'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥ Lepaskan Ia Pergi ♥

Read more

♥ Kita kah Wanita Itu? ♥

Read more

♥ Duhai Mata yang sedang Menangis ♥

Read more

♥ Lafaz Sakinah ♥

Read more

♥ Kusimpan Namanya di Sudut Hati ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,


Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

sumber : iLuvislam

Ya Allah, hanya diriMu lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini.. kuatkan diri ini untuk melalui segala apa yang telah Engkau tetapkan.. permudahkan ia, jika ini semua adalah terbaik buat kami melaluinya.. wallahua'lam..
Read more

'Back To School^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jom!! Kembali ke Sekolah....^__^ (perasan masih sekolah =D) alhamdulillah, setelah bercuti beberapa hari selepas final exam (cuti ker? >,<), telah masuk sem baru untuk tahun ini. Saya perlu kembalikan semangat belajar itu...Rajin ! Semangat ! Chaiyok! Chaiyok! illa....


Semalam, telah selesai pendaftaran untuk semester kali ini. Pada semster ini, 3 subjek yang akan saya ambil, insya-Allah iaitu syariah, applied history dan juga man, society and culture. Pendaftaran telah selesai, tetapi saya masih menunggu result final exam untuk semester lepas yang masih belum diketahui.. Hanya Allah, yang tahu apa yang saya rasa sekarang... pelbagai perasaan menunggu result tersebut.. ntah bile nak dapat keputusan ini.


yaaa... baru daftar semalam, pagi tadi kerja sekolah dah dapat..^__^ , cekgu pun tak kenal siapa lagi.. ini lah kelebihan dan ada juga kelemahan belajar secara separuh masa atau jarak jauh.. tapi tidak mengapa, insya-Allah pasti ada hikmah..yang penting perlu semangat..!! (jom bt kerja sekolah mulai sekarang =D)

jangan sampai jadi mcm nie.. hehe

ayuh, cik illa..!! Semangat!! All The Best!! ^___^ insya-Allah....
wallahua'lam...
Read more

'What Is Love?'

In the Name of Allah Most Gracious and Most Merciful

What is love? Love is definitely essential in our life. How much we appreciate love in our life? What can we get from love? Here, I will show you what LOVE is.

Lucky,
Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad (pbuh), my parents, family and all my Muslim sisters and brothers.


Obey,
Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.

Vow
Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us.

Effort,
Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world.

That is LOVE, which will always makes us smile and happy, always in our heart, forever and ever...InsyaAllah

credit : iLuvislam.com
Read more

'Mahkota Wanita'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

'Mahkota Wanita' adalah suatu yang penting dan amat bernilai bagi seorang wanita. Saya bukanlah seorang yang pakar dan juga bukan doktor untuk membicarakan tentang 'Mahkota Wanita'. Tetapi sebagai seorang wanita, memang tidak dinafikan kita perlu tahu mengenainya, atas disebabkan ada yang adik-adik perempuan yang bertanya kepada saya di internet, saya hanya membantu dengan memberi sedikit info yang saya jumpa di internet. Akak harap, ia dapat membantu adik, maaf sewaktu adik tanye akak mengenai 'mahkota wanita' ini, akak tak dapat nak jelaskan bagaimana. Jika maklumat ini tidak mencukupi.. hope adik rajin untuk cuba mencari maklumal lagi di internet ya..^__^


Sabda Rasulullah SAW dalam satu Hadith Sohih maksudnya : “Tiada yang aku bimbangkan tentang dugaan kepada kaum lelaki sepeninggalan aku nanti, kecuali dugaan dari kaum wanita” (Sahih Bukhari).

KEPERAWANAN dan dara. Apakah makna sebenar kedua-dua istilah ini? Bagaimana jika seorang wanita itu sejak azali dilahirkan tidak memiliki selaput dara? Adakah ia menandakan gadis berkenaan sudah tidak suci lagi?

Menurut definisi, istilah keperawanan dikelaskan untuk gadis yang belum berumahtangga dan tidak pernah terbabit ataupun melakukan hubungan seks dengan sesiapa manakala dara (hymen) ialah tisu nipis yang mengelilingi pembukaan faraj.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi yang juga Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata makna kedua-dua istilah ini sangat berbeza walaupun ia seolah-olah memiliki persamaan.

Jika seorang gadis itu pernah melakukan hubungan seks, tidak bermakna selaput daranya akan hilang dengan sekali hubungan kelamin saja kerana daya keanjalan yang ada pada selaput dara setiap wanita berbeza.

“Terdapat gadis yang memiliki selaput dara yang tebal dan menyebabkannya menutupi keseluruhan rongga faraj, tetapi keadaan itu boleh menyebabkan masalah terutama ketika didatangi haid kerana ruangan itu sudah tertutup dan akan menyebabkan mereka mengalami kesakitan yang agak teruk.


“Selain itu, tidak kurang juga mereka yang memiliki selaput dara nipis tetapi disebabkan daya anjal selaput berkenaan sangat kuat ia menyukarkannya untuk koyak ataupun pecah,” katanya.

Katanya, pernah juga berlaku walaupun sudah banyak kali wanita berkenaan melakukan hubungan kelamin, tiada kesan darah yang menunjukkan selaput daranya koyak ataupun pecah secara semula jadi.

Selain itu, menurutnya selaput dara boleh pecah disebabkan beberapa faktor berbeza sama ada dengan melakukan aktiviti lasak hingga memberikan ketegangan berterusan kepada bahagian kelangkang ataupun mengalami kecederaan akibat kemalangan serta penggunaan tampon ketika datang bulan.

“Bagi gadis, sudah pasti memiliki dara serta keperawanan memang penting tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan ini, mereka mengalami ‘kehilangan’ yang sukar ditukar ganti.


“Dengan kecanggihan teknologi kini masih belum ada yang dapat menggantikan bahagian berkenaan secara semula jadi tetapi jika untuk ‘membaik pulihnya’ mungkin ramai pakar yang dapat memberikan cadangan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail, di sini baru-baru ini.

Selain itu, katanya mitos mengenai sedikit pendarahan yang berlaku pada malam pertama perkahwinan ketika pertama kali melakukan hubungan kelamin bagi seorang gadis itu adalah tidak tepat sama sekali.

Katanya, setiap wanita dilahirkan dengan keistimewaan serta ciri-ciri fizikal dan dalaman berbeza. Disebabkan itulah daya ketahanan diri wanita itu juga berbeza antara satu sama lain.

“Justeru, waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan kelamin adalah apabila gadis berkenaan sudah cukup matang untuk menempuh alam perkahwinan.


“Jika terlalu muda, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain antaranya masalah sosial kerana mereka belum matang untuk membuat sebarang keputusan penting dan ia boleh menggugat perhubungan yang baru dijalin,” katanya.

Malah, Dr Nor Ashikin berkata, cara menentukan gadis itu memiliki dara ataupun tidak dengan hanya melihat kepada keadaan fizikalnya seperti yang diperkatakan sama ada melalui rambut, dahi, tapak tangan dan tumit juga kurang tepat.

Dia berkata, hanya melalui pemeriksaan menyeluruh secara klinikal ke atas wanita terbabit dapat menentukan sama ada dia masih memiliki dara ataupun sebaliknya.

“Bukan mudah untuk mengesan seseorang gadis itu masih dara ataupun tidak dengan hanya memerhatikan bentuk fizikal mereka kerana ia bersifat dalaman. Hanya wanita itu sendiri yang memahami apa yang berlaku kepada badan mereka.


“Jangan mudah terpedaya dengan mitos yang diperkatakan itu sebaliknya bertanya kepada pakar yang lebih mengetahui untuk mendapatkan kepastian sebenar,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan realiti ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara kerana bagi mereka ia dapat menjamin kebahagiaan dan keharmonian perhubungan.

Tetapi, adakah ia benar-benar boleh memberikan kebahagiaan seperti apa yang diinginkan? Adakah ia hanya bersifat sementara dan apabila masa berlalu ia akan hilang tanpa sebarang pengertian?

Dr Nor Ashikin berkata, sememangnya setiap lelaki menginginkan wanita baik dan suci untuk dijadikan isteri tetapi adakah dara seseorang wanita itu bakal menjadi kayu pengukur terhadap pengekalan perhubungan yang diterapkan itu?

“Mungkin wanita terbabit pernah mengalami sesuatu peristiwa yang mengaibkan hingga menyebabkan dia kehilangan keperawanan tanpa kerelaannya.


“Adakah dia perlu dipersalahkan kerana kejadian itu? Kita perlu berfikir secara rasional kerana tidak semua gadis bersikap keterlaluan dan bergaul secara bebas tanpa menilai baik buruknya kesan yang boleh berlaku ke atas diri mereka,” katanya.

Tetapi kini, jika diperhatikan kebanyakan gadis agak kurang menitikberatkan penjagaan keperawanan diri kerana masing-masing beranggapan ia sudah ketinggalan zaman.

Keadaan ini mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya dan keinginan yang terlalu mengidamkan kehidupan bebas tanpa kawalan dan batasan.

Menurut Dr Nor Ashikin, mereka beranggapan jika rakan sebaya boleh melakukan perkara terbabit tanpa sekatan sesiapa termasuk ibu bapa, mengapa mereka tidak boleh melakukannya.

“Keadaan persekitaran boleh memberikan rangsangan kepada mereka untuk bertindak di luar batasan kerana apa yang dihidangkan kepada mereka kebanyakannya menjurus kepada aktiviti seks sama ada melalui media, Internet hinggakan papan tanda iklan.


“Tetapi perlu diingatkan kesan yang akan mereka alami disebabkan hubungan kelamin yang dilakukan pada usia muda boleh menjejaskan emosi dan masa depan secara tidak langsung serta wujud rasa bersalah yang membebankan mereka,” katanya.

Di sinilah, institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memantau dan mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka terjerumus dalam kegiatan yang merugikan masa depan mereka.

Ibu bapa seharusnya tidak boleh terlalu memberikan kebebasan kepada anak akibat kesibukan kerja hinggakan mereka berasa terabai dan tersisih lantas menyebabkan mereka memilih untuk mendapatkan ketenangan daripada pihak luar.


“Saya yakin sekiranya keluarga memainkan peranan dalam mendidik dan mengawal tingkah laku anak, permasalahan sosial sebegini dapat dikurangkan.


“Mereka akan dapat membuat pertimbangan dan memikirkan kesan yang boleh berlaku terutama pada diri dan keluarga sekiranya ia tetap diteruskan,” katanya.

sumber : homefamilysite
Read more

'Doa Untukmu Insan Yang Tercipta Buatku'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Buat suami yang dicintai dan di sayangi keranaNya, ku mohon semoga hubungan ini sentiasa dirahmati dan diredhai olehNya.. Terimalah diri ini seadanya, segala kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri ini. Pimpin dan bimbinglah diri ini untuk sentiasa dekat padaNya yang Esa. Sabarlah dalam mendidik dan menjaga diri ini nanti..

أللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُ
وَكَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيمِ وِجْهِكَ
وَعِزِّ جَلاَلِكَ اِذْ يَسَّرْتَ لِي هَذَا الزَّوْجَ, أللَّهُمَّ
أجْعَلْهُ قُرَّةَ عَيْنٍ لِى وَعَوْناً عَلَى طَاعَتِكَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ سُكْناً وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةً
اللَّهُمَّ حَبِّبْنِي اِلَيْهِ وَحَبِّبْهُ اِلَيَّ
وارْزُقْنَا الذُّرِّيَّةَ الصَّاِلحَةَ لَّتِى بِصَلاَحِهَا صَلاَحَ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا
اللَّهًمَّ اجْعَلْ مَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيْنَ عَلِيًا وَفَاطِمَةً
اللَّهُمَّ ألِّفْ بَيْنَ قَلْبِي وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا ارْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُرْ عَنِّي عُيُوْبَهُ
وأظْهَرْ لِي مَحَاسِنَهُ وارْضَنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيْهِِ
اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِي زَوْجِي,اللَّهُمَّ يَسِّرْ أُمُورِي مَعَهُ وَصَرِّفْ عَنِّي شَرَّهُ
وَأقْنَعْنِي بِهِ وَأقْنَعْهُ بِي
أللَّهُمَّ اجْعَلْنِي بِعَيْنِهِ كَبِيْرَهُ وَفِي عَيْنِي صَغِيْرَهُ
أللَّهُمَّ أفْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي وَأَهْلِي وَأنْتَ خَيْرَ الْفَاتِحِيْنَ
اللَّهُمَّ يَاجَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي عَلَى خَيْرٍ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ كَمَا يُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي كَمَا اُحِبُّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا تُحِبُّ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلَّقٌ بِحُبِّكَ ثُمَّ حُبِّ نَبِيِّكَ ثُمَّ حُبِّي
اللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ نِعْمَتِي وَيَامَلاَذِي فِي كُرْبَتِي
اجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىَّ بَرْداًً وَسَلاَماًً كَمَا جَعَلْتَ النَّارَ بَرْداًً وَسَلاَماً عَلَى أِبْرَاهِيْمَ
أللَّهُمَّ أهْدِيْهِ اِلَى مَاتُحِبُّ وَتَرْضَي
أللَّهُمَّ أَيْقَنْتَ قَلْبِي بِكَ بِأَنِّي لاَ أُهْلِكَ وِانْتَ مَعِي
أللَّهُمَّ آمِين


Ya Allah bagiMu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untukMu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaatiMu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya,Jadikanlah aku berpuas hati dengannya dan dia berpuas hati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya, sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

-sayap kasih mujahid-

Ya Allah, andai telah Engkau ciptakan dia untukku, perkuatkan ikatan kasih sayang antara kami.. Redha dan rahmati perhubungan kami ini.. Pimpinlah dan ikatlah hati antara kami kepadaMu, supaya kasih sayang ini hanya keranaMu..

Andai dia bukan untukku, permudahkan diri ini untuk melupakannya.. redhakan hati ini menerima segala ketentuanMu, semua yang telah Engkau berikan adalah milikMu, ia adalah pinjaman kepada diriku ini..

wallahua'lam..

Read more

'Hari Yang Dinanti ^_^'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Raya!! Salam Lebaran!! Salam Aidilfitri!! itulah ucapan yang sering kita dengar apabila bulan Syawal menjelma, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, alhamdulillah.. ^_^

Seperti tahun sebelumnya, raya di sambut di kampung emak , di utara tanah air. ^_^ Antara makanan yang dimasak kali ini, rendang daging, rendang tok, lemang, ketupat palas dan kuih muih .=)


Alhamdulillah, saya masih berpeluang dapat menikmatinya bersama keluarga dan saudara mara tersayang.. Semoga Syawal akan datang lebih bermakna dengan kehadiran insan tersayang dan insan baru.. insya-Allah... ^_^

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua insan yang mengenali diri saya, seandai sepanjang mengenali diri ini, saya telah melukakan hati kalian tanpa sedar dan dalam sedar. Maafkan saya, kerana tidak dapat untuk menjaga hati dan perasaan kalian sepenuhnya. Saya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, kerana saya bukan insan sempurna. Tetapi saya cuba untuk menjadi lebih baik, insya-Allah.

Semoga kalian semua gembira di samping insan-insan tersayang.. ^_^ hanya doa untuk kalian yang dapat saya kirimkan..

p/s :♥ jemput saya bila tiba masanya nanti.. insya-Allah..

Read more

'Solat Itu Tiang Agama'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, saya telah berpeluang mengikuti program kem solat(untuk memperbaiki dan lebih memahami) yang dianjurkan oleh ABIM. Program tersebut telah diadakan di 3 buah surau dan masjid di sekitar kawasan Batang Kali.

Terima kasih buat sahabat, yang mengajak saya untuk turut serta menjadi 'fasi' di program tersebut. Alhamdulillah, walaupun terlibat sebagai 'fasi', banyak ilmu yang dapat saya perolehi. Buat sahabat yang mengajak saya ke program tersebut, jika ada lagi jangan lupa maklumkan ya..=D

adik-adik dan fasi

Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakala, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan. Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat. (Jom mantapkan memahami makna setiap bacaan dalam solat ^_^)

Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui. Supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.

Program kali ini, terbuka kepada sesiapa sahaja penduduk yang berada di kawasan berhampiran surau dan masjid tersebut. Tetapi, ia lebih tertumpu kepada anak-anak yang masih bersekolah. Alhamdulillah, Tahniah! buat ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk turut serta dalam program ini.

Program kali ini, berlangsung hanya 1 hari. Bermula pada jam 4 pagi, Qiamulai dilakukan, alhamdulillah terdapat adik-adik yang tinggal di kawasan berhampiran turut serta. Selepas bersahur, kuliah subuh dan program bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang. Peserta yang turut serta terdiri dari pelbagai peringkat umur dari yang sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Seronok melihat telatah adik-adik yang turut serta. ^_^

Semasa program, pengisian yang diutamakan adalah berkaitan dengan wudhuk dan solat(termasuk bacaan dalam solat). Program dilaksanakan secara teori dan pratikal supaya dapat memudahkan adik-adik tersebut lebih memahami.

Sedikit perkongsian semasa penjelasan secara teori berkaitan solat yang sempat saya catatkan. Keistimewaan melakukan dan balasan meninggalkan solat. Dari sebuah hadis, (maaf saya sudah terlupa hadis mana, kesilapan tidak sempat mencatatnya =( .. )

5 Keistimewaan Melakukan Solat :
-diangkat kesempitan hidup di dunia.
-terhindar dari azab kubur
-akan memperolehi buku amalan dari tangan kanan
-melalui titian sirat dengan sepantas kilat
-memasuki syurga tanpa di hisab


15 azab meninggalkan solat :

5 azab di dunia :
-dicabut keberkatan umur
-dihapus tanda-tanda orang soleh dari wajah
-doa tidak akan diangkat ke langit
-tidak mendapat ganjaran
-tidak mendapat bahagian di dalam doa orang yang soleh

3 azab semasa meninggal dunia :
-mati dalam keadaan hina
-mati dalam keadaan dahaga
-mati dalam keadaan lapar


3 azab di dalam kubur :
-kubur akan menghimpit ke atas dirinya
-api akan dinyala dalam kubur dan diri seperti dibolak-balik dia atas api
-ular yang sangat besar akan dilepaskan dia atasnya.

* ada beberapa lagi yang saya tidak sempat saya salin, kepada sahabat yang tahu mungkin boleh bantu saya untuk lengkapkan ia.. =)






dan beberapa soalan yang ditanya kepada adik-adik berkenaan dan pelbagai jawapan yang mencuit hati diperolehi daripada mereka. Soalan ini diberikan di awal program dan dijelaskan jawapannya di akhir program diadakan. Alhamdulillah..

1."Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? ". Anak-anak muridnya menjawab : " Ibu Bapa, Guru, Kawan dan Sahabat ". Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu adalah benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''Mati ". Sebab itu Allah S.W.T menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran 185)

2. Imam Al-Ghazali bertanya lagi kepada anak-anak muridnya soalan kedua : "Apakah yang paling jauh dengan kita ? ". Lalu anak-anak muridnya menjawab : " Negara China, Bulan, Matahari dan Bintang-bintang " . Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang mereka berikan tersebut adalah benar. Tetapi yang paling jauh dengan kita adalah " Masa Lalu ". Walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bermanafaat dan sesuai dengan ajaran agama Islam.

3. Imam Al-Ghazali meneruskan teka-tekinya dengan menanyakan soalan yang ketiga : " Apakah yang paling besar di dunia ini ?". Anak-anak muridnya menjawab : " Gunung, Bumi dan Matahari ". Semua jawapan itu adalah benar kata Imam Al-Ghazali, akan tetapi yang paling besar di dunia adalah " Nafsu " (Al-'Araf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. Jangankan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Pertanyaan keempat adalah : "Apakah yang paling berat di dunia ini ?". Ada anak-anak murid Imam Al-Ghazali menjawab : " Besi dan Gajah ". Betul jawapan tersebut kata Imam Al-Ghazali. Akan tetapi yang paling berat adalah " Memegang Amanah " (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung-ganang, Bukit-bukau dan Malaikat, semuanya tidak mampu dan menolak ketika mana Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (Pemimpin) di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehinggakan kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memikul amanahnya.

5. Imam Al-Ghazali menanyakan soalan yang kelima : " Apakah yang paling ringan di dunia ini ?". Lalu ada yang menjawab :" Angin, Kapas, Debu dan daun-Daunan". Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang peling ringan di dunia adalah " Meninggalkan Solat ". Gara-gara kerja seharian kita meninggalkan solat dan juga gara-gara berorganisasi, kita meninggalkan solat.

6. Dan soalan terakhir yang dikemukan oleh Imam Al-Ghazali: " Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Anak-anak muridnya serentak menjawab : " Pedang ". Benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang paling tajam adalah " Lidah Manusia ". Disebabkan lidahlah manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Alhamdulillah, semoga ilmu yang diperolehi semasa program tersebut akan dapat dilakukan dan dipratikkan oleh adik-adik yang turut serta dan juga nasihat dan dorongan untuk saya memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri berkaitan dengan wudhuk dan solat.

wallahua'lam...

p/s : mohon maaf, jika ada kesilapan dalam perkongsian kali ini..

Read more

'Sesekali Diuji'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa


Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

-Nice-
Read more

'Hijab CintaMu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.

Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.


Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.

Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!

Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu,iman memujuk,

Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.

Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah dilidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan Hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari
InsyaALLAH, ya Rabbal Alamin..

sumber : iLuvislam.com
Read more

'Sudikah Dirimu Menjadi Imam di Setiap Solatku'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Satu ketika kau bertanya..
Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia,

Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya ,


Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku,

Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari, jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan,

Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jalan yang benar ,

Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku.. agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman,

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku.. mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu tanpa rasa ragu,

Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang,

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi.. Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU? jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku,

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu,

Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu, memerhatikanmu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu,

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

wallahua'lam..

:tunjuk kan aku jalan
Read more

'Pencuri atau Penceroboh, Apakah Motifnya?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apakah tujuan seseorang yang cuba untuk mencuri atau menceroboh hak milik orang lain? Siapakah gerangan hamba Allah itu?

saya telah menerima 2 kali email dari facebook dalam masa seminggu yang tertulis seperti ini :

Hi Nur,

You recently asked to reset your Facebook password. To complete your request, please follow this link:
......................................


Saya telah mengambil keputusan untuk deactive seketika facebook atas sebab-sebab tertentu. Sehingga bila saya tidak pasti, mungkin apabila 'bisnes' yang saya jalankan telah di susun sebaiknya, saya akan active kan kembali untuk mempromosikan jualan yang dijalankan. ^_^

Apa yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya pada saya, siapakah gerangan hamba Allah yang mencuba untuk mereset new password untuk log in profil milik saya? wahai sahabat, kenapakah anda ingin log in profil orang lain? jika ingin ke profil saya, just maklumkan pada saya, tidak perlu request bagi mendapatkan new password untuk profil saya.

Apa yang kamu cari dan inginkan saya tidak tahu, nasib lah email dari facebook nie tidak maklumkan siapa yang membuat request untuk dapatkan new password berkenaan. If boleh dapat tahu, bagus juga kan ..^_^

ohh ya, Adakah kamu juga mencuba untuk dapatkan password email saya supaya dapat menyelesaikan password pada facebook saya? @_@ harap kamu tidak akan melakukannya lagi, tetapi jika kamu masih ingin mencuba, saya tidak tahu. Hanya Allah s.w.t yang tahu.

Menceroboh Hak Orang Lain (300 Hadis Bimbingan, ke arah mencari redha Allah)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

"Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya, dan kehormatannya ." (Riwayat Muslim)

semoga kamu tidak akan mengulanginya lagi ya, if ada apa-apa yang kamu perlukan dari akaun saya itu, just maklumkan pada saya sahaja..

wallahua'lam..

- ^____^ senyum itu sedekah -
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries