Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Rancanglah sebaik-baiknya, apa yang akan diri kita BAWA untuk Akhirat.. Yang akan membantu semasa hari KEBANGKITAN, hari PERHIMPUNAN, hari PENGADILAN dan hari PEMBALASAN..
apa yang dikumpul semasa HIDUP di dunia yang SEMENTARA ini, akan menentukan segalanya nanti.. Apabila tibanya, tanda KIAMAT yang TERBESAR PERTAMA, segala AMALAN TIDAK akan diTERIMA oleh Allah S.W.T lagi.. wallahua'lam...
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. - Hadis Riwayat Muslim -
0 sahabat:
Post a Comment