THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, December 20, 2009

'Lembaran Itu'


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah ..hanyaMu yang mengetahui segalanya.. berilah diri ini kekuatan...


wallahua'lam...

Saturday, December 19, 2009

'Pratikal hampir Selesai^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah..sudah hampir 5 bulan menjalani pratikal.. tempoh untuk tamat pratikal hampir tiba.. tak sabarnye nak habis... dan akan melangkah masuk ke semester baru dan belajar semula^_^

pelbagai pengalaman yang dapat saya perolehi.. ada yang menarik dan ada yang tak..huhu (len kali saya cite ye).. sekarang adalh masa untuk menyiapkan report lah plak.. ada lagi yang belum selesai.. banyak ke skit..huhu..biarlah rahsia(o_0)...

kawan2.. report kamu semua macam mane??( rajin2 siapkan ye ), semangat ye semua.. chaiyok!chaiyok!..rindu hendak jumpa kamu semua.... hampir 6 bulan tidak jumpa.. kecuali 2 orang yang pratikal skali dengan saya.. ( tapi sorang je slalu jumpa.. sorg lagi selalu kejer luar ).. pape pun thankz pada aki.. sbb bile kjer luar kamu slalu jaga keselamatan kawanmu ini.... trimas banyak2 ye.. sem depan satu group ek..snang bt kjer..hehe..

sewaktu pratikal nie.. tak ramai kawan satu kelas yang saya jumpa.. slain dari yang pratikal skali.. yang datang umah saya time raya dan yg turun ke negeri tempat diri ini pratikal.. pensyarah yang mengjar lagi lah tak jumpa.. cuma saya ada jumpa seorang pensyarah je,tapi dia tidak mengajar saya, but pensyarah di jabatan saya lah.. itupun dekat skool my bro.. sbb anak dia skool situ juga.. terjumpa waktu nak amik dia nak cuti skool ari tu.. apa pun trima kasih pada pensyarah yang sanggup membalas mesej yang saya hantar bertanya pelbagai perkara sepnjang pratikal nie.. thankz ye.. ^_^ ..harap tak marah saya...

insya-allah.. masuk sem baru nie.. subjek bertambah best dan menarik..huhu.. harap2 dapat ikut dengan baik... dan sem baru terpaksa duk luar.. asrama tak dapat.. satu lagi perbezaan dari sem2 lepas.. nak kena bajet belanja lagi.. ^_^... dan pelbagai benda lagi lah... ohh,...nak kena cari housemate lagi.. ( ada sape2 nak tak?..huhu )

ooppss... nak kena tdor dah.. esk kejer la plak.. spatutnya cuti.. tapi sebab ada plan nak kena submit isnin.. kena la dtg kejer esk.. huhu... lain kali sambung lah insya-allah...

kawan2..jumpa kamu sem depan... dan juga kita kan jumpa lect balik... windu kamu semua ^_^

wallahua'lam....


'Yang Terindah'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


alhamdulillah...pada hari jumaat iaitu 18 disember adalah hari yang paling gembira buat diri ini.. hari yang cukup indah.. yang tidak akan diri ini lupa kan...
ku bersyukur padaMu... atas segalanya.... insya-allah akan sentiasa di ingatan..
semoga ia akan sentiasa di hati.. insya-allah... ^_^

wallahua'lam...

-hanyaMu Ya Allah.. mengetahui apa yang ada di hati ini..-

Wednesday, December 16, 2009

'Keindahan Gunung Kinabalu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kali ini.. kita lihat keindahan Gunung Kinabalu...^_^
walaupun belum pernah sampai..tapi saya berhasrat untuk ke sana nanti..
insya-allah...jika diizinkan olehNya....




Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.


Pembentukan

Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar.

Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095meter.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
Puncak Tunku Abdul Rahman
(Tunku Abdul Rahman Peak)


Ciri fizikal

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenar atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinusok Gravel iaitu satu tempat yang terletak antara Kundasang dan Ranau.



sumber:en wiki bagi..^_^

p/s: insya-allah nak terbang ke gunung kinabalu suatu hari nanti....

Tuesday, December 15, 2009

'Cerita Hati'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

-hafiz hamidun-

Blog Widget by LinkWithin