Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~ Ujian dari Allah S.W.T ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  Setiap manusia pasti akan diUji oleh Allah s.w.t. Setiap dugaan itu berbeza. Tabahlah dalam melaluinya.. pasti ada Hikmah yang tersembunyi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

 Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

  Sebagai seorang insan, diri ini Tidak lari diuji oleh Allah s.w.t, adakala hati ini rasa lemah, terluka dan rasa berputus asa. Kenapa diri di uji sebegini? Persoalan yang kadang-kadang bermain di fikiran. Ya! ini semua adalah untuk menguji iman di Hati yang Rapuh dan masih Tidak kuat.. Allah.. ='(

  ku Pasrah dan Redha dengan takdir yang telah Engkau tulis, ku tahu diriMu telah mengaturkan sesuatu yang lebih Baik buat diri hambaMu.. Tenangkan hati ini dalam takdirmu, Kuatkan hati ini untuk melaluinya.. hanya padaMu kuberserah segalanya.. 

wallahua'lam..



1 'ulasan':

Srikandi permata said...

Kadar ujian yang datang kpd kita mengikut kadar keimanan kita.^_^

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries