Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Merancang majlis perkahwinan sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Paling utama, anda perlu mempunyai wang yang mencukupi agar majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Hati-hatilah dalam merancang supaya kelak tidak akan menanggung beban hutang yang banyak. Adalah sangat baik jika kita dapat mengurangkan perbelanjaan ketika majlis perkahwinan diadakan kerana kehidupan selepas kahwin adalah yang paling mustahak untuk difikirkan. Ikuti tip untuk kahwin dengan meriah tetapi bebas hutang.
1. Duit Belanja Yang Mencukupi
Biasanya belanja kahwin ini agak tinggi. Oleh itu, tentukan sendiri bajet maksimum dengan mengira dulu duit yang ada. Kalau tersilap, takut anda yang akan susah di kemudian hari nanti. Kemudian, bahagikan kepada dua iaitu perbelanjaan yang diperlukan dan jumlah yang perlu anda simpan.
2. Semak Bajet Dengan Teliti
Bagi memastikan perbelanjaan perkahwinan anda sentiasa dalam kawalan, semaklah selalu bajet yang dibuat. Pastikan semua keperluan utama telah dibeli terlebih dahulu. Jika ada duit lebih barulah boleh mempertimbangkan untuk membeli atau menambah lain-lain barang.
3. Berkongsi Simpanan
Demi kebaikan bersama, anda dan pasangan boleh juga berkongsi simpanan untuk melangsungkan majlis perkahwinan nanti. Anda juga boleh membuka satu akaun bersama sebagai langkah yang bijak untuk masa hadapan nanti. Secara tidak langsung, cara ini dapat mempercepatkan masa untuk anda disatukan. Walau bagaimanapun kedua-dua belah pihak mesti ada kepercayaan antara satu sama lain. Mestilah tanamkan sikap berdisiplin dalam usaha untuk menyimpan duit tersebut dan jangan harapkan pada sebelah pihak sahaja.
4. Ikut Kemampuan
Jika bajet anda agak terhad, utamakan persiapan yang penting dahulu. Hal ini dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan. Sebagai contoh, mana lebih penting antara mengupah khidmat juru gambar atau DJ untuk menghiburkan tetamu?
5. Sebut Harga Perkhidmatan
Contoh perkhidmatan yang mungkin anda perlukan adalah jurugambar, sewa baju pengantin, hiasan pelamin, katering, khemah, dan kad jemputan. Buat sedikit kajian tentang sebut harga perkhidmatan yang bakal anda gunakan. Cari 3-5 pihak untuk setiap jenis perkhidmatan dan bandingkan harga serta pakej yang ditawarkan.
6. Kira Kos Sebenar
Dapatkan kos sebenar untuk setiap barangan dan lain-lain kos sampingan yang terlibat. Hal ini memudahkan anda membuat perbandingan untuk jumlah perbelanjaan setiap barangan berserta dengan perkhidmatan tersebut.
7. Bajet
Fikirkan berapakah jumlah kewangan yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan anda. Sifat bersederhana dituntut dalam Islam pada setiap perkara. Maka berbelanjalah berdasarkan kemampuan anda dan elakkan daripada menganbil pinjaman peribadi secara berlebihan.
8. Bincang Bersama
Perbincangan mengenai perkahwinan anda dan pasangan adalah mustahak. Hal in bagi mengelakkan pembaziran dan terus mengekalkan bajet perkahwinan anda. Pastikan bahawa keputusan yang dicapai dipersetujui secara bersama. Ini bagi mengelakkan ungkit mengungkit di belakang hari.
9. Senarai Keutamaan
Jika anda mempunyai bajet yang terhad, cara yang terbaik ialah memberi keutamaan pada perkara-perkara yang penting dahulu. Contohnya, tempat majlis, makanan, mak andam, kerusi meja, cenderahati, dan jemputan. Ini semua adalah penting jika dibandingkan dengan dekorasi tempat majlis, muzik dan penggambaran di luar. Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat demi masa depan tanpa hutang.
10. Berkongsi Perbelanjaan
Ini selalunya jika majlis diadakan bersama di hotel, dewan serbaguna atau sebagainya. Para jemputan yang hadir dijemput oleh kedua pasangan pengantin dan keluarga. Oleh itu, memanglah sepatutnya berkongsi kewangan dalam perbelanjaan bagi majlis perkahwinan itu. Akan tetapi, jika ada adat tradisi yang harus diperhatikan seperti ‘tol’, pihak pengantin lelaki seharusnya yang membayar.
semoga membantu buat para B2B =)
sumber : PesonaPengantin
No comments:
Post a Comment