'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ Top 10 Product Shaklee ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Akhirnya..  saya nak share apa yang paling popular dalam produk shaklee. ^__^



Produk yang paling banyak dalam Shaklee adalah Vitamis yang mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri apabila kita mengambilnya inshaAllah. Tetapi produk lain juga mempunyai kelebihan ...

So, dalam semua produk shaklee yang ada terdapat 10 jualan terbaik Shaklee atau Top 10 Produk Shaklee iaitu :-

Vita-Lea
Collagen Powder
Lecithin

So, ini adalah antara produk yang paling popular di kalangan penggemar Shaklee. Nak tahu lebih details berkenaan Top 10 Produk Shaklee boleh klik pada nama produk kat atas tu yea.. ^__^ Kebanyakkan produk yang popular ini digunakan dalam Kursus Spa Bergerak kita. 





Read more

♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Apa itu Osteoporosis? Ia dikenali dengan kata lain 'bongkok'.Adakah gejala bongkok ini merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam kata lain, betul ke kalau tua automatik akan bongkok? macam itukah ?

Apa pula Kalsium? Selalu orang akan kaitkan kalsium dengan tulang kan? Sakit badan or lenguh mungkin kurang kalsium, nak kuatkan tulang kena banyakkan makan kalsium. 

Jadi kali ini saya nak share tentang vitamin yang inshaAllah akan membantu untuk tulang or Kalsium dalam bdan kita iaitu OSTEMATRIX!


APA ITU OSTEMATRIX ?

OSTEMATRIX adalah Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral darI Laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.


Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
 FUNGSI OSTEMATRIX 
  • Menguatkan tulang – Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, Osteomalacia (Rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaik kejangan dan kebas-kebas – pengambilan 600mg Kalsium sebelum tidur akan memperbaik kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
  • Meringankan stress – ia mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf;menggalakkan tidur selesa; memperbaik jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress.
  • Memperbaik depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaik masalah haid – kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg Kalsium dan Magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkali dan ia berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti pada umur tua. tambahan pula kalsium membantu sel meyerap nutrien dan
  • merangsang detoksifikasi Memperbaik hiperktiviti perut dan sakit gastrik

SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX

❤ibu yang menyusu
❤ibu mengandung
❤sakit sakit sendi
❤sering kekejangan otot
❤sembelit
❤buasir
❤ibu yang dalam pantang
❤senggugut
❤sakit kepala ,migrain dan stress
APAKAH SIMPTOM KEKURANGAN
❤ insomnia
❤ ketidakseimbangan emosi
❤ sistem imun yang lemah
❤ kelesuan
❤ kerosakan gigi dan tulang
❤ kitaran haid yang tidak teratur,senggugut
❤ anemia
❤ kekejangan otot,kebas kebas,
❤ kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya


Read more

♥ Alfafa Complex ? ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tumbuhan Alfalfa mengandungi 7 enzim untuk percernaan dalam kadar yang sepatutnye. Ia tidak berlebihan dan juga tidak kurang. Kesemua 7  enzim ini dapat membantu proses pencernaan bagi semua 3 kelas makanan yang kita ambil

Alfalfa juga mengandungi klorofil iaitu sejenis agen deodoran dan juga merupakan bahan pencegah toksik asli dan semulajadi. Tumbuhan ini adalah antara tumbuhan yang paling lengkap dan kaya dengan zat. Selain dati 7 enzim yang terkandung dalam Alfalfa, Raja Herba ini juga turut mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, gentian serta amat kaya dengan protien. Jika secara tradisinye ia di gunakan untuk mengatasi sakit sendi, elergi dan juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penghadaman.


Khasiat Alfalfa


Terkenal untuk merawat 3A :

  • Arthiritis
  • Asthma
  • Allergy

Juga berkhasiat membantu masalah
  • Penyakit usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera 
Mengandungi 7 enzim yang boleh membantu masalah
  • Penghadaman
  • Pencernaan

Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
  • Gastrik
  • Penyakit kulit (eczema)
  • Kurang darah (anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau

Siapakah yang boleh ambil Alfalfa?

Wanita dan para isteri
- Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnye yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah maka ia membantu dalam "hubungan suami isteri". Malah ada juga yang mengaitkannye dengan membantu pembesaran payudara.

Ibu-ibu yang menyusukan
- Kerana ia dapat merangsang dan menambahkan pengeluaran hasil susu dan menjadi susu lebih bernutrisi

Lelaki dan para suami
- Membantu dari segi menghilangkan bau badan, merawat gangguan pencernaan, meningkatkan kesihatan prostat, menyahkan toksin dalam badan.... Jadi kaum lelaki jangan takut nak ambil Alfalfa


Tapi !!!!
  • Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa.. 
  • Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
  • Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser.
  • Mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa.. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah.. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan


Read more

♥ SR Vitamin C Plus ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Haaa, ini adalah salah satu vitamin yang amat saya suka. Saya sendiri amalkan makan vitamin ini memang boleh nampak kesan terutama pada kulit wajah =) Okeh , jomm kita tengok apa itu Vitamin C SR ini. 


Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita-C Plus. Macammana boleh ada 'sustained release' tu? Apa maknanya?

Shaklee menggunakan teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi.

Maksud dia : 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren. Setiap satu jam 1.5 biji oren bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan ke usus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Canggih ke idok tuh? Jadi kuranglah pembaziran Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing.

Kemudian, setiap tablet Vita C Shaklee mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah) yang berfungsi untuk :

  • Meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam badan.
  • Melegakan inflamasi
  • Menentang jangkitan  bakteria dan radikal bebas.


Antara kebaikan pengambilan Vitamin C ialah :



MANFAAT UTAMA VITA C SHAKLEE

  • ·         Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • ·         Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • ·         Mengatasi masalah gusi berdarah.
  • ·         Merangsang pembentukan kolagen dalam kulit.
  • ·         Mencerahkan kulit.
  • ·         Melambatkan proses penuaan.
  • ·         Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • ·         Mengurangkan Simptom Pendarahan.
  • ·         Mengurangkan Insomnia.
  • ·         Mengekalkan kolesterol sihat.
  • ·         Memerangi Kanser.

Ini adalah antara manfaat Vita C Shaklee ! Jika kita ambil secara konsisten, inshaAllah akan nampak beza dari yang dulu dengan yang sekarang.



BAGAIMANA VITAMIN C SHAKLEE MAMPU MERAWAT KULIT DAN MENCERAHKAN KULIT?

  • ·         Menyekat pembentukan jeragat atau tompok hitam
  • ·         Meningkatkan pengeluaran kolagen yang mampu mengurangkan kedut
  • ·         Meningkatkan daya tahan kulit pada bakteria
  • ·         Meningkatkan keupayaan kulit terhadap sinar UV B yang merosakkan kulit


Antara SIMPTOM AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C adalah :

  • ·         Mudah demam dan selesema
  • ·         Selalu letih dan lemah
  • ·         Selalu dapat ulser / mata ikan
  • ·         Anemia
  • ·         Rambut gugur
  • ·         Sakit sendi
  • ·         Darah dalam mata
  • ·         Kulit kering dan gatal / Eczema
  • ·         Kurang selera makan
  • ·         Gusi berdarah
  • ·         Tanda lebam pada badan
  • ·         Luka lambat sembuh
  • ·         Menghadapi masalah pencernaan
  • ·         Kekurangan berat badan

Kenapa saya suka Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C lain?

  • ·         Satu botol tahan lamaaa sangat sehingga 6 bulan.
  • ·         Fungsi dia All in one.
  • ·         Boleh share dengan husband and family.
  • ·         Murah dan jimat
  • ·         Selamat dan trusted

Sebab tu memang saya sentiasa ada at least sebotol Vitamin C Shaklee kat rumah saya atau bila pergi berjalan pasti saya kan bawa sentiasa... =)



SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C SHAKLEE?

  • ·         Perokok & mereka yg bergaul dengan perokok
  • ·         Ibu mengandung, ibu menyusu dan juga ibu lepas bersalin.
  • ·         Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan
  • ·         Orang yang mudah demam dan selsema
  • ·         Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • ·         Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • ·         Mereka yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • ·         Mereka yang nak improve sexual health
  • ·         Mereka yang nak kurus
  • ·         Mereka yang mudah stress & moody

Read more

♥ ESP - Soy Protein Isolate Powder ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Okey kali ini saya nak shae tentang ESP atau nama lain Soy Protein Isolate Powder. ESP adalah PROTEIN dan protein adalah makanan sel dalam diri kita. So, inshaAllah dengan izin dariNya jika kita amalkan akan ada kesan pada diri kita. Kulit akan bertambah sihat, bertenaga cantik dan banyak lagiii!

Macam mana kalau tak cukup protein? Apa yang mungkin berlaku?
  • Kalau tak cukup protein, badan kita akan terasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi tak kuat.
  • Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang sebab kurang ketahanan.

So, jika ada antara kita yang ada gejala seperti di atas, mungkin protein dalam badan kurang mencukupi... 




So apakah kebaikan dan manfaat minum ESP Shaklee ni? Antara kebaikannya 

  • Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
  • Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  • Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
  • 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  • Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser,
  • Bertindak sebagai antioksidan, 



Perbezaan ESP dengan soya lain?

  • Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
  • mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  • Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi


So secara ringkasnya , fungsi ESP : 
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa terlalu lemah nak tunggu waktu berbuka
Read more

♥ Vivix - Keistimewaan dan Kelebihan ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, kali ini saya akan share tentang keistimewaan dan kelebihan Vivix. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.  Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Keistimewaan Vivix Shaklee


Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.





Kebaikan Vivix Shaklee


  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan


Read more

♥ Rahsia Vitamin E ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kali ini kita berkenalan dengan VITAMIN E pula yeaaa !

Vitamin E merupakan sejenis antioksida yang larut dalam lemak.Juga sebagai antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu, dan organ-organ.Tahukah anda Vitamin E bekerja secara sinergi dengan Selenium yang juga dikategorikan sebagai antioksidan. Pengambilan hanya sebiji sehari sahaja, cukup untuk melengkapkan keperluan vitamin E dan selenium di dalam tubuh badan.





KENAPA VITAMIN E PENTING UNTUK TUBUH BADAN KITA?
  • Dapat melindungi kita dari kanser, penyakit jantung, strok, katarak dan juga penuaan kulit kerana ianya adalah sumber antioksidan.
  • Menjadi pengawal kepada dinding arteri.
  • Menjaga kolesterol jahat "Bad Density Lipoprotein (LDL) daripada teroksida. Jika LDL ni teroksida, akan menyebabkan aarteri tersumbat dan boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung.
  • Menjaga sel dan DNA daripada rosak yang mana kerosakan ini boleh mengundang kepada kanser. 
  • Mengurangkan dan mengawal simptom menopause.

APA ITU VITA-E COMPLEX SHAKLEE


Vita-E Complex Shaklee merupakan salah satu herbal terbaik dari Shaklee menyempurnakan manfaat vitamin E. Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah kerana ia merupakan vitamin E terlengkap di dalam pasaran ketika ini yang dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Vita-E Complex Shaklee mengandungi tambahan Selenium semulajadi dan ekstrak biji anggur untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. Jadi Vita-E Complex Shaklee bukan sekadar suplemen vitamin E tetapi juga membantu mempercepat penyerapannya ke dalam tubuh kita sehingga memberikan hasil lebih cepat dan lebih maksima.


KANDUNGAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE
  1. Minyak kacang soya
  2. Minyak biji gandum( yang kaya dengan Vitamin E)
  3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.
  5. Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan

KEBAIKAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE

  • Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
  • Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
  • Parut strecth mark menjadi semakin pudar.
  • Mencegah penyakit katarak
  • Mencegah penyakit jantung
  • Melindungi struktur membran daripada rosak
  • Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Meningkatkan pengeluaran air mani
  • Menguatkan dinding kapilari
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
  • Kulit dan rambut menjadi sihat
  • Mencegah anemia
  • Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
  • Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
  • Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
  • Merapatkan hubungan suami isteri.
  • Meningkatkan keinginan seksual suami isteri (Vitamin Cinta)
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
  • Membantu kawasan gelap areola itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. 
  • Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Membantu mencegah kanser.



SIAPA YANG PERLUKAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE?


IBU BERSALIN-Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.

MEREKA YANG INGIN HAMIL-Sesuai bagi ibu yang sering mengalami keguguran untuk persediaan sebelum hamil seterusnya.

ATLIT/AKTIF BERSUKAN-Untuk para atlit yang ingin mantain tenaga mereka sewaktu bersukan.

PESAKIT ALZHEIMER- mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit.

MEREKA YANG INGIN KULIT CANTIK-
Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit

SUAMI- Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.


ISTERI- Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries