'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Masihkah Ada Peluang ?'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bulan Rejab sudah ingin sampai ke penghujungnya, Syaaban bakal menjelma beberapa hari lagi. sudahkah kita mengambil peluang berpuasa di Bulan Allah ini?


Rasulullah SAW bersabda :

"Rejab adalah bulan Allah SWT, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku"

ya, berpuasa di bulan Rejab, iaitu bulan dimana orang lain ramai yang tidak berpuasa, amat berbeza jika berpuasa di bulan Ramdhan. Tetapi, jika dapat melakukannya.. alhamdulillah, pasti terasa nikmatnya.. insya-Allah...

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW :

"Siapa puasa dua puluh tujuh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibrail turun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan"

Baginda juga bersabda :

"Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung"

Rebutlah peluang yang masih ada ini, peluang yang masih tinggal beberapa hari sahaja. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa kita menikmatinya.

semoga saya masih berpulang untuk bertemu dengan Bulan Allah ini di masa akan datang lagi..insya-Allah, jika tidak mungkin ini adalah Bulan Rejab terakhir yang saya lalui.

wallahua'lam..

0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries