Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tahniah!! Alhamdulillah sah menjadi seorang isteri.^_^ semoga sentiasa mendapat rahmat dariNya dan bahagia hingga ke Syurga..
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada mereka agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Amin ya Yabbal Alamin..
Awal tahun nie jer 2 majlis Walimah yang telah saya hadiri.. iaitu myfrenz semasa belajar dan my kaka sedara.. apa pun Tahniah yer.. saya pula yang Teruja..hee =D
26Jan2013 kawan kelas + housemate + satu bilik.. hehe sah menjadi seorang isteri.. alhamdulillah dan tahniah akhirnya kawin dulu.. =p Majlis berlangsung di Masjid Diraja Istana Klang.. Oleh kerana rumah pengantin terletak di Sungai Buloh, dan Majlis akad Nikah di Klang, saya menemaninya tidur di Hotel berhampiran Istana Diraja Klang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..
Alhamdulillah sekali lafaz, sah menjadi isteri kepada encik suami..hehe ^_^
Majlis dirumah pula berlangsung pada 2 februari, tapi saya tidak dapat hadir kerana my kakak sedara bernikah pula.. (aura-aura kahwin nie.. haha =p) Tahniah untuk my kakak sedara.. pengantin paling sempoi.. rimas mekap lama-lama katanya... hihi.. sabar yer.. bukan selalu.. nak buat macam mane..
dan sekali lagi saya pun mendengar khutbah Nikah.. wahh Teruja kot.. hehe.. alhamdulillah banyak ilmu.. yang dapat...
alhamdulillah, dengan sekali lafaz juga ^_^ sah menjadi seorang isteri
semoga kekal hingga ke Syurga, menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah dan terbaik..insya-Allah... aminn..
p/s : doakan saya pula... hehe =p
0 sahabat:
Post a Comment