'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ 4 Kebaikan Facial Muka ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Facial Muka. Bilakah kali terakhir anda membuat rawatan facial muka? Bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit wajah, pastinya teratur melakukan facial muka.
Facial muka merupakan salah satu rawatan wajah yang dilakukan seseorang agar wajahnya  sentiasa nampak muda,jelita dan berseri-seri.Seiring dengan perkembangan zaman, facial muka sekarang bukan hanya dilakukan oleh para wanita, tetapi juga golongan lelaki.
Facial muka
Facial adalah rawatan kulit untuk muka yang dilakukan oleh juru kecantikan(Aestheticians) yang bertauliah.Tujuan facial muka dilakukan adalah untuk merawat,memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit. Kebiasaannya rawatan facial muka adalah termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan,urutan muka,rawatan stim,rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.

Manfaat Facial Muka
Membersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana kita sering melakukannya setiap hari tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang sudah ada di dalam kulit kita.
Oleh itu,facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembab secara menyeluruh. Malah ia urutan pada wajah ketika melakukan facial muka dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.
Ketika melakukan facial muka, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini menyebabkan kulit wajah lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.
Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Maka kulit jadi tampak berseri-seri. Proses facial muka juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan penghasilan kedutan.
Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit dapat melambatkan penuaan,mencerahkan warna kulit,sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Melakukan Facial Muka
  • Tujuan Facial Muka
Anda haruslah tahu tujuan anda ingin melakukan facial muka tersebut. Samada anda ingin memanjakan muka ataupun ingin merawat kulit wajah yang kurang berseri,kusam,blackhead,jerawat atau sebagainya.
Sekiranya kulit anda dalam kategori kulit yang bermasalah,anda disarankan untuk melakukan facial muka yang dikendalikan professional. Ini untuk mengelakkan dari masalah kulit anda seperti jerawat bertambah buruk sekiranya facial muka dilakukan oleh golongan yang kurang pakar.

  • Produk
Perkara ini sangat penting untuk anda pertimbangkan sekiranya ingin melakukan facial muka kerana tidak semua kulit wajah sesuai dengan produk yang digunakan. Akibat pemilihan produk yang salah boleh menimbulkan masalah pada kulit seperti jerawat yang banyak.

  • Kulit Normal
Anda sangat beruntung sekiranya dikurniakan kulit yang normal kerana bagi jenis kulit ini,tidak ada sebarang masalah untuk memilih masker wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.
Wanita yang mempunyai kulit normal boleh menggunakan timun,kentang atau buah yang lain untuk mendapatkan hasil. Selain itu,sekiranya anda inginkan kulit wajah yang cerah,anda boleh juga menggunakan sengkuang.
Bagi wanita yang mempunyai kulit wajah yang kering,anda bolehlah menggunakan buah aprikot,pisang atau sengkuang sebagai bahan untuk dijadikan masker wajah.
Anda juga disarankan agar menghindari tabiat mencuci muka dengan menggunakan air hangat kerana ia akan membuat kulit semakin kering. Amalkan menyapu toner dan milk cleanser supaya kulit kekal lembab dan kenyal.
Manakala bagi wanita yang mempunyai kulit yang berminyak,anda disarankan untuk masker yang diperbuat daripada nanas atau jeruk nipis. Anda juga boleh menggunakan campuran putih telur atau kuning telur dengan madu untuk mengurangi minyak pada kulit wajah anda.
Selain itu, amalkan penjagaan muka harian iaitu pencuci, penyegar dan pelembab di samping skrub dan mask yang dilakukan dua kali seminggu.
credit : www.wom.my

0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries