'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ Doa Seorang Isteri ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……

>>> Buat suami yang kucintai, hanya padaNya kuserahkan segalanya.. Moga hati kita akan terus terikat bersama kerana cinta dariNya.insya-Allah... wallahua'lam...
Read more

♥ Hargailah Sebelum Kehilangan ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


~✿..Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, pergi menjauh dari kehidupan kita..apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA lagi..kerana dia telah jauh membawa diri..✿~

>>> Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu.. Ya Allah kuserahkan segalanya kepada diriMu, hanya diriMu menegetahui segalanya.. REDHAkan hati ini menerima segala ketentuan dariMu yang telah diaturkan terbaik buatku..

wallahua'lam...

-hslnd-
Read more

♥ Merisik ♥

Read more

♥ Kenapa Malas Sembahyang? ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah s.w.t beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang..

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat,petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang..

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Seksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang,
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,

Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

wallahua'lam
Read more

♥ Sakaratul Maut ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jika sekiranya kamu dapat MELIHAT malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata,

"Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal : 50).


"Alangkah DAHSYATnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang ZALIM (berada) dalam tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat MEMUKUL dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya". (Qs. Al- An'am : 93).


Rasulullah saw bersabda :
"Perbanyaklah olehmu MENGINGATI penghancur kenikmatan iaitu : mengingat KEMATIAN". (HR. Tirmidzi dan Nasa'i)

Manakah PERSIAPAN kita untuk berjumpa dengan malaikat maut? Manakah persiapan kita untuk menghadapi hal-hal dahsyat sesudah kematian? Dalam kubur, saat ditanya oleh dua malaikat..saat di Padang Mahsyar, saat hisab, saat dibukanya lembaran catatan AMAL perbuatan, saat meniti jambatan Ash-Shiroth, dan saat berdiri di hadapan Allah 'Aza wa Jalla... manakah persiapan kita?

Pernahkah terbayang seandainya saja kita MATI dalam keadaan yang buruk, mati dalam kubangan lumpur kemaksiatan, mati dalam keadaan su'ul khatimah, sedangkan kita belum sempat untuk bertaubat dan siapkah kita menanggung AZAB KUBUR yang mengerikan? Na'udzubillah min dzalik..

wallahua'lam...

credit : hslnd
Read more

♥ Bersyukur Dengan Nikmat Allah S.W.T ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jika Allah mengeluarkan bil bagi segala nikmat yang diberi, pasti kita tidak dapat membayarnya selepas mengeluh membayar bl air, elektrik telefon, internet, pembetungan dan sebagainya. Terlalu banyak perkara yang Allah berikan secara percuma.

• Anggota dan organ badan
• Deria
• Alam Sekitar
• Keluarga dan masyarakat

Perkara-perkara yang kita cuba senaraikan adalah terlalu sedikit, mungkin tidak sampai setitis apabila dibandingkan dengan lautan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Allah mencabar manusia menghitung nikmat yang diberikan, malah manusia cuba menghitungnya, namun ternyata ia tidak terhitung. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran sebagai peringatan sebagaimana maksudnya,

" Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung. " Surah Ibrahim ayt 34.


Bayangkan apabila Allah mengeluarkan bil oksigen yang kita sedut sejak lahir sehingga sekarang. pasti kita tak mampu membayarnya!

Katakan, kadar oksigen adalah RM1 setiap kali bernafas. Kajian menunjukkan, manusia dewasa bernafas sbanyak 18 hingga 30 ribu kali sehari. Katakan, 20 ribu kali/hari, ini bermakna dalam tempoh hayat 21 tahun individu sudah bernafas sebanyak 21 X 365 X 20,000 = 153,300,000 kali. oleh itu nilai bil yang dibayar adalah RM 153 juta! (pastinya nilai sebenar adalah tidak ternilai. itupun belum termasuk lagi dengan nikmat daya tarikan graviti.) bersyukur dengan nikmat yang nampak sikit dan nampak kecil.

wallahua'lam...
Read more

♥Kumbang dan Bunga ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.


Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

: iLuvislam
Read more

♥ Teman Tersayang ♥

Read more

♥ Taubat di Pinggiran Hati ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?


Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan.

Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah.

Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian,  "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:


"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati.

Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!


"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah (An-Nisaa': Ayat 27-28)

-iLi-
Read more

♥ Malu padaMu ♥

Read more

♥ Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR? ♥

Read more

♥ Semoga Berjaya - PMR! ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semoga Berjaya!! Good Luck!! All The Best!!

untuk adik tersayang yang menduduki PMR pada hari ini ^_^
semoga dipermudahkan urusan untuk menghadapinya.. jawab dengan tenang...=p


sedikit tips dari sahabat saya untuk yang akan menghadapi peperiksaan..^_^

TIP MENARIK BANTUAN ALLAH KETIKA MENJAWAB PEPERIKSAAN:

1. Istighfar 100x
2. Takbir 7x sebelum keluar rumah dan 7x sebelum masuk dewan
3. Baca doa penerang hati sebaik duduk
4. Lakukan penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Bercakap terus dengan Allah, dimulai dengan "Ya Allah, aku mohon izinMu yang Maha Perkasa supaya dapat menjawab soalan ini dengan tenang dan tepat...."
5. Sebutkan alhamdulillah sebaik selepas selesai.

Teruskan perjuangan! :)
Read more

♥ Hanya padaMu ♥

Read more

♥ Epilog Silam ♥

Read more

♥ Duhai Ibuku Tersayang ♥

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries