'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Keampunan dariMu kuharapkan'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas saya telah berpeluang untuk mengikuti program anjuran Event Team iLuvislam. Program kali ini yang dikenali sebagai DK2 atau Dialog Krew 2 telah diadakan di Raudhatus Sakinah. Selain dapat berjumpa dengan teman teman di iLuvsislam saya berpeluang untuk berjumpa dengan penghuni Raudhatus Sakinah dan menyelami perasaan mereka yang berada di situ.


antara krew dan ahli iLuvislam yang hadir


Ketibaan kami di RS disambut oleh Pengarah RS iaitu ibu dan umi serta warden yang menjaga mereka. Taklimat ringkas telah diberi terlebih dahulu kepada kami sebelum aktiviti bersama penghuni di RS diteruskan. Selesai taklimat yang diberi, Akhi Imran iaitu Presiden kepada iLuvsislam.com menyampaikan sedikit kata-kata kepada krew dan ahli iLuvislam yang hadir.

Melangkah masuk ke dalam RS, amat menenangkan jiwa. Walaupun keadaan ruang tamu yang serdahana, tetapi ia amat selesa. Melihat wajah-wajah penghuni di RS, ada kesedaran dan keinsafan dalam diri mereka. Bukan jalan ini yang mereka inginkan, tetapi kerana sedikit kesilapan telah membuat mereka leka. Ia adalah dugaan dan ujian dari Allah S.W.T untuk menguji setiap hambanya.

Walaupun baru berjumpa, ukhwah yang baru terbina sungguh indah apabila kami menjalankan aktiviti berkumpulan bersama. Mengenali antara satu sama lain secara beramai-ramai, menceritakan tentang diri sendiri kepada ahli kumpulan dan mempertahankan barang amanah yang diberi semasa aktiviti dijalankan amat menggembirakan hati kami.^_^

Saya telah diberi peluang untuk berbual dengan lebih rapat bersama beberapa insan di situ. Aida(bukan nama sebenar)berumur awal 20an. Mula bekerja selepas tamat sekolah dan baru beberapa bulan di RS. Aida seorang yang peramah. Pada mulanya saya risau untuk bertanya mengenai kisah silamnya. Alhamdulillah, dia sendiri telah memulakan cerita bagaimana dia boleh terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku hingga membawanya ke Raudhatus Sakinah.

Mula Terjebak

Aida seorang gadis yang baik dan mengikut kata ibu bapa pada mulanya. Setelah berpindah ke sekolah baru dan meningkat ke peringkat Menengah Atas, Aida mula berubah. Dia mula terpengaruh dengan ajakan dari teman-teman di sekolah untuk mencuba sesuatu kehidupan yang bebas dan seronok. Kerana perasaan ingin mencuba Aida selalu berseronok bersama teman-teman sekolah yang sebaya dengannya untuk mencari kebebasan dan kepuasan. Aida mula berkawan dengan Mat Motor dan selalu keluar bersama mereka.

Berbohong

Sejak terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah itu, Aida sudah pandai berbohong dengan keluarga. Apabila ingin keluar bersama teman untuk berseronok dia akan mengatakan ingin pergi ke rumah teman sekelas. Pada ketika itu, hanya keseronokan yang dia inginkan. Perasaan bersalah dan takut masih belum ada dalam diri Aida. Apa yang pasti dia cuma inginkan kebebasan bersama teman teman waktu itu.

Terlanjur

Oleh disebabkan, rasa ingin mencuba, Aida mengakui dia pernah terlanjur dengan temannya. Ia adalah atas kerelaan diri sendiri. Dan pernah melakukan beberapa kali bersama pasangan yang berbeza sehinggalah dia mengenali Mr.Right baginya. Sejak mengenali Mr.Right baginya. Aida hanya setia kepadanya dan mula berhenti bertukar pasangan dengan Mat Motor yang lain apabila keluar berseronok. Dan atas kerelaannya mereka pernah terlanjur bersama.

Mengandung

Aida merasakan perubahan dalam dirinya. Selera makannya semakin bertambah dan adakalanya perasaan mengidam sesuatu itu ada. Aida juga perasan perutnya sedikit berisi tetapi dia tidak mensyaki apa2 dan tidak menyangka yang dia sedang hamil. Sehinggalah dia mengalami satu kemalangan dan selepas kemalangan tersebut dia merasakan lain dalam dirinya. Ibu bapanya membawa dia ke hospital dan jawapan yang diberi oleh doktor membuatkan dirinya terkejut apatah lagi keluarganya. Dia telah disahkan mengandung beberapa bulan. Apa yang diberitahu oleh doktor tersebut baginya adalah petunjuk dari Allah S.W.T atas apa yang telah dilakukan selama ini. Alhamdulillah, keluarganya masih menerima dan tidak membuangnya. Keluarganya sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya.

Tidak Ingin Bertanggungjawab

Selepas mengetahui dirinya mengandung, Aida telah berjumpa dengan Mr.Rightnya untuk memberitahu bahawa dia telah mengandung. Tetapi, apa yang mampu dia lakukan, lelaki tersebut tidak percaya dan tidak ingin bertanggujawab atas apa yang telah berlaku. Lelaki tersebut mengatakan anak tersebut bukanlah anaknya dan family lelaki tersebut tidak mempercayai dengan mengatakan anaknya seorang yang baik.

Berubah

Atas kerana perasaan ingin berubah dan dorongan dari keluarga. Aida dihantar ke RS. Di RS Aida banyak mempelajari dan mendalami semula ilmu mengenal Allah S.W.T dan mendekatkan diri pada Allah S.W.T. Dia memperolehi ketenangan bersama teman yang lain di RS.

Saya sempat bertanya apakah perasaan ketika melahirkan anak?

Aida menjelaskan ketika melahirkan anaknya, dia berasa sangat takut sekiranya sukar untuk bersalin. Ini kerana dia mengetahui sekiranya ibu bapa tidak mengampunkan dirinya, mungkin sukar untuk dia bersalin. Alhamdulillah, dia dapat bersalin dengan mudah dan hanya sedikit rasa sakit yang dirasai. Ada masanya, Aida mengatakan seperti tidak percaya bahawa dia sudah mempunyai anak sedangkan dia belum mempunyai suami, tetapi itu adalah kenyataan yang harus dia mempercayai dan menerimanya.

Aida sempat menjaga anaknya selama seminggu, sebelum anak itu diserahkan kepada keluarga angkat. Pada mulanya, dia ingin menjaga anaknya sendiri. Tetapi atas sebab2 tertentu dia terpaksa memberi anak tersebut kepada keluarga angkat. Sewaktu menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada keluarga angkat, dia mengakui pelbagai perasaan hadir, geram, marah dan pelbagai lagi. Tetapi, hari terakhir menjaga anaknya, dia mengatakan anak tersebut tidak banyak ragam seperti selalu. Setelah memberi susu dan anaknya tidur dengan baik seolah sudah mengetahui itu adalah hari terakhir bersama ibunya.

Setelah beberapa bulan, Aida mengakui dia merindui anaknya.. Dan perasaan ingin berjumpa dengan anaknya amat kuat. Tetapi, perjanjian telah dilakukan.. Dia redha dan pasrah dengan apa yang telah berlaku. Dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk anaknya. Dia percaya, suatu hari nanti, dia pasti akan berjumpa dengan anaknya semula.

Harapan Aida sekarang adalah ingin berubah dan ingin menjadi seorang anak yang solehah. Dia ingin menebus segala kesilapan yang telah dilakukan..

wallahua'lam....

Saya kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh Aida, alhamdulillah dia tidak menjadi seperti remaja lain yang telah berdosa terlanjur tetapi masih sanggup membunuh bayi yang tidak bersalah dengan menggugurkan anak tersebut.

Aida, akak doakan kamu akan tabah dan kuat apabila keluar nanti.. Dekatkan diri sentiasa dengan Allah S.W.T. pasti Dia akan sentiasa berada di sisimu. Insya-Allah, Aida akan berjumpa semula dengan anak Aida nanti.. Insya-Allah..

2 sahabat:

cokelat panas said...

bestnye post nih..hehee

cokelat panas said...

salam ila..best post kali nih..
hehe :)

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries