'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ Home Baby Spa - Set Penjagaan Baby Shaklee ♥

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Sempena bulan Disember ini , The Walking Beauty projek membuka satu lagi modul baru iaitu Baby Spa.

Baby Spa masih baru lagi di Malaysia. Yang ada sekarang pun di kedai kan.
Untuk cipta kelainan dalam dunia Spa, TWB bawakan modul Baby Spa di rumah.


Apa kelebihan sebenarnya Baby Spa ini?
  • Melancarkan peredaran darah dengan lebih pesat seiring dengan perkembangan usia. Hal ini penting untuk sistem metabolisme tubuh baby dan dapat meningkatkan daya sistem imun baby supaya terhindar dari diserang penyakit.
  • Membuatkan baby tidur lebih berkualiti. Perkembangan otak bayi berkembang semasa baby tidur tau.
  • Memberi kesan relaks, sehingga baby membesar dengan ceria dan membentuk peribadi yang ceria, happy go lucky dan pandai berdikari
  • Membantu memperbaiki sistem pencernaan si kecil, membuatnya mudah makan. Tidaklah bila dah capai 6 bulan, dah boleh makan dan terhindar dari kejadian sembelit yang teruk yang boleh risikokan usus mereka.
  • Mengoptima perkembangan anak, perkembangan motor refleks baby. Baby Spa pun dapat tingkatkan kecerdasan minda mereka tau.
Syoknya…taksabar. Nak tahu kaedah dan teknik Baby Spa ni macamana , jemput hadiri Sesi Launching Baby Spa by The Walking Beauty pada 16 Disember 2017 di Sunway Geo, Bandar Sunway.

Untuk siapa yang dah ada basic urut, basic facial or zero pengalaman pun dijemput hadir. Boleh add on pakej Spa yang sedia ada. Kelainan gitu.
  • Produk Baby Spa
  • Free Grooming Kit 
  • Support Group Percuma
  • Ahli #TheWalkingBeauty
  • Hands on Practikal Training.

Untuk pelancaran ini, TWB jemput Baby Therapist Berpengalaman untuk handle training Spa ini nanti.
Haiiii, tak sabar. Super duper excited.
By the way
Mesti korang tertanya-tanya kenapa Produk Spa Baby Shaklee digunakan dalam Baby Spa Package ini?
  • Diuji secara klinikal
  • 99% semulajadi
  • 76% dihasilkan dari bahan organic
  • Tidak memedihkan mata, tidak menimbulkan ruam 
  • Diuji oleh PAKAR PEDIATRIK
  • PH balanced
  • Hypoallergenic
  • Tiada PARABEN or SLS ( Sodium Lauryl Sulfate )
  • No 1,4-dioxane or formaldehyde
  • Tiada pewarna, perisa tiruan dan pewangi. Betul-betul original dari bau bahan organic
Satu set Shaklee Baby ada 3 produk iaitu :



Massage oil ( minyak urut )

99% natural
73% bahan organic
Minyak urut ini diformulasi dari pati minyak bunga matahari, lavender dan chammomile. 
Buatkan baby rasa segar tenang dan nyaman je selepas diurut. Sangat penting pemilihan minyak urut untuk baby dan seeloknya ia perlu dibuat dari bahan organic.
Losyen baby

99% natural
78% dari bahan organic
Produk Losyen ini dirumus khas dari pati bunga matahari , minyak biji jojoba dan shea butter organic untuk memberi nutrisi kepada kulit dan melembapkan kulit.
Mengandungi wangian dari pati lavender, rosemary, chammomile dan minyak vanilla untuk berikan kesan tenang dan lembut setelah gunakannya
Sangat sesuai untuk baby yang kulit halus, sensitif. Tambahan untuk anak yang ekzema pun boleh gunakan.
Mandian Baby 

99% natural
75% bahan organic
Sesetengah sabun bayi di pasaran mengandungi banyak bahan kimia yang boleh memudaratkan untuk jangka masa panjang. Seperti 1,4-dioxane yang merupakan bahan karsinogen ( penyebab kanser ). Oleh itu, ibu bapa perlu lebih bijak memilih sabun yang sesuai.
Mandian baby ini diformulasi dari minyak organic lavender dan chammomile. Tidak memedihkan mata. Bau sangatlah memenangkan fikiran. Seimbang dari segi PH dan diuji sensivitinya.
Jika berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Baby Spa ini, boleh hubungi saya. Nak dapatkan Set Shaklee Baby sahaja pun boleh . 
Okaylah, terima kasih kerana sudi luangkan masa baca entry saya kalini. Pada yang berminat, jangan tangguh2 tau! 
Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya.
p/s : bagi yang terlepas launching ini, namun betul-betul berminat ingin sertai kursus Baby Spa, sila hubungi saya juga.
Nurecch Beauty
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
+6017-3125259
FB PAGE : Nurecch Beauty 
IG : nurecchbeauty


Read more

♥ 4 Kebaikan Facial Muka ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Facial Muka. Bilakah kali terakhir anda membuat rawatan facial muka? Bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit wajah, pastinya teratur melakukan facial muka.
Facial muka merupakan salah satu rawatan wajah yang dilakukan seseorang agar wajahnya  sentiasa nampak muda,jelita dan berseri-seri.Seiring dengan perkembangan zaman, facial muka sekarang bukan hanya dilakukan oleh para wanita, tetapi juga golongan lelaki.
Facial muka
Facial adalah rawatan kulit untuk muka yang dilakukan oleh juru kecantikan(Aestheticians) yang bertauliah.Tujuan facial muka dilakukan adalah untuk merawat,memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit. Kebiasaannya rawatan facial muka adalah termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan,urutan muka,rawatan stim,rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.

Manfaat Facial Muka
Membersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana kita sering melakukannya setiap hari tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang sudah ada di dalam kulit kita.
Oleh itu,facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembab secara menyeluruh. Malah ia urutan pada wajah ketika melakukan facial muka dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.
Ketika melakukan facial muka, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini menyebabkan kulit wajah lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.
Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Maka kulit jadi tampak berseri-seri. Proses facial muka juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan penghasilan kedutan.
Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit dapat melambatkan penuaan,mencerahkan warna kulit,sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Melakukan Facial Muka
  • Tujuan Facial Muka
Anda haruslah tahu tujuan anda ingin melakukan facial muka tersebut. Samada anda ingin memanjakan muka ataupun ingin merawat kulit wajah yang kurang berseri,kusam,blackhead,jerawat atau sebagainya.
Sekiranya kulit anda dalam kategori kulit yang bermasalah,anda disarankan untuk melakukan facial muka yang dikendalikan professional. Ini untuk mengelakkan dari masalah kulit anda seperti jerawat bertambah buruk sekiranya facial muka dilakukan oleh golongan yang kurang pakar.

  • Produk
Perkara ini sangat penting untuk anda pertimbangkan sekiranya ingin melakukan facial muka kerana tidak semua kulit wajah sesuai dengan produk yang digunakan. Akibat pemilihan produk yang salah boleh menimbulkan masalah pada kulit seperti jerawat yang banyak.

  • Kulit Normal
Anda sangat beruntung sekiranya dikurniakan kulit yang normal kerana bagi jenis kulit ini,tidak ada sebarang masalah untuk memilih masker wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.
Wanita yang mempunyai kulit normal boleh menggunakan timun,kentang atau buah yang lain untuk mendapatkan hasil. Selain itu,sekiranya anda inginkan kulit wajah yang cerah,anda boleh juga menggunakan sengkuang.
Bagi wanita yang mempunyai kulit wajah yang kering,anda bolehlah menggunakan buah aprikot,pisang atau sengkuang sebagai bahan untuk dijadikan masker wajah.
Anda juga disarankan agar menghindari tabiat mencuci muka dengan menggunakan air hangat kerana ia akan membuat kulit semakin kering. Amalkan menyapu toner dan milk cleanser supaya kulit kekal lembab dan kenyal.
Manakala bagi wanita yang mempunyai kulit yang berminyak,anda disarankan untuk masker yang diperbuat daripada nanas atau jeruk nipis. Anda juga boleh menggunakan campuran putih telur atau kuning telur dengan madu untuk mengurangi minyak pada kulit wajah anda.
Selain itu, amalkan penjagaan muka harian iaitu pencuci, penyegar dan pelembab di samping skrub dan mask yang dilakukan dua kali seminggu.
credit : www.wom.my
Read more

♥ The Walking Beauty - Home Mobile Spa ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hampir 2 bulan bersama TWB untuk projek Home Mobile Spa..  yaa saya masih baru =) tapi sangat seronok join group TWB nie sebab semua sahabat dalam TWB akan sentiasa memberi semangat antara satu sama lain.

kadang kita kena berusaha dari pelbagai cara.. Rezeki dariNya sangat luas,tinggal hanya kita sebagai hambaNya kena berusaha. Pasti suatu hari nanti akan ada, cepat atau lambat semua adalah aturan dariNya.

Okey, Jum saya share apa dia TWB Project nie ^_^ (The Walking Beauty)



Siapa yang patut sertai ?


ok ke buat spa ni ? ada untung ke kalau buat ?


Once belajar dengan kita ilmu yang diperolehi sangatlah berguna. Tercampaklah kat mana pun , tetap boleh buat duit . Macam salah seorang beautician kita nie .. pergi Australia, apply je ilmu spa dan ilmu marketing yang dah ajar.. Duit Masuk !!!


Permintaan macam mana ? Sangat Tinggi !!


Bagaimana kalau berminat nak Join ?


Banyak je kelas Spa Mobile kat luar sana, tapi kenapa kelas TWB jauh lebih BERBALOI?


haa, ni antara trip-trip beautician TWB yang dah pergi




Macam mana, besstt kan?

Serius , tak pernah rugi pun kalau kita lengkapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat ini.



ramai lagi kalau nak saya kongsi, Semua ni, inshaAllah akan anda perolehi bila ADA ILMU yang anda dapat dari TWB


Promosi Pakej Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty” pada bulan Disember 2017


Di dalam Pakej Spa bulan Disember ini, anda bakal mempelajari 5 courses :

1.    Facial + Face Massage
2.    Body scrub
3.    Sauna
4.    Aura bath
5.    Foot & hand spa

Anda juga akan mendapat :

1.    Sijil
2.    Trial kit spa
3.    Access ke Group Support
4.    Produk kecantikan

Kesemua ini hanya dengan RM 999. Percayalah. Ini yuran kebijaksanaan anda.


Jika anda survey di luar, 5 courses ni mencecah RM2500. Di sini anda dah jimat RM1501 tau!


Dan promosi ini akan berakhir bulan ini sahaja! Jan 2018, harga baru akan diperkenalkan.

Masih ragu-ragu? Buang ia jauh-jauh. Tetapkan dalam hati,

Hubungi :

Nurecch Beauty
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
+6017-3125259
FB PAGE : Nurecch Beauty 
IG : nurecchbeauty
Read more

~Cetakan Kedua - Nota Pendidikan AlQuran dan AsSunnah (Tingkatan 4)

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun cetakan pertama habis dijual, cetakan kedua dengan penambahbaikan dan ditulis semula serta telah disemak kini telah berada pada saya, semoga buku ini dapat membantu adik2 yang memerlukannya. InshaAllah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN:

1. Penulisan nota adalah dalam tulisan Jawi bukan lagi rumi.

2. Maklumat ditulis berpandukan skema jawapan SPM. Hal ini bermaksud semua “points” yang ditulis bernilai 2 markah dan sesuai digunakan bagi menjawab soalan yang memerlukan para pelajar untuk memberi penerangan.

3. Setiap maklumat dalam buku teks PQS tingkatan 4 yang kurang tepat atau tidak lengkap, telah diperbaiki atau ditambah dalam buku nota ini. Contohnya, maklumat mengenai terangkan sebab larangan bermegah dengan keturunan:

Nota Ringkas PQS

Buku Teks PQS

Keturunan tidak menjamin kelebihan di sisi Allah kerana hanya ketaqwaan yang menjadi ukuran.Kejadian manusia berasal daripada keturunan yang sama iaitu nabi Adam kerana baginda ialah manusia pertama di dunia.Bermegah dengan keturunan ialah sifat yang dibenci oleh Allah kerana sifat ini adalah salah satu daripada fahaman masyarakat jahiliah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

(m/s 21)

Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang di sisi Allah.

Kejadian manusia daripada keturunan yang sama iaitu Adam.

Bermegah dengan keturunan adalah ciri-ciri yang dibenci oleh Allah.

(m/s 75-76)

4. Tulisan bahasa Arab yang sukar untuk ditulis dengan ejaan rumi telah diletakkan tanda baris bagi perkataan tersebut bagi memudahkan para pelajar untuk membaca dan menulis perkataan tersebut.

5. Maklumat dipersembahkan dalam dua “Columns” bagi setiap muka surat dengan menggunakan bentuk melintang. Tujuannya:

Maklumat mudah dibaca kerana para pelajar boleh mengulang kaji 4 muka surat tanpa perlu membuka muka surat yang seterusnya.Membantu para pelajar untuk membaca lebih banyak maklumat kerana para pelajar akan dapat membaca maklumat yang sebenarnya ditulis dalam 2 muka surat, hanya dalam satu muka surat sahaja.

6. Fakta-fakta dan huraian yang penting ditulis dalam bentuk jadual dan “Points” agar maklumat yang disampaikan walaupun padat tetapi tetap kemas, tersusun dan mudah dibaca.

7. Beberapa formula menggunakan kaedah akronim mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan subjek PQS disertakan agar para pelajar dapat mengingat maklumat tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

8. Glosari juga disediakan bagi memudahkan para pelajar mengetahui maksud istilah-istilah yang tertentu.

9. Penulisan maklumat beserta contoh soalan SPM. Pada maklumat yang tertentu dinyatakan tahun maklumat tersebut keluar dalam SPM.

10. Buku ini telah disemak oleh Guru Cemerlang dan juga Penanda Kertas Peperiksaan PQS iaitu:

Pn Fatimah binti Awang

Guru Cemerlang PQS,

SMA Persekutuan Labu (SMAPL).

11. Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos penghantaran:

RM23 (Semenanjung). 

RM25 (Sarawak/ Sabah).

Sila menghubungi saya di talian 012-8856224” (Nurilla) WhatsApp menggunakan nombor yang sama. 

Pembelian dalam kuantiti yang banyak akan mendapat pengurangan harga dari kos penghantaran.

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries