'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~Ramadhan Checklist~

Read more

~Berdoalah wahai Diri~

Read more

~ Pasrah Takdir dariMu~

Read more

~Konvensyen Bidadari~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Konvensyen Bidadari kini kembali untuk tahun 2013.

Wanita adalah pengerak kecemerlanggan ummah berdasarkan pembentukan akhlak dan peribadi anak- anak serta perkembanggan islam.

“Inspiring Muslimah, Empowering Ummah”

Golongan ibu mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan individu bermula dari rumah dan juga pembentunkan Ummah. Lihat sejarah-sejarah kegemilangan, golongan ibulah Syuhada' pertama yakni Sumayyah R.a, lihat Sejarah Siti Hajar A.s dan ramai lagi.

Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah R.A. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah R.A. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak imuslim ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati,ummah terbaik.

Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan dari aspek perjalan hidup.

Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan darinya. InsyAllah.

Layari: 
http://event.thebidadari.com/ untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


Read more

~Berusahalah dalam Mencari Jodoh~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Jodoh di tangan Allah S.W.T dan manusia WAJIB berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Selain daripada itu masih ada cara yang digunakan dalam usaha mencari jodoh seperti :-

  • Kedua orang tua yang mencari dan memilih jodoh, tetapi perkahwinan akan berlangsung dengan persetujuan anak.
  • Jodoh dipilih oleh anak lelaki atau perempuan sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua kedua belah pihak
  • Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya

    Perkara asas dalam ajaran islam ialah persetujuan anatara kedua belah pihak, iaitu antara calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan dalam Islam adalah bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan jodoh anaknya.
    Terdapat juga beberapa ALASAN sukar dalam mencari Jodoh antaranya :
  • Jodoh belum sampai
  • Belum bersedia
  • Terlalu memilih
  • Hati tak Bersih 
  • Hati masih tidak Fokus - jika kita berniat ikhlas, dan telah berusaha inshaAllah Allah akan bantu
  • Memahami qada' dan qadar bukan menyalahkan Takdir.
     Dalam usaha mencari jodoh, terdapat juga beberapa sebab yang mungkin menyukarkan seseorang dalam mencari dan memilih pasangan. Antara kemungkinan sukar seseorang bertemu jodoh :-
  • Fobia (cinta lalu yang pernah kecewa)
  • Banyak meminta dan kurang memberi 
  • Tidak Istiqamah dalam menjalinkan hubungan (pentingkan diri dan tidak menghormati pasangan)
  • Tidak sabar ( menjurus berfikiran maksiat sahaja)
  • Kurang untuk berusaha dengan cara yang bersesuaian
  • Restu daripada kedua ibu bapa
  • Tidak nampak kelebihan dan ganjaran akhirat bagi orang yang berumah tangga.
     Selain mengharapkan jodoh itu tiba, diri sendiri perlu juga berusaha untuk mendapatkannya. Antara usaha yang boleh dilakukan :-
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha
  • Lihat orang disekeliling "jodoh selalunya tidak jauh"
  • Jangan mudah patah semangat "tidak semua yang kita nak akan kita dapat jadi teruslah berusaha"
  • Mengisi hati dengan ibadah yang tertentu
  • Sayang pada semua orang disekeliling anda
  • Membersihkan hati supaya hati lebih Tenang
  • Sentiasa bersedia. Percayalah jodoh ada dimana-mana
  • Lengkapkan diri sendiri dengan mengikut syariat islam ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.
     Perkara yang paling utama dan penting adalah PERCAYA dengan TAKDIR dan KETENTUAN daripada ALLAH s.w.t. Yakin Dia yang telah mengaturkan segala yang terbaik buat kita, Dia lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambaNya jangan mudah untuk putus asa walaupun mungkin banyak kali diUji olehNya. Terus mencuba dengan mengikut landasan syariat yang telah ditetapkan olehNya dan paling penting berdoa kepada Allah s.w.t. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat redha dan rahmat dariNya.. wallahua'lam.. ^_^



Read more

~ Homemade Pizza Roti =p ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Akhir-akhir nie, terasa 'Rajin' nak main masak-masak..hee =D. walaupun just simple punya makanan.. Tapi bile makan saya rasa puas hati.. ^__^ 

Malam tadi terasa nak makan pizza.. oleh disebabkan kat rumah ada Roti, jadi semasa kat ofis dok 'google' resepi nak buat pizza roti guna roti gardiner.. dan akhirnya telah jumpa resepi yang sangat mudah dan simple untuk buat... Balik dari kerja terus ke 'giant' mencari bahan yang tak ada kat rumah... 

ini resepi nak buat Pizza roti tak ada sayur.. =p , sape yang suka sayur.. boleh lah tambah pape yang nak.... ^_^

siap dibakar dan sekejap jer habis...hee.. nie yang tak ada cheese... tapi sedap !! =)

Bahan-bahan :

-Roti Gardenia (ikut nak guna berapa keping)
-Sos Cili
-Sos Tomato
-Sos Lada Hitam
-Keju Chesdale
-Sosej atau Frankurter
-Daging Burger (dikisar / dihancurkan)



First, asingkan bahan-bahan tadi.. Roti tak semestinya guna Gardenia, jenama lain pun boleh yer.. =) . Lepas tu potong sosej bulat-bulat dan daging burger tu boleh hancurkan atau kisar.. ikut mana senang..

Lepas itu, goreng daging burger dan sosej, tapi secara berasingan yer.. Goreng bagi garing lagi sedap.. tapi jangan hangit yer.. Guna minyak sikit jer.. nanti kalau banyak takut meresap dalam roti..



Siap goreng, daging burger tu boleh gaulkan dengan sos lada hitam dan sos cili.. ikut nak letak banyak mana.. siapa suka pedas boleh letak banyak2...


daging burger yang dah digaul dengan sos lada hitam + sos cili

Dah selesai gaul, boleh sapu sos tomato atas roti tadi.. sapu tak perlu banyak.. letak nipis jer okeh.. selalu pizza dia akan ada letak tomato..=) jadi kita letak lah juga yer...

Bila siap letak sos, boleh lah bubuh daging burger tadi.. nie pun terpulang nak letak banyak mana.. letak secukupnya.. hehe.. lepas tu, boleh susun cantik-cantik sosej yang dah dipotong bulat2 tadi... nie pun terpulang lah nak letak banyak mane..sikit pun boleh...

Kemudian baru letak cheese...lebih elok letak sekeping nak bagi dia cair dan melekat kat atas roti tu.. Tapi saya tak letak pon cheese semalam.. lepas nie buat kena letak.. baru lagi sedap..>_< tapi yang semalam pon buat alhamdulillah.. sangat sedap!! puas hati makan... hehe

dan Last sekali, boleh lah Bakar.. hehe.. masuk kan dalam oven yer.. tapi panaskan dulu oven.. Jadi bakar tak perlu lama sangat... sebab bahan2 tadi semua kita dah goreng.. agak2 tengok cheese tu dah cair dan roti dah garing.. boleh lah angkat... 

daaannnn siap untuk di makan.... weeee.... Lepas nie nak buat makanan lain pula...^_^


Read more

~ New Hobby n New Biznez =p ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    Akhir-akhir nie, macam2 perkara saya nak cuba buat.. Saya berminat nak menceburi dalam bidang Bisnez.. Tapi masih dalam proses untuk Belajar... merangkak2 baru lagi.. Semoga diPermudahkan urusan oleh Allah..

    Saya ada impian nak Buka kedai Kek, nak jual Kek, Chocolate dan sebagainya yang sesuai.. Tapi masih belum ada Peluang.. InshaAllah, suatu hari nanti.. saya akan cuba berusaha untuk ada Bisnes sendiri yang lebih maju.. ^_^

    Jadi sekarang saya buat kecil2 sahaja.. orang yang terdekat selalu order. Alhamdulillah.. Kerja sampingan di buat mengisi Masa Lapang...

   Okeh, ini bukan benda Baru.. dah ramai orang Jual.. tapi saya buat benda nie sebab Nak bagi Hadiah sempena Besday someone.. After lepas itu.. ada kawan yang order.. untuk dijadikan Hadiah.. ^_^

nie yang First time buat sempena Hadiah Besday someone.. hope suka yer.. ^_^

    Agak kelakar, Tapi comel.. =).. Oh ya, selain patung nie, macam2 benda boleh buat.. keychain, frame gambar, cover tempat Hp dan sebagainya.. Tapi saya tak sempat lagi nak membuatnya.. inshaAllah akan mencuba lepas nie...

yang nie kawan tempah untuk di buat Hadiah =)

ini bintang .. tapi macam agak gemok kan..=p

    Jadi ini antara Hobi baru saya.. mana tahu boleh buat sideincome kan.. tak banyak, skit pon jadilah.. inshaAllah... Hope dapat sokongan dari sahabat semua.. ^_^ wallahua'lam...

Read more

~ Mini Cheese Cake ~

Read more

~Tidak ada istilah kalah di jalan Allah~

Read more

~ Ujian dari Allah S.W.T ~

Read more

~ Sahabat Setia ~

Read more

♥ Setia Itu ♥

Read more

♥ Selamat Hari Lahir to Me ^__^ ♥


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah s.w.t, untuk terus bernafas di muka bumi ini..
23 April 2013 cukup umur saya 25 tahun ikut kalendar orang putih... ( dah semakin tua rupanya saya ni >_
Terima kasih buat Family dan insan tersayang ♥ dan juga buat sahabat-sahabat yang sudi mendoakan saya .. Semoga kamu semua akan sentiasa mendapat rahmat dariNya hingga akhir hayat..

Semakin meningkat umur saya, bermakna semakin pendek dan hampir saya untuk dijemput bertemu dengan Maha Pencipta sekalian Alam yang Maha Berkuasa. 



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.Amin Ya Rabbul Alamin.



Read more

~ JANGAN Degil Wahai Muslimah ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





~ .. Bagi yang masih DEGIL untuk DELETE gambar yang DEDAH aurat dalam FB dia tu .. TOLONG beri PASSWORD FB pada 'waris'.. kerana ajal maut itu RAHSIA Allah .. Bila-bila masa saja NYAWAmu akan TAMAT .. Bolehlah si 'waris' tolong PADAM gambar-gambar tu kelak .. Kalau tidak SEPANJANG masa kamu akan diAZAB dalam KUBUR kerana SETIAP mata yang MEMANDANG gambar tersebut kamu akan menerima BALASANnya .. BerINGAT sebelum terLAMBAT ..~

>TengkuYusuff<
Read more

~ Aturan Allah ^_^ ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





~Dalam aturan Allah itu ada rahsia.
Rahsia yang kadang tidak terfikir di akal.
Rahsia yang akan hanya terbongkar di masa depan.
Jawapan kepada soalan “kenapa” itu,
akan hanya terjawab kelak.
InsyaAllah~

Wallahu'alam ^_^

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries