'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Bukit Bendera'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah.. akhirnya saya telah sampai ke puncak Bukit Bendera. ^_^ Walaupun beberapa tahun menuntut ilmu di Kedah, tetapi tidak berkesempatan untuk ke puncak Bukit Bendera. Kali terakhir ke sana bersama family sewaktu sekolah dahulu.

'Bukit Bendera'

Sedikit maklumat berkenaan Bukit Bendera yang saya ambil dari En Wiki

Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia. Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya.

Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang

Terima kasih buat teman-teman yang sudi ikut sekali.. =D tapi saya tahu korang pun memang nak berjalan gak kan... hehe.. qila,liya,sue dan fatin.. thankz... Semasa sampai di sana, masih tidak ramai orang yang datang kerana masih awal, dalam jam 10 pagi.. =)

menuju puncak Bukit Bendera, waktu berkabus dan berangin ^_^

Cuaca di puncak Bukit Bendera pada ketika itu, sungguh nyaman dan sejuk.. dengan angin yang agak kuat ketika itu.. Aktiviti yang boleh dilakukan di puncak adalah berjalan kaki sahaja menikmati keindahan ciptaanNya yang sungguh menakjubkan.. subhanAllah... ^_^

antara yang paling menarik adalah bergambar dengan ular sawa warna kuning.. walaupun hanya pegang sedikit tapi adakala masih terasa kulit semasa ular sawa itu bergerak di tangan.. my frenzz.. Qila, tak mimpi ke ular tu kat leher.. =D

nie ular sawa kuning.. boleh tahan berat juga la haiwan nie...^_^

Selepas habis menjelajah di puncak Bukit Bendera, kami turun untuk pergi ke Taman Negara Pulau Pinang. Sebelum ke sana singgah sebentar menunaikan solat zohor di Masjid Terapung di Pulau Pinang.

Masjid Terapung Pulau Pinang

Udara dan alam ciptaanNya di puncak Bukit Bendera, sungguh nyaman dan menenangkan.. alhamdulillah... ^__^
Read more

'Istikharah Cinta'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

-Sigma-
Read more

'Untukmu, aku hanya Wanita Biasa'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..


Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

sumber : http://akumimi88.blogspot.com

wallahua'lam..

* Ya Allah, hanya diriMu mengetahui segala yang terbaik buatku.. dan juga telah diriMu aturkan segalanya untuk hidupku.. ^_^
Read more

'Kenangan Tercipta ^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

setiap pertemuan, akan ada kenangan dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan, jika tidak mahu berpisah, jangan bertemu.. hehe.. teettt..^_^

walaupun kisah ini sudah berlalu beberapa hari yang lepas + minggu mungkin, saya ingin kongsikan juga, agak lama tidak berkongsi cerita bersama teman-teman..=)

keinginan untuk merasai angin pantai, akhirnya tercapai apabila ada tugas yang perlu dilaksanakan di kawasan berdekatan pantai...alhamdulillah... saya sangat menikmatinya walau seketika... ^__^


pelbagai perkara berlaku pada hari itu.. =) perjalanan yang lebih banyak di atas jalan raya antara saya + cuya.. thankz cuya teman saya untuk Majlis Lunch itu, if pergi sorang memang tak tahu lah macam mane jadinya.. =D.. dan untuk yang lain juga...

nie saje edit picx korang..^_^

Buat, teman yang sudah ke 'teratak' saya tu.. sudi2 lah datang lagi nanti yer.. ^__^ .. maaf jika ada kekurangan semasa di 'teratak' saya tu..=)


p/s : otak jem nak mengarang sbb telah + dengan asgment.. hehe =D
Read more

'Masihkah Ada Peluang ?'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bulan Rejab sudah ingin sampai ke penghujungnya, Syaaban bakal menjelma beberapa hari lagi. sudahkah kita mengambil peluang berpuasa di Bulan Allah ini?


Rasulullah SAW bersabda :

"Rejab adalah bulan Allah SWT, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku"

ya, berpuasa di bulan Rejab, iaitu bulan dimana orang lain ramai yang tidak berpuasa, amat berbeza jika berpuasa di bulan Ramdhan. Tetapi, jika dapat melakukannya.. alhamdulillah, pasti terasa nikmatnya.. insya-Allah...

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW :

"Siapa puasa dua puluh tujuh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibrail turun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan"

Baginda juga bersabda :

"Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung"

Rebutlah peluang yang masih ada ini, peluang yang masih tinggal beberapa hari sahaja. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa kita menikmatinya.

semoga saya masih berpulang untuk bertemu dengan Bulan Allah ini di masa akan datang lagi..insya-Allah, jika tidak mungkin ini adalah Bulan Rejab terakhir yang saya lalui.

wallahua'lam..
Read more

'Masa Akan Merubah Segalanya'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masa yang bergerak seakan tidak terasa, hampir 6 bulan sudah berlalu di dalam tahun 2011 ini. Pelbagai perkara yang berlaku dan terjadi, ya! saya akan terus mengalami pelbagai lagi perkara , ujian , dugaan yang saya sendiri tidak tahu apa yang bakal saya lalui.


masa yang telah berlalu, akan menyebabkan banyak perkara yang berubah. Perkara yang adakalanya kita sendiri tidak tahu. Keadaan dan masa dapat melakukannya. Seorang hamba Allah tidak akan dapat berubah jika bukan diri sendiri ingin berubah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

ya, saya sudah banyak berubah, saya sudah tidak sama seperti dahulu, masa, keadaan dan apa yang telah berlaku membuatkan saya berubah. Masa yang berlalu, akan banyak mengajar kita banyak perkara. Saya cuba untuk menerima segalanya dengan redha dan tabah. walaupun adakala saya rasa tidak mampu.

Setiap insan ingin berubah kepada lebih baik, ingin semakin dekat kepada Allah, ingin semakin hampir denganNya. saya juga ingin dekat denganNya.. ingin sentiasa rindu padaNya. Ingin bertemu denganNya.

Tapi saya tahu, adakala, iman saya jatuh, adakala ia turun dan saya akan melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini. saya masih tidak kuat untuk melaluinya.. Tapi saya yakin, diriMu sentiasa memberi peluang kepada diri ini untuk sentiasa bersamaMu Ya Allah.

Apabila seseorang ingin berubah, pasti akan bertambah lagi ujian dan dugaan dariNya.. Allah ingin menguji, ingin lihat kekuatan, kesabaran dan segalanya supaya saya semakin hampir denganNya.. kerana saya tahu Allah sayang dan ingin saya semakin dekat denganNya. alhamdulillah..

Buat teman, sahabat, dan yang mengenali diri ini, saya ingin memohon maaf, andai selama mengenali kalian, telah ada yang dilukai. Saya pasti, tentu ada kesilapan yang telah dilakukan, saya manusia biasa, adakala akan melakukan kesilapan. Maafkan saya.Maafkan diri ini.. Saya akan cuba untuk tidak menyusahkan kalian lagi. maaf..

Terima Kasih, kerana sudi mengenali diri ini, berkawan bersahabat membantu dan segalanya. Maaf, saya memang telah banyak berubah, jika perubahan saya ini ada yang tidak boleh menerima, saya tidak mampu untuk membuat kalian memahaminya. Tetapi saya perlu untuk melakukan semua ini. Saya perlu mencari kekuatan untuk diri saya.

Ya Allah, hanya diriMu mengetahui segalanya apa yang ada di dalam hati ini, apa yang ingin kulakukan dan segalanya yang kurasai. Kuatkan diri ini, teguhkan iman ku, tabahkan dan redhakan hati ini menerima segala ujian dan dugaan dariMu Ya Allah..

wallahua'lam...
Read more

'Tabahkan Diri ini Menerima Ujian dariMu, Ya Allah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah, padaMu ku bermohon... kuatkan diri ini untuk menempuh segala ujian dariMu. sebagai seorang hamba,pasti akan di uji olehNya, pelbagai ujian yang akan di tempuhi. Ya, saya manusia biasa, iman adakala naik dan adakala turun..


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

adakala ,terasa seperti hampir putus asa, untuk menempuhi ujian yang diberikan, rasa tidak berdaya untuk menghadapinya.. ya, saya seorang insan yang lemah.. masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri.. walau banyak air mata yang menitis, ujian ini harus saya hadapinya..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Ya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah menguji diri ini, pasti ada sebab yang Dia lebih Maha Mengetahui dari diri ini.. Diri ini Rindu padaMu Ya Allah, Rindu ingin bertemu denganMu Ya Allah.. andai bertemu denganMu adalah yang terbaik, adalah yang terbaik jemputlah diriku ini. Tapi, diriMu masih memberi peluang untuk diri ini mendekatkan diri dengan cintaMu, terima kasih Ya Allah...

wallahua'lam..
Read more

'Sekolah.. Sekolah.. ^__^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, akhirnya.. dapat kembali ke sekolah..^_^ teettt....


permohonan saya untuk menuntut ilmu,telah dipermudahkan...alhamdulillah, saya telah diterima untuk meneruskan pengajian di Open University Malaysia dalam bidang Islamic Studies. insya-Allah , akan mengambil masa 4 tahun, jika tiada halangan..

Sebelum ni, belajar 'full time' , tetapi dengan OUM, saya melakukannya secara 'part time', jadi kena lebih berusaha untuk membahagikan masa.. chaiyok!chaiyok illa!!

doakan saya ye sahabat semua... semoga dipermudahkan untuk saya terus menuntut ilmu selagi masih diberi kesempatan olehNya... insya-Allah...

wallahua'lam..
Read more

'Kenapa Hati Ini Kaku?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya bukanlah orang yang terbaik memberi tazkirah. Orang yang dekat dengan saya sangat arif dengan saya dan kelemahan saya, tentunya kata-kata saya boleh dipersoalkan kerana banyaknya dosa-dosa yang masih berbekas dalam diri saya. Saya berkata ini bukan untuk membersihkan diri saya, apatah lagi mengatakan saya bagus, tapi itulah hakikatnya. Ada beberapa perkara yang saya rasa sangat sukar untuk dicabut dari dalam hati saya kerana hati saya masih asyik melakukannya...


Berkata seorang ulama;

Bagaimana akan dapat terangnya hati seseorang itu yang gambar dunia ini terlukis pada cermin hatinya? Atau bagaimanakah akan dapat menuju Allah padahal dia masih terikat dengan nafsu syahwatnya?Atau bagaimana akan dapat memasuki hadrat Allah taala padahal dia belum suci dari kelalaiannya( janabah)? Atau bagaimana dia berharap akan dapat mengerti rahsia-rahsia yang halus padahal dia belum bertaubat dari kekeliruannya?

rasanya kalau dapat baca text Arab tentu akan lebih faham apa yang penulis ini maksudkan..

katanya juga: Takkan mungkin berkumpul dua perkara yang berlawanan dalam satu tempat dan masa, mustahil akan terkumpulnya jahat dan baik, begitu juga mustahil akan terkumpul diam dan gerak, cahaya dan kegelapan. Demikian pula nur (cahaya) iman berlawanan dengan kegelapan akibat masih bersandar kepada sesuatu selain dari Allah. Demikian pula berjalan menuju Allah haruslah bebas dari belenggu hawa nafsu.

FirmanNya:

'Bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajarkanmu '

Rasulullah sendiri bersabda:

'Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka Allah akan mewariskannya apa yang tidak diketahuinya'

Sahl bin Abdullah Atustary r.a berkata: kebaikan itu terhimpun dalam 4 pekara, dan dengan itu akan tercapai peringkat kewalian:

a) Lapar

b) Diam

c) Menyendiri

d) Bangun malam...

Innallaha ghafurun rahim.. sesungguhnya Allah penerima taubat dan penyanyang.. mungkin orang yang mendengar adalah lebih baik dari yang memberi...

Wallahualam..

sumber : muharikah.wordpress.com
Read more

'Dimanakah Hilangnya '

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kemanakah hilangya semangat itu dahulu? dimankah kekuatan yang ada dahulu?

alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi peluang kepada diri ini, untuk terus bernafas di atas bumiMu ini.


tahun 2011, saya sudah jarang dapat untuk berkongsi dan bercerita, di blog saya.. kadang-kadang terfikir juga, kenapa sebelum ini, masih sempat untuk berkongsi walau sedikit ilmu, tetapi tahun ini, dah masuk 6 bulan, sedikit perkongsian yang baru saya lakukan..

ya.. mungkin ada perkara yang perlu saya uruskan sebaiknya.. supaya saya dapat mebahagikan masa yang terbaik, untuk semuanya.. insya-ALLAH...

ayuh illa!!!! kamu boleh lakukan semula.. ! semangat !!
Read more

'Futuwah Cinta'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Inilah dia cinta

Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.
Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.
Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.
Dan Dia semata.
Dan itulah dia cinta.
Bila segalanya dihadapkan pada Dia.
Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya
Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
dan mengegarkan kita akan azabNya,
akan kelam kelibut hari kebangkitan.
Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.
Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.
Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.
Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?
Menyerahkan semua urusan kepadaNya?
Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.
Dan demikianlah itu cinta.
ianya yakin
redha
dan saliim..
Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan
walau tak pernah bersua
mengenal
mahupun bersentuh
itulah dia cinta
anugerah atas cinta keranaNya
Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,
apatah lagi menyebabkan putus asa.
Kerana setiap pilihan kita,
tindakan kita
dan langkah kita,
adalah demi cintaNya.
Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..
Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya... ameen...

 sumber : muharikah.wordpress.com
Read more

'Sweetz 23 ^__^ -

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, 23 April 2011, semakin bertambah usia...semakin dekat untuk bertemu denganNya insya-Allah...^_^
Terima kasih buat family, teman ,sahabat dan semua yang mendoakan saya.. hanya doa dari saya untuk kalian dapat saya balas..buat sahabat dan kawan yang sudi memberi hadiah.. terima kasih tak terhingga... hihi.. segan pula besar2 dapat hadiah =) , apapun, terima kasih segalanya.....

dan untuk sahabat iLuvislam , yang sudi membuat sedikit majlis untuk besday saya... terima kasih yang tak terhingga.. ia menjadi salah satu kenangan dalam hidup saya bersama kalian... alhamdulillah....=) -kek tu sedap..alhamdulillah..=)-
buat teman yang mendedikasikan ucapan di radio, dan lagu di bookfair hari tu.. lagu tu memang jiwang lah.. dgr lagu tu.. ingt kat kamu semua..=D...

terima kasih untuk semua.. saya sayang semuanya...hanya kerana Allah...

wallahua'lam.. ^_^
Read more

'Satu Saat Itu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ia adalah masa yang membahagiakan dalam diri ini, dan ku harap ia akan terjadi lagi dan akan sentiasa berlaku, untuk ku menikmati dan merasai keindahan ciptaanMu ya Allah, di bumiMu..

alhamdulillah, akhirnya saya telah dapat menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi.. ^_^ , walaupun tempat itu dah lama ada, tapi masih tidak berkesempatan dan akhirnya, dapat juga saya ke sana bersama teman yang sudi menemani saya, atas sedikit urusan sebenarnya...=D


kami bertolak, pada pagi hari dan sedikit perkara yang membuatkan perjalanan terbatas pada waktu itu, adalah kerana hari hujan..huhu, apa pun alhamdulillah dapat pergi ke semua tempat yang ada di Bukit Tinggi, walaupun hari hujan renyai-renyai sahaja..
 
Pemandangan di sana, subhanAllah, memang cantik, dan cuacanya sejuk dan nyaman, dengan tumbuhan yang hidup di sana semuanya segar.. pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disana, disediakan tempat penginapan kepada yang berminat untuk tidor, tempat makan dan pelbagai.Untuk yang suka aktiviti lasak pun, ada kawasan untuk melakukan 'jungle tracking'

Jadi sesiapa yang belum pergi, mungkin boleh ke sana.. Tak rugi, boleh pergi bersama family, teman teman dan sesiapa sahaja,.. Jom cuti cuti Malaysia!!


sedikit picx yang ada di ambil.. ^_^

^__^ nanti, pergi tempat lain pula yer.. hope masih boleh membantu..terima kasih teman
wallahua'lam....
Read more

'Ratib Cinta'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.

Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.

 
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.

Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.

Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

sumber: iLuvislam

Read more

'Nota Cinta UntukMu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Allah....

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,


Sumber : Nota Cinta
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries