Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"Pilihlah pasangan yang MAHU mendalami AGAMA, bukan yang sekadar tahu agama tapi tidak mahu mendalami, apalagi mengamalkan kerana yang mahu itu pasti akan BERUSAHA yang TERBAIK dalam membimbing keluarganya demi REDHA ALLAH S.W.T.. inshaAllah ^_^"
Alhamdulillah... mengira hari kah? =) .. Untuk sahabat yang bakal melangsungkan Majlis Pertunangan/E-Day mesti ada yang pening macam mana nak uruskan, dari mana nak mula.. Lagi2 bile ianya datang tanpa di duga kan.. Saya pernah buat entry untuk 'Checklist for E-Day' , inshaAllah mungkin membantu B2B yang lain..
Saya sendiri pening dan kadang-kadang tidak ingin memikirkannya.. >_<, tapi apa kan daya kita perlu melakukannya untuk kebaikan dan kebahagiaan serta kepuasan semua pihak, walaupun mungkin ada yang Tidak Sempurna... Okey, bile dah ada Tarikh yang ditetapkan kedua belah pihak dah tentu family + ibu bapa yang risau dan lebih sibuk memikirkannya.. Empunya diri masih lagi terasa seperti masih lama dan jauh lagi E-Day tersebut (tp hakikatnya @_@) hari dah boleh dikira..
Buat yang ada masa Terluang boleh mula dari awal persediaan. Itupun kalau tarikh dapat tahu 2 3 bulan awal.. Kalau tarikh dipersetujui tinggal sebulan? macam mane tak 'berpusing' memikirkannya..heee.... Apapun sebulan tu masih ada masa lagi kan.. kan... =) Majlis E-Day buat ikut kemampuan empunya diri, kalau nak ikut kan kata orang sekeliling, terasa tidak mampu untuk menuruti semuanya.. fuhh... harap-harap orang sekeliling memahami keadaan empunya diri yang masih kerja di'awang-awangan'... sobss..sobss.. ='(
Oh yer, jika boleh pada E-Day saya nanti tak nak susahkan ramai pihak.. =) jadi yang pasti, perkara apa boleh dilakukan sendri akan di buat dengan usaha semampu yang boleh.. inshaAllah... mana yang tidak mampu pasti akan memohon bantuan daripada family dan saudara-mara serta sahabat-handai.. semoga sudi membantu nanti yer..
Apa pun , semoga dipermudahkan segalanya dan mendapat redha dariNya .. inshaAllah... <3 comment-3--="" nbsp="">3>
#hari ini sudah 22.11.. opsss...
No comments:
Post a Comment