'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ You are The Whole World To Me ♥

Read more

♥ Kenapa Aku Diuji? ='( ♥

Read more

~ Gerimis =' ) ~

Read more

♥ Selamat Hari Raya ^_^ ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat hari Raya EidulAdha buat semua sahabat saya... ^__^....

Macam mana dengan Hari Raya kali ini? Meriah tak? bagi sahabat yang di kawasan Pantai Timur mesti meriah kan.. apa pun Semoga semua yang kita lakukan sentiasa mendapat keredhaan oleh Allah s.w.t insya-Allah..



"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

>> kali ini raya tak balik kampung, sebab adik-adik naik cuti raya ada exam.. Jadi hanya duduk rumah sahaja.. =)
Read more

✿ Hidup Ibarat Tanpa Oksigen ✿

Read more

✿ Kenapa Mudah Kecewa? ✿

Read more

♥ Risik .. Tunang.. ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh 'dia'. Dan satu cincin aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan 'dia'. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diriku kepada Allah s.w.t"

Pada suatu masa yang ditetapkan... Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. ??

Pernahkah taubat sepanjang hayat.. ?? Atau terkubur bersama dosa-dosa... ??

Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka..

>> Ya Allah, ampunkan diri ini.. adakala hati ini tewas dengan dunia.. adakala hati ini lemah untuk menghadapi ujian dariMu.. Jangan tinggalkan diri ini.. Pimpinlah hati ini sentiasa bersamaMu.. hanya padaMu ku berserah.. Tenangkan dan kuatkan diri ini menghadapai segala ketentuan dariMu.. hanya diriMu lebih Mengetahui segalanya.. wallahua'lam.





Read more

♥ Rindu ♥

Read more

~ Salam Nuzul Al Quran~

Read more

♥ Ku Mohon PadaMu ♥

Read more

♥ Alhamdulillah - Sah Sebagai Seorang Isteri ^_^ .♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah... ^__^ Tahniah!! buat kakak tersayang, sah bergelar isteri...(okeh dah sebulan lebih baru nak update..x kira.. =D )  Walaupun penat sebab majlis semua buat secara gotong royong.. tapi best.. sebab dapat mengeratkan ukhwah antara semua.. ♥♥♥

26 May 2012, Kakak saya sah menjadi isteri kepada husband dia lah.. =D ( mak ayah saya nak kawen juga =p hehe) dan Majlis untuk tetamu diadakan pada 27 May 2012. Majlis di pihak lelaki akan berlangsung pada bulan Syawal nanti...

  Selamat Datang Ke Majlis Ikatan Kasih ^__^

 Rewang... besttt ^_^ mengeratkan ukhwah 

Pelamin ini buat sendiri.. design oleh My Auntie dan My Cousin.. 
ingt nak buat kecik + simple.. haaa amik.. sebesar2 nye... =D


Mas Kahwin dari Pihak Lelaki semasa Akad Nikah =)


Selepas Akad Nikah - Penyerahan Mas Kahwin.. ^_^

Bersama Kedua Orang Tua Pengantin Perempuan dan Lelaki =)

p/s : Setakat ini sahaja gambar yang boleh dikongsikan. Masuk semua mana muat kan kan.. =D

untuk Kakak Tersayang :

" Ya Allah.. Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


>>> TERIMA KASIH buat semua yang banyak MEMBANTU kami sekeluarga.. Semoga Allah S.W.T akan membalasnya nanti.. Insya-Allah... ^___^ Ameennn....


Read more

✿Majlis Aqiqah & Kesyukuran - Muhamad Mikhail Bin Mohd Hafiz ✿

Read more

♥ Selamat Hari Lahir Sayang ^_^ ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Lahir Sayang ^__^

alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah s.w.t, untuk terus bernafas di muka bumi ini..
23 April 2012 cukup umur saya 24 tahun ikut kalendar orang putih... ( dah semakin tua rupanya saya ni >_<).

Terima kasih buat Family dan insan tersayang ♥ dan juga buat sahabat-sahabat yang sudi mendoakan saya pada hari tersebut.. Semoga kamu semua akan sentiasa mendapat rahmat dariNya hingga akhir hayat..

Semakin meningkat umur saya, bermakna semakin pendek dan hampir saya untuk dijemput bertemu dengan Maha Pencipta sekalian Alam yang Maha Berkuasa. 


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
  nak kek eskrim niee... sape sudi nak bagi.. tak dpt lagi.. teringin sangat nie.. (>_<)
Read more

♥ Bakal Teman Hidupku ♥

Read more

~ Si Pelempar Fitnah ~

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries