'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ Alhamdulillah - Sah Sebagai Seorang Isteri ^_^ .♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah... ^__^ Tahniah!! buat kakak tersayang, sah bergelar isteri...(okeh dah sebulan lebih baru nak update..x kira.. =D )  Walaupun penat sebab majlis semua buat secara gotong royong.. tapi best.. sebab dapat mengeratkan ukhwah antara semua.. ♥♥♥

26 May 2012, Kakak saya sah menjadi isteri kepada husband dia lah.. =D ( mak ayah saya nak kawen juga =p hehe) dan Majlis untuk tetamu diadakan pada 27 May 2012. Majlis di pihak lelaki akan berlangsung pada bulan Syawal nanti...

  Selamat Datang Ke Majlis Ikatan Kasih ^__^

 Rewang... besttt ^_^ mengeratkan ukhwah 

Pelamin ini buat sendiri.. design oleh My Auntie dan My Cousin.. 
ingt nak buat kecik + simple.. haaa amik.. sebesar2 nye... =D


Mas Kahwin dari Pihak Lelaki semasa Akad Nikah =)


Selepas Akad Nikah - Penyerahan Mas Kahwin.. ^_^

Bersama Kedua Orang Tua Pengantin Perempuan dan Lelaki =)

p/s : Setakat ini sahaja gambar yang boleh dikongsikan. Masuk semua mana muat kan kan.. =D

untuk Kakak Tersayang :

" Ya Allah.. Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


>>> TERIMA KASIH buat semua yang banyak MEMBANTU kami sekeluarga.. Semoga Allah S.W.T akan membalasnya nanti.. Insya-Allah... ^___^ Ameennn....


Read more

✿Majlis Aqiqah & Kesyukuran - Muhamad Mikhail Bin Mohd Hafiz ✿

Read more

♥ Selamat Hari Lahir Sayang ^_^ ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Lahir Sayang ^__^

alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah s.w.t, untuk terus bernafas di muka bumi ini..
23 April 2012 cukup umur saya 24 tahun ikut kalendar orang putih... ( dah semakin tua rupanya saya ni >_<).

Terima kasih buat Family dan insan tersayang ♥ dan juga buat sahabat-sahabat yang sudi mendoakan saya pada hari tersebut.. Semoga kamu semua akan sentiasa mendapat rahmat dariNya hingga akhir hayat..

Semakin meningkat umur saya, bermakna semakin pendek dan hampir saya untuk dijemput bertemu dengan Maha Pencipta sekalian Alam yang Maha Berkuasa. 


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
  nak kek eskrim niee... sape sudi nak bagi.. tak dpt lagi.. teringin sangat nie.. (>_<)
Read more

♥ Bakal Teman Hidupku ♥

Read more

~ Si Pelempar Fitnah ~

Read more

~ Jangan Sombong ~

Read more

✿Sabarlah Wahai Hati ✿

Read more

✿ Hadiah DariNya ✿

Read more

♥ Wanita Itu ♥

Read more

✿ Kematian Itu Pasti ✿

Read more

✿Carilah Sebaiknya ✿

Read more

✿Ampunkan Dosa HambaMu, Ya Allah ✿

Read more

✿Yang Kenal Allah Baca! ✿

Read more

♥ Ku Mohon KepadaMu ♥

Read more

✿ Sakit ✿

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries