Menu

Wednesday, April 25, 2018

♥ Alfafa Complex ? ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alfafa? apa ituu.. haa mesti ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak.. Okeh , Alfafa ini adalah sejenis herba purba yang telah lama digunakan. Alfalfa berasal dari bahasa Arab bermaksud - Raja segala tumbuhan. Ia sebenarnye sejenis tumbuhan yang berupa rumput (herba adalah tumbuhan tidak berkayu). Kalau di supermarket kita biasa jumpa Alfalfa sprout (cambah) akan tetapi yang bernilai dalam bidang perubatan adalah bahagian daunnye



Tumbuhan Alfalfa mengandungi 7 enzim untuk percernaan dalam kadar yang sepatutnye. Ia tidak berlebihan dan juga tidak kurang. Kesemua 7  enzim ini dapat membantu proses pencernaan bagi semua 3 kelas makanan yang kita ambil

Alfalfa juga mengandungi klorofil iaitu sejenis agen deodoran dan juga merupakan bahan pencegah toksik asli dan semulajadi. Tumbuhan ini adalah antara tumbuhan yang paling lengkap dan kaya dengan zat. Selain dati 7 enzim yang terkandung dalam Alfalfa, Raja Herba ini juga turut mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, gentian serta amat kaya dengan protien. Jika secara tradisinye ia di gunakan untuk mengatasi sakit sendi, elergi dan juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penghadaman.


Khasiat Alfalfa


Terkenal untuk merawat 3A :

  • Arthiritis
  • Asthma
  • Allergy

Juga berkhasiat membantu masalah
  • Penyakit usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera 
Mengandungi 7 enzim yang boleh membantu masalah
  • Penghadaman
  • Pencernaan

Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
  • Gastrik
  • Penyakit kulit (eczema)
  • Kurang darah (anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau

Siapakah yang boleh ambil Alfalfa?

Wanita dan para isteri
- Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnye yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah maka ia membantu dalam "hubungan suami isteri". Malah ada juga yang mengaitkannye dengan membantu pembesaran payudara.

Ibu-ibu yang menyusukan
- Kerana ia dapat merangsang dan menambahkan pengeluaran hasil susu dan menjadi susu lebih bernutrisi

Lelaki dan para suami
- Membantu dari segi menghilangkan bau badan, merawat gangguan pencernaan, meningkatkan kesihatan prostat, menyahkan toksin dalam badan.... Jadi kaum lelaki jangan takut nak ambil Alfalfa


Tapi !!!!
  • Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa.. 
  • Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
  • Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser.
  • Mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa.. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah.. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan


No comments:

Post a Comment