Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Mahkota Wanita'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

'Mahkota Wanita' adalah suatu yang penting dan amat bernilai bagi seorang wanita. Saya bukanlah seorang yang pakar dan juga bukan doktor untuk membicarakan tentang 'Mahkota Wanita'. Tetapi sebagai seorang wanita, memang tidak dinafikan kita perlu tahu mengenainya, atas disebabkan ada yang adik-adik perempuan yang bertanya kepada saya di internet, saya hanya membantu dengan memberi sedikit info yang saya jumpa di internet. Akak harap, ia dapat membantu adik, maaf sewaktu adik tanye akak mengenai 'mahkota wanita' ini, akak tak dapat nak jelaskan bagaimana. Jika maklumat ini tidak mencukupi.. hope adik rajin untuk cuba mencari maklumal lagi di internet ya..^__^


Sabda Rasulullah SAW dalam satu Hadith Sohih maksudnya : “Tiada yang aku bimbangkan tentang dugaan kepada kaum lelaki sepeninggalan aku nanti, kecuali dugaan dari kaum wanita” (Sahih Bukhari).

KEPERAWANAN dan dara. Apakah makna sebenar kedua-dua istilah ini? Bagaimana jika seorang wanita itu sejak azali dilahirkan tidak memiliki selaput dara? Adakah ia menandakan gadis berkenaan sudah tidak suci lagi?

Menurut definisi, istilah keperawanan dikelaskan untuk gadis yang belum berumahtangga dan tidak pernah terbabit ataupun melakukan hubungan seks dengan sesiapa manakala dara (hymen) ialah tisu nipis yang mengelilingi pembukaan faraj.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi yang juga Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata makna kedua-dua istilah ini sangat berbeza walaupun ia seolah-olah memiliki persamaan.

Jika seorang gadis itu pernah melakukan hubungan seks, tidak bermakna selaput daranya akan hilang dengan sekali hubungan kelamin saja kerana daya keanjalan yang ada pada selaput dara setiap wanita berbeza.

“Terdapat gadis yang memiliki selaput dara yang tebal dan menyebabkannya menutupi keseluruhan rongga faraj, tetapi keadaan itu boleh menyebabkan masalah terutama ketika didatangi haid kerana ruangan itu sudah tertutup dan akan menyebabkan mereka mengalami kesakitan yang agak teruk.


“Selain itu, tidak kurang juga mereka yang memiliki selaput dara nipis tetapi disebabkan daya anjal selaput berkenaan sangat kuat ia menyukarkannya untuk koyak ataupun pecah,” katanya.

Katanya, pernah juga berlaku walaupun sudah banyak kali wanita berkenaan melakukan hubungan kelamin, tiada kesan darah yang menunjukkan selaput daranya koyak ataupun pecah secara semula jadi.

Selain itu, menurutnya selaput dara boleh pecah disebabkan beberapa faktor berbeza sama ada dengan melakukan aktiviti lasak hingga memberikan ketegangan berterusan kepada bahagian kelangkang ataupun mengalami kecederaan akibat kemalangan serta penggunaan tampon ketika datang bulan.

“Bagi gadis, sudah pasti memiliki dara serta keperawanan memang penting tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan ini, mereka mengalami ‘kehilangan’ yang sukar ditukar ganti.


“Dengan kecanggihan teknologi kini masih belum ada yang dapat menggantikan bahagian berkenaan secara semula jadi tetapi jika untuk ‘membaik pulihnya’ mungkin ramai pakar yang dapat memberikan cadangan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail, di sini baru-baru ini.

Selain itu, katanya mitos mengenai sedikit pendarahan yang berlaku pada malam pertama perkahwinan ketika pertama kali melakukan hubungan kelamin bagi seorang gadis itu adalah tidak tepat sama sekali.

Katanya, setiap wanita dilahirkan dengan keistimewaan serta ciri-ciri fizikal dan dalaman berbeza. Disebabkan itulah daya ketahanan diri wanita itu juga berbeza antara satu sama lain.

“Justeru, waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan kelamin adalah apabila gadis berkenaan sudah cukup matang untuk menempuh alam perkahwinan.


“Jika terlalu muda, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain antaranya masalah sosial kerana mereka belum matang untuk membuat sebarang keputusan penting dan ia boleh menggugat perhubungan yang baru dijalin,” katanya.

Malah, Dr Nor Ashikin berkata, cara menentukan gadis itu memiliki dara ataupun tidak dengan hanya melihat kepada keadaan fizikalnya seperti yang diperkatakan sama ada melalui rambut, dahi, tapak tangan dan tumit juga kurang tepat.

Dia berkata, hanya melalui pemeriksaan menyeluruh secara klinikal ke atas wanita terbabit dapat menentukan sama ada dia masih memiliki dara ataupun sebaliknya.

“Bukan mudah untuk mengesan seseorang gadis itu masih dara ataupun tidak dengan hanya memerhatikan bentuk fizikal mereka kerana ia bersifat dalaman. Hanya wanita itu sendiri yang memahami apa yang berlaku kepada badan mereka.


“Jangan mudah terpedaya dengan mitos yang diperkatakan itu sebaliknya bertanya kepada pakar yang lebih mengetahui untuk mendapatkan kepastian sebenar,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan realiti ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara kerana bagi mereka ia dapat menjamin kebahagiaan dan keharmonian perhubungan.

Tetapi, adakah ia benar-benar boleh memberikan kebahagiaan seperti apa yang diinginkan? Adakah ia hanya bersifat sementara dan apabila masa berlalu ia akan hilang tanpa sebarang pengertian?

Dr Nor Ashikin berkata, sememangnya setiap lelaki menginginkan wanita baik dan suci untuk dijadikan isteri tetapi adakah dara seseorang wanita itu bakal menjadi kayu pengukur terhadap pengekalan perhubungan yang diterapkan itu?

“Mungkin wanita terbabit pernah mengalami sesuatu peristiwa yang mengaibkan hingga menyebabkan dia kehilangan keperawanan tanpa kerelaannya.


“Adakah dia perlu dipersalahkan kerana kejadian itu? Kita perlu berfikir secara rasional kerana tidak semua gadis bersikap keterlaluan dan bergaul secara bebas tanpa menilai baik buruknya kesan yang boleh berlaku ke atas diri mereka,” katanya.

Tetapi kini, jika diperhatikan kebanyakan gadis agak kurang menitikberatkan penjagaan keperawanan diri kerana masing-masing beranggapan ia sudah ketinggalan zaman.

Keadaan ini mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya dan keinginan yang terlalu mengidamkan kehidupan bebas tanpa kawalan dan batasan.

Menurut Dr Nor Ashikin, mereka beranggapan jika rakan sebaya boleh melakukan perkara terbabit tanpa sekatan sesiapa termasuk ibu bapa, mengapa mereka tidak boleh melakukannya.

“Keadaan persekitaran boleh memberikan rangsangan kepada mereka untuk bertindak di luar batasan kerana apa yang dihidangkan kepada mereka kebanyakannya menjurus kepada aktiviti seks sama ada melalui media, Internet hinggakan papan tanda iklan.


“Tetapi perlu diingatkan kesan yang akan mereka alami disebabkan hubungan kelamin yang dilakukan pada usia muda boleh menjejaskan emosi dan masa depan secara tidak langsung serta wujud rasa bersalah yang membebankan mereka,” katanya.

Di sinilah, institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memantau dan mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka terjerumus dalam kegiatan yang merugikan masa depan mereka.

Ibu bapa seharusnya tidak boleh terlalu memberikan kebebasan kepada anak akibat kesibukan kerja hinggakan mereka berasa terabai dan tersisih lantas menyebabkan mereka memilih untuk mendapatkan ketenangan daripada pihak luar.


“Saya yakin sekiranya keluarga memainkan peranan dalam mendidik dan mengawal tingkah laku anak, permasalahan sosial sebegini dapat dikurangkan.


“Mereka akan dapat membuat pertimbangan dan memikirkan kesan yang boleh berlaku terutama pada diri dan keluarga sekiranya ia tetap diteruskan,” katanya.

sumber : homefamilysite

1 'ulasan':

Alif Ismail said...

wa....menarik.... =)

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries