Menu

Wednesday, December 17, 2014

~ IceCream Gulung ^_^ ~

                            Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

     IceCream Gulung! Alhamdulillah dapat merasainya pada Ahad lepas 141214. Tetiba menjadi popular di newsfeed FB saya, disebabkan nampak menarik terus Google tempat yang paling dekat ada jual. Dekat FB yg popular kat Pulau Langkawi IceCream Gulung, tak kan saya nak pergi Langkawi semata2 >_< . 

    Dekat Google masih tak banyak lagi yang cerita tentang IceCream Gulung kat Malaysia, jadi sedikit maklumat yang saya dapat dan saya lihat sendiri cara membuatnya semasa membeli =D, ia di buat daripada adunan cecair perisa vanila dan puri buah-buahan yang digaul menjadi IceCream.

     Perisa bagi IceCream nie ada beberapa jenis yang disediakan seperti blueberi, buah naga, strawberi, mangga, kiwi , nenas dan durian belanda. Cara pembuatannya, puri buah dan adunan vanila tadi digaul/goreng kemudian diratakan nipis atas kuali bersuhu sejuk beku 30 darjah celcius. Dalam tempoh beberapa saat ( tengok kelajuan pembuat menggoreng mungkin Hehe) adunan tadi akan menjadi IceCream dan kemudian digulung..

    Setiap adunan akan dapat dalam 5 gulung IceCream, lepas itu pelanggan boleh pilih kacang, coklatChip, kismis, coklatCair, marshmallow dan pelbagai lagi penghias tambahan untuk bagi IceCream bertambah sedap.. Hee ^_^

    Oh yea, selain Pulau Langkawi, ada 2 tempat yang boleh dapat IceCream Gulung ni, sekata Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak dan Downtown The Mines, Seri Kembangan. Kalau ada tempat lain boleh bagi tahu saya yer.. =) harga IceCream nie dekat DownTown The Mines, Rm5 satu bekas ada 5 gulung IceCream with 3 Topping. 

     Rasa IceCream nie agak Manis, mungkin sebab campuran dari puri buah-buahan yang asli dan Vanilla buat ia bertambah manis. Saya order IceCream Gulung perasa Durian Belanda. Memang KAW rasa ORI Durian Belanda.. Hee.. 

    Kepada sahabat yang nak mencuba boleh cari kat 2 tempat nie. InshaAllah ada. Selamat Mencuba ^_~ 

                        

Lain kali boleh datang untuk mencuba perasa lain.. InshaAllah.. 

3 comments: