH BAIK..Amin.. wallahua'lam...♥♥ -h.a-

No comments:

Post a Comment