Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
♥ Rintik hujan akhirnya kunjung tiba... di saat diri tidak lagi berdaya menahan rasa, ku bebaskan perasaan itu PERGI... dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga terduduk dan menangis.. peritnya terasa.. namun, ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin airmata yang mengalir ketika itu hadir kerana Allah mahu kita MENJAHIT kembali stanza IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang TERSASAR dari KEIKHLASAN ♥
~Ya Rabb…Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu, permudahkan urusan kami dalam mencari RedhaMu.. Amin Allahumma Amin ~
Hati Menangis dalam Hujan.. ='(
0 sahabat:
Post a Comment