'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

Ketawa Berlebihan Tabiat Kaum Munafik'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


SETIAP insan sering berhadapan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." – (Surah at-Taubah, ayat 82). Jelas daripada ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." – (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

wallahua'lam.....

sekadar renungan untuk diri ini....

sumber berita harian
Read more

'Adab Bersin Tambah Rahmat Insya-allah'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

"Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

"Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan


wallahua'lam....

sumber:berita harian
Read more

'Harga Sekuntum Cinta'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA
Read more

'Cinta Pertama'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara
(^_^)
Read more

'Melakar Cinta Di Pintu Syurga'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga
Read more

'Sebuah Al-Quran'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seorang pemuda mengharapkan sebuah kereta sport dari ayahnya... lantas, si pemuda memberitahu keinginannya kepada ayahnya. Si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin jika ia mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pengajiannya, ayahnya akan membelikannya kereta sport itu.

Beberapa bulan berlalu... ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya.. memperoleh kejayaan cukup cemerlang..hatinya berbunga riang... satu hari...s i ayah memanggil si anak.. si ayah memuji anaknya... sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas... di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu... si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...

si anak terkesima... sungguh... bukan itu yg diinginkannya... dengan hati yang berat... kotak itu bertukar tangan... matanya terarah kepada raut wajah ayahnya yang tenang, seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... kemudian si anak membuka bungkusan kotak itu... penutup kotak dibuka... apa makna semua ini???.. sebuah Al-Quran kecil, dgn cover kulit tinta emas menghiasi tulisan... si anak memandang ayahnya... terasa dirinya dipermainkan... amarahnya bangkit... nafsu mudanya bergelojak...

"Ayah sengaja mempermainkan saya?!... ayah bukannya sudah tahu betapa saya menyukai kereta sport merah itu?!!... bukannya ayah tidak mampu untuk membelinya?!!... Sudahlah Ayah!... bukan Al-Quran ini yang saya mahu!!”... bentaknya keras... Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja kerja ayahnya... si anak terus meninggalkan si ayah.. tanpa memberi kesempatan sedikit pun untuk si ayah bersuara... pakaiannya dikemaskan ke dalam beg... Lantas, dia meninggalkan rumah ayahnya... memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya....

10 tahun berlalu.. si anak kini merupakan seorang yang berharta... mempunyai perniagaan sendiri... dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat... cukup membahagiakan... namun hatinya tersentuh... sudah 10 tahun.. sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya... saat dia melamunkan fikirannya mengenai masa silam tiba-tiba telefonnya berdering... dan mengkhabarkan bahwa... ayahnya meninggal dunia semalam... dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak... si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta...

dan buat pertama kalinya setelah dia berkeluarga... si anak pulang ke rumah ayahnya... memperhatikan rumah yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya... hatinya sedih.. bertambah sedih lagi saat dia mendapati di atas meja kerja ayahnya... Al-Quran yang di hempaskannya dulu... bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini... perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ... mengambil Al-Quran itu..membukanya dengan penuh keharuan...

Tiba-tiba... jatuh sesuatu dari Al-quran itu... sebuah kunci...di muka belakang Al-Quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselipkan di situ...kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya-tanya... nyata sekali... di dalam sampul surat itu... terdapat resit pembelian kereta sport idamannya... dibelikan pada hari ia menerima segulung ijazah... dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah, sepucuk warkah.. tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini.. hadiah teristimewa buat putera kesayanganku.... air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan yang amat mendalam...namun segalanya sudah terlambat...



Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? Fikirkanlah bersama...

wallahua'lam...
sumber:www.iluvislam.com
Read more

'Pesona Cinta'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kau Siramkan Wangian Mawar Putih
Kepada Sebuah Kenangan Yang Layu
Bisakah Merubah Detik-detik Yang Berlalu
Dari Sekadar Impian Yang Kaku

Jiwa Terpaut Menyaksi
Seribu Pengorbanan Dihulur
Cinta Kasihan Bersemi
Mengagung Tak Disedari
Diimpi Tak Pasti
Mengharap Tak Mendakap
Kesetiaan Dijunjung
Rupanya Tak Ke Hujung

Lilin Yang Menyala Membakari Dirinya
Buat Menerangi Insan Yang Memerlukan
Tanpa Disedari Diri Sendiri Sirna
Duka Nestapa Dibiarkan Saja

Begini Jadinya Bila Dihamba Pesona Cinta
Yang Buta Tak Mengenal Sebenar Sifatnya

Cinta Suci Bukan Untuk Dinodai
Kasih Jangan Dikhianati
Lamarlah Belas Simpati

Kesucian Cinta
Ikhlas Tak Diundang
Perliharalah

-Hijjaz-
Read more

'Jawapan Rindu'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

-hafiz hamidon-
Read more

'Pemergian'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Kematian. Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya. Begitulah lumrah kehidupan, yang muda akan tua, yang tua akan pergi, yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah. Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia, terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati. Isteri, anak-anak, ibu, ayah, adik beradik sepupu ,jiran ,rakan ,teman mahupun lawan. Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.

Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati. Akibat kematian, diri rasa sedih, hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam. Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut. tetapi bagaimana??..

Ketika peperangan Mu’tah, sepupu nabi, Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan, berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka, dalam masa yang sama disuruh isterinya/ khadam/ sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita, apakah yang sepatutnya kita lakukan, apabila sahabat, atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka. Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung. Bagi si ibu, jika melihat anak-anak nya dibelai oleh kenalan-kenalan, kawan-kawan rapat si mati mahupun jiran mereka, ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak-anakku akan menumpang kasih seorang bapa??.. siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??.. Apakah anak-anakku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??… Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya.. Jadi, dengan menggembirakan anak-anak si mati, sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung, untuk anak-anaknya.

Keduanya, memberi atau memasakkan makanan kepada keluarga si mati. Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati, menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa. Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati, untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati, menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka. Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian, yang bagi kita jiwa orang muda, yang kurang memikirkan soal kematian. Sedangkan Nabi menceritakan, secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati. Dengan ingat pada kematian, kita akan mencongak sejauh mana amalan kita, jika terasa ianya masih kurang, maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia. Moga-moga dengan coretan ringkas ini, akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya, mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah, ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.

untuk renungan pada diri ini yang lemah....wallahua'lam...

sumber:www.iluvislam.com

Read more

'Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .



wallahua'lam....

sumber:www.iluvislam.com
Read more

'Akhirat Adalah Kehidupan Kita'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Diceritakan bahawa ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Apabila melabuhkan pukat maka si kafir ini menyebutkan nama Tuhan berhalanya dan hasilnya ia telah mendapat tangkapan yang banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin ini, bila ia melabuhkan pukatnya maka ia pun menyebutkan nama Allah dan hasilnya tidak ada seekor ikan pun yang tersangkut ke dalam pukatnya sekalipun ia telah memukat dari pagi hingga ke senja.

Maka, pulanglah orang mukmin ini dengan tidak membawa sebarang tangkapan pun namun ia tetap bersabar serta redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. Sedang nelayan kafir ini telah membawa pulang bersamanya berbakul-bakul ikan. Melihat akan hal ini maka malaikat yang bersama nelayan mukmin merasa simpati di atas nasibnya maka ia pun naik ke langit dan mengadu kepada Allah.

Allah lalu memperlihatkan kepada malaikat tempat yang telah disediakan olehNya kepada nelayan mukmin tersebut iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat, " Demi Allah sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika ia telah mendapat tempat syurga Allah". Setelah itu Allah menunjukkan pula tempat nelayan kafir kepada malaikat. Berkata malaikat, "Alangkah malangnya nasib si kafir, sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahanam juga"

semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan berada di sisi Allah....

wallahua'lam...
Read more

'Hati Hitam Syaitan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seorang saudagar yang soleh lagi kaya telah menyuruh seorang hamba untuk menjaga kambing-kambingnya. Setiap hari sihamba ini akan membawa kambing ke padang ragut dan memasukkannya semula ke kandang bila hari telah malam.

Suatu hari bila kambing ini pulang ke kandang, saudagar ini melihat seekor kambing yang kakinya telah hilang satu. Ini menyebabkan kambing itu jalan terhenjut- henjut.
Timbul lah perasaan kasihan pada hati saudagar soleh bercampur kehairanan.

Lalu ia bertanya,Angkara siapakah ini?"
Jawab sihamba " Saya yang membuatnya menjadi begitu"Mendengar pengakuan sihamba maka beristighfarlah saudagar

lalu berkata," Mengapa engkau sanggup melakukan seperti ini, bagaimana pula ia berlaku pada kakimu, tidakkah kamu menaruh perasaan kasihan padanya?"
Balas sihamba," Saja untuk suka-suka dan aku ingin melihat engkau marah"

"Baiklah, sekarang aku akan membuat syaitan yang menghasutmu melakukan seperti itu menjadi sakit hati"Kata si soleh
"Membuat hati syaitan sakit, Tetapi bagaimana?" tanya sihamba

"Mulai sekarang engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah Taa'la, pergilah kemana engkau suka" kata si soleh
Bukan main girang hati sihamba bila tindakannya untuk menyakitkan hati tuannya tidak berhasil sebaliknya menjadikan dirinya pula dimerdekakan.

Siapakah yang sakit hati dalam peristiwa ini?
sekadar sedikit perkongsian..

wallahua'lam

-diari islamiah-
Read more

'Renungan Sejenak'

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Allah menolak taubat mereka yang membunuh orang mukmin"
(Sahih R.Thabraani)


Baginda bersabda:

"Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kaum kerabatmu dan seterusnya"
(Sahih R.Nasaai)
Read more

'7 Kemungkinan Jika Anda Terlalu Bakhil'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, " Orang - orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari 7 kemungkinan ini, iaitu :

  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
  2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya
  3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka -mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran
  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya
  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi
  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah
  7. Allah S.W.T meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan hartanya

wallahua'lam..

-diari islamiah-

Read more

'Ya Allah..Jagalah Cintaku..'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di
jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan
abadi.


hanya padamu Ya Allah..diri ini berserah...
wallahua'lam...

sumber:www.iluvislam.com
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries