'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Satu Saat Itu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ia adalah masa yang membahagiakan dalam diri ini, dan ku harap ia akan terjadi lagi dan akan sentiasa berlaku, untuk ku menikmati dan merasai keindahan ciptaanMu ya Allah, di bumiMu..

alhamdulillah, akhirnya saya telah dapat menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi.. ^_^ , walaupun tempat itu dah lama ada, tapi masih tidak berkesempatan dan akhirnya, dapat juga saya ke sana bersama teman yang sudi menemani saya, atas sedikit urusan sebenarnya...=D


kami bertolak, pada pagi hari dan sedikit perkara yang membuatkan perjalanan terbatas pada waktu itu, adalah kerana hari hujan..huhu, apa pun alhamdulillah dapat pergi ke semua tempat yang ada di Bukit Tinggi, walaupun hari hujan renyai-renyai sahaja..
 
Pemandangan di sana, subhanAllah, memang cantik, dan cuacanya sejuk dan nyaman, dengan tumbuhan yang hidup di sana semuanya segar.. pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disana, disediakan tempat penginapan kepada yang berminat untuk tidor, tempat makan dan pelbagai.Untuk yang suka aktiviti lasak pun, ada kawasan untuk melakukan 'jungle tracking'

Jadi sesiapa yang belum pergi, mungkin boleh ke sana.. Tak rugi, boleh pergi bersama family, teman teman dan sesiapa sahaja,.. Jom cuti cuti Malaysia!!


sedikit picx yang ada di ambil.. ^_^

^__^ nanti, pergi tempat lain pula yer.. hope masih boleh membantu..terima kasih teman
wallahua'lam....

1 sahabat:

Anonymous said...

salam nur....bestnyer dapat pergi jalan2...sya xpenah pun sampai lagi kat Bukit Tinggi...nanti kirim salam saya kat family awak..

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries