'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Sudikah Dirimu Menjadi Imam di Setiap Solatku'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Satu ketika kau bertanya..
Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia,

Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya ,


Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku,

Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari, jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan,

Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jalan yang benar ,

Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku.. agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman,

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku.. mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu tanpa rasa ragu,

Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang,

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi.. Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU? jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku,

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu,

Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu, memerhatikanmu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu,

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

wallahua'lam..

:tunjuk kan aku jalan
Read more

'Pencuri atau Penceroboh, Apakah Motifnya?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apakah tujuan seseorang yang cuba untuk mencuri atau menceroboh hak milik orang lain? Siapakah gerangan hamba Allah itu?

saya telah menerima 2 kali email dari facebook dalam masa seminggu yang tertulis seperti ini :

Hi Nur,

You recently asked to reset your Facebook password. To complete your request, please follow this link:
......................................


Saya telah mengambil keputusan untuk deactive seketika facebook atas sebab-sebab tertentu. Sehingga bila saya tidak pasti, mungkin apabila 'bisnes' yang saya jalankan telah di susun sebaiknya, saya akan active kan kembali untuk mempromosikan jualan yang dijalankan. ^_^

Apa yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya pada saya, siapakah gerangan hamba Allah yang mencuba untuk mereset new password untuk log in profil milik saya? wahai sahabat, kenapakah anda ingin log in profil orang lain? jika ingin ke profil saya, just maklumkan pada saya, tidak perlu request bagi mendapatkan new password untuk profil saya.

Apa yang kamu cari dan inginkan saya tidak tahu, nasib lah email dari facebook nie tidak maklumkan siapa yang membuat request untuk dapatkan new password berkenaan. If boleh dapat tahu, bagus juga kan ..^_^

ohh ya, Adakah kamu juga mencuba untuk dapatkan password email saya supaya dapat menyelesaikan password pada facebook saya? @_@ harap kamu tidak akan melakukannya lagi, tetapi jika kamu masih ingin mencuba, saya tidak tahu. Hanya Allah s.w.t yang tahu.

Menceroboh Hak Orang Lain (300 Hadis Bimbingan, ke arah mencari redha Allah)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

"Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya, dan kehormatannya ." (Riwayat Muslim)

semoga kamu tidak akan mengulanginya lagi ya, if ada apa-apa yang kamu perlukan dari akaun saya itu, just maklumkan pada saya sahaja..

wallahua'lam..

- ^____^ senyum itu sedekah -
Read more

'Kepadamu Wanita, Agar Dirimu Bahagia'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.


Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

-Ya Allah, hanya padaMu ku bermohon, kuatkan diri ini untuk menghadapi segala apa yang telah Engkau aturkan dalam hidupku,

sumber : iLuvislam.com
Read more

'Nikah Gantung (Khitbah) Satu Alternatif'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.


Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

-Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
-Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
-Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
-Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
-Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
-Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
-Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

-Suami
-Isteri
-Wali
-Saksi
-Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

-Masih menuntut di kolej atau universiti
-Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
-Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.


Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa, bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

sumber : iLuvislam.com
Read more

'Wahai Hati'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?


Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.

Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.

Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.

Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.

Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ianya sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.

sumber : iLuvislam.com
Read more

'Andai Dirimu Tercipta Untuk Diriku'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Rabbi
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia
tabahkan hatinya
teguhkan imannya
sucikan cintanya
lembutkan rindunya


Ya Rabbi....
Jika hatiku Kau ciptakan untuk dia
penuhi hatinya dengan KasihMU
terangi langkahnya dengan NurMU
bisikkan kedamaian dalam kegalauan
temani dia dalam kesepian

Ya Rabbi...
kutitipkan cintaku padaMU untuknya
resapkan rinduku pada rindunya
mekarkan cintaku bersama cintanya
satukan hidupku dan hidupnya
dalam cintaMU
sungguh aku mencintainya karenaMU...


......teruntuk yang ku kasihi karena MU.....

: tunjuk kan aku jalan...
Read more

'Final Exam ^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. akhirnya telah selesai menduduki 2 paper untuk final exam kali ini.. ^_^ tinggal 1 paper sahaja lagi, pada esok hari. Semangat!!


Exam kali ini, adalah pengalaman terbaru saya, kerana perlu membahagikan masa sebaik-baiknya di antara kerja + study = part time student.. ^_^ Banyak perkara yang saya pelajari apabila perlu membahagikan antara kerja , belajar dan hal-hal peribadi yang lain. Ia amat memerlukan kekuatan fizikal + tubuh badan =D , dan juga mental = emosi + fikiran + hati dan sebagainya ..

Paper terakhir yang akan di ambil adalah paper sains sosial.. ahha.. belajar sejarah ketamadunan manusia kembali..^_^ alhamdulillah, paper sirah nabawiyah dan learning distance telah selesai..(hope lect yang tanda baik hati =p).. Just, ini sahaja paper terakhir (esok pagi nak hadapi, sempat online lagi, rehatkan diri kejap -_- ) .. Sebelum memasuki semester baru pada bulan september ini.. cepatnye masa berlalu.. Semoga saya dapat hadapi dengan baik + tenang dan bahagia.. ^____^

Ayuh, semangatkan diri sendiri.!! Cari kekuatan untuk Diri Sendiri !! Saya pasti boleh.. !! insya-Allah.. Jika tak boleh, bermakna saya akan jatuh masuh hospital.. ahhaa =D ..

wallahua'lam..

okeh, cukup.. masa untuk ulangkaji kali terakhir sebelum bertemu kertas exam, esok pagi.. ^_^

Read more

'Hentikanlah Air Matamu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis di atas buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu.”


Anak muda itu menjawab, “Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku.”

Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali!”

Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, "Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku.”

“Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.

Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku?”

“Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.

credit : sebutir kasih sejuta sayang
Read more

'Selamat Hari Lahir Emak & Kaklong'

Read more

'Maafkan Diri Ini..'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hidup ini pasti akan diuji, ujian dari Allah untuk melihat kekuatan iman hambanya. Hanya bentuk ujian yang berbeza. Ya Allah, kuatkan diri ini untuk menghadapi segala ujian dariMu, alhamdulillah kerana masih sayang pada diri ini dengan memberi ujian untuk sentiasa dekat denganMu.


Maafkan saya..

Tiada niat, di hati ini untuk menyakiti hati orang lain. Saya insan biasa, masih banyak kelemahan dan kekurangan. Saya berusaha untuk tidak membuat orang terluka. Tapi, saya tahu, adakala saya tidak mampu untuk menjaga semua hati kalian. Maafkan saya..

Buat insan yang telah saya sakiti dan lukai tanpa sedar. Maafkan diri ini, andai saya tahu hadirnya saya pada waktu itu, membuatkan dirimu bertambah terluka dan resah, saya pasti tidak akan ada di antara itu. Saya tidak tahu yang ia telah memburukkan keadaan antara kalian, kerana saya tidak tahu bahawa kalian mempunyai rasa hati yang sama. Maafkan saya. Sungguh, andai saya tahu semua itu. Saya tidak akan ada di antara kalian.

Maafkan saya..

Telah memburukkan keadaan kalian, telah membuatkan kalian terluka. Mungkin salah saya, kerana tidak bertanya dahulu di antara kalian, Tapi sungguh saya Tidak Tahu. Saya Tidak Tahu yang kalian ada rasa hati yang sama. Saya tidak terfikir dan tidak menyangka semua itu.

Ya Allah, ampunkan diri ini, andai telah melukai hati teman-temanku, tiada niat untuk diri menjadi batu di tengah laluan. Wahai teman, maafkan diri ini, saya tidak akan ada di antara kalian lagi, ia terbaik untuk kalian.

saya hanya Kawan biasa di antara kalian, tidak lebih dari itu. Terima kasih pernah membantu saya, memberi kata semangat pada saya.. Terima kasih atas segalanya.. ini adalah jalan terbaik untuk kalian.

saya bukan ingin memutuskan ukhwah yang telah terjalin. Tetapi ini, adalah jalan yang terbaik.

wallahua'lam...

p/s : wahai teman, jangan fikirkan tentang saya.. jangan risau.. kalian tidak melakukan kesalahan. saya yang melakukan kesalahan.. saya yang salah.. jadi jangan susahkan hati kalian ya.. ^_^ doa saya, semoga kalian akan bersama dan bahagia selamanya di dunia dan akhirat nanti.. insya-Allah..

'Ya Allah, berilah kebahagian kepada teman-temanku, kuatkanlah ikatan antara mereka.. semoga mereka akan sentiasa bersama sehingga di akhirat nanti.. insya-Allah, ameenn.. '
Read more

'Andai Aku Adalah Tulang Rusuk Mu Yang Hilang'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

InsyaAllah, aamiin

credit : sebutir kasih sejuta sayang
Read more

'Tinta Untuk MU'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kau mencintai ku,
dengan membutakan mata mu pada ku,
mengapa wahai kekasih?
jelikkah aku?
Dalam hati nya dia berkata..
Aku tidak ingin jatuh cinta dengan rupa mu..
Jagalah rupa mu sehingga saat nya


Janji Allah Itu Benar~
Kau mencintai ku,
dengan membisukan mulut mu,
mengapa wahai kekasih?
tidakkah kau sayang pada ku,
Dalam hati nya berkata,
Aku tidak ingin nikmat cinta ku menjadi pudar..
Biar lah kata-kata cinta ini ku jaga,
kan ku dendang kan pada mu tika waktunya

Kau mencintai ku,
dengan memekak kan telinga mu dari mendengar suara ku,
mengapa wahai kekasih,
tidakkah kau rindu pada ku.
Dalam hati nya berkata,
Rindu itu akan ku simpan.....
Dan aku ku curah kan sepenuh nya untuk mu
Tika lafaz sakinah ku ucapkan..

Tapi jika aku rindu bagaimana?
jawab nya, rindu mu itu satu kehinaan buatku, namun jika benar kau rindu, bacalah al-quran yang ku beri pada mu, bersujud lah padanya lewat tahajjud mu... Titiskan air mata rindu mu itu pada yang lebih berhak... sampai saat nya, aku akan bersama mu menyambut rindu itu...

Aku tahu pabila kau merindui ku, kau juga akan membaca surat cinta dari Rabb kita, kau akan selalu menemui pemberi cinta kita lewat tahajjud mu, lewat dhuha mu..

Bakal kekasih ku, sungguh aku bangga jika aku menjadi pendamping mu..

Kau mencintai ku dengan sepenuh hati mu, kau tidak menyentuh hati ku sebelum tiba saat nya.... subhanallah wahai kekasih.. semoga pengorbanan mu ada ganjaran nya di sisi Rabb..

Ingatlah, lelaki yang baik tidak akan menyentuh hati mu sebelum lafaz sakinah itu, mulutnya kan terkunci untuk mengucapkan kata-kata manis.. Hanya doa untuk mu sebagai pengikat kasih... amiinn

wallahua'lam..

credit:sayap kasih mujahid
Read more

'P.I.E.S ^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, saya telah berpeluang mengikuti Program yang dibuat untuk adik-adik dari kelas aliran agama di SMK Saujana Impian, Kajang. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat saya perolehi sepanjang program tersebut, dari segi Rohani dan Jasmani, walaupun saya kesana untuk membantu dengan menjadi salah seorang 'fassi'. Terima kasih bro Alif, kerana telah mengajak saya untuk turut serta dalam program berkenaan, serta terima kasih juga buat bro Zul, bro Nur, bro Syamil,bro Wan, sis Dalila, sis Athirah, sis Sarah dan sis Wani atas segala perkongsian sepanjang program tersebut. Semoga ukhwah yang terjalin akan berpanjangan, insya-Allah.


Sedikit perkongsian daripada program tersebut. ^_^

Di dalam diri setiap insan terdapat 4 potensi, yang adakala tidak disedari oleh seseorang itu. Potensi yang ada ini, dapat membantu seseorang untuk berjaya jika ia mengetahui potensi yang ada dalam diri sendiri dan tahu untuk mempratikkan potensi yang ada. Potensi yang ada dalam diri seseorang insan dikenali sebagai P.I.E.S  iaitu, 'physical', 'intellectual', 'emotional' dan 'spritual'.

"Wahai anak Adam! Pusatkanlah perhatianmu hanya untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku akan penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kekafiranmu, Aku penuhi keperluanmu, dan jika tidak Engkau lakukan demikian akan Aku penuhi dadamu dengan kebimbangan dan kesibukkan dan tidak aku tutupi kekafiranmu" (Hadis Qudsi, Riwayat Tarmidzi dan Bahaiqi)

Untuk melalukan sesuatu perkara kita perlu ada niat. Tanpa niat yang telah ditetapkan terlebih dahulu, sesuatu perkara itu susah untuk dilaksanakan. Selain itu, untuk memastikan kita sentiasa bersyukur di atas pemberian nikmat daripada Allah s.w.t, kepada hambanya. Hendaklah kita bersyukur dan cuba untuk membiasakan diri dengan memohon kebenaran daripada Allah s.w.t sebelum melakukan sesuatu di atas muka bumi ini. Apa yang ada di atas muka bumi ini adalah milik kepunyaanNya, kita sebagai seorang hamba hanya menumpang dan menggunakan segala nikmat pemberian daripada Allah s.w.t, kita perlu sentiasa untuk bersyukur atas apa yang telah diberi.

Selain itu, juga di terangkan mengenai Konsep 5S iaitu senyum, salam, soal, sopan dan santun. Apabila kita sentiasa mengamalkan konsep ini, insya-Allah, ia akan menghadirkan rasa cinta hanya kerana Alah s.w.t. Surah Al-Ahzab ayat 21 , boleh diambil sebagai rujukan untuk konsep 5S. Konsep 5S ini, telah memupuk semangat dan perasaan di antara sahabat-sahabat jika dilakukan dengan ikhlas, insya-Allah.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang insan perlu mengetahui matlamat di dalam hidupnya terlebih dahulu, sekiranya tiada matlamat dah arah tuju, mereka tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Apabila sudah mempunyai matlamat yang diimpikan, pasti seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehinya.

Sebagai seorang hamba, kita hendaklah menggunakan segala masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan dibazirkan masa tersebut dengan apa yang tidak berfaedah. Jika tidak, ia pasti akan merugikan diri insan tersebut. Masa tidak akan menunggu kita, masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali.

"Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh, Dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran." (Al-Asr)

Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya perolehi dalam program tersebut. Teknik untuk dibuat ketika mengantuk (tapi kadang2 buat, masih ada rasa ngantuk, macam mane tu? ^_^)dan juga teknik menghafal secara menyanyikan lagu memang menarik, bagi yang suka menyanyi boleh menggunakannya dengan membuat 'point' utama menjadi sebuah lagu.. Juga ukhwah bersama adik-adik yang mengikutinya.. ^_^ Always miss korang nanti.. (kita boleh jumpa kat luar nanti =D) insya-Allah..


Antara 'fasi' yang terlibat dalam Program tersebut.. ^_^


Adik-adik yang memang best + sporting ^_^

adik-adik kumpulan saya.. ^_^ (nanti kita jumpa lagi, insya-Allah)

Semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi, insya-Allah.. Untuk adik-adik yang bakal menduduki PMR dan SPM, semoga berjaya!! Yakin pada diri kamu.. dan yakin serta percaya pada janji Allah s.w.t. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang telah Dia aturkan untuk kita, hanya Dia lebih mengetahuinya.

wallahua'lam..

p/s : saya bukan penulis yang baik, ayat + isi ada yang macam tunggang terbalik ^_^
Read more

'Kepada Bakal Zauj / Zaujah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kepada Bakal Suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu. Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.


Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditanganmu.

Kepada Bakal Suami,
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Kepada Bakal Isteri,
Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.

Kepada Bakal Suami/Isteri
Suami menjadi pakain kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri.Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

wallahua'lam...

sumber : ummurumaysa.blogspot.com
Read more

'Semoga Lebih Bermakna'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, ^__^ hari ini, masuk hari ke - 6 kite berpuasa.. rasanya masih tidak terlambat untuk saya mendoakan dan mengucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat yang sudi datang membaca ke blog saya..


semoga Ramadhan kali ini akan membawa lebih makna dalam kehidupan ini, hanya padaMu ku bermohon dan berharap... berilah diri ini pertunjuk untuk melaluinya...


" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)

wallahua'lam
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries