'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

♥Felda Residence Hot Spring - Sungai Klah♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Akhirnya.. Sampai!! ^__^ alhamdulillah.. walaupun pergi Bulan lepas, rasa tak lambat kot nak share dengan semua..

First sampai semasa pergi kenduri majlis Walimah kawan di Trolak Timur, Jadi tahu jelah pakai baju kurung dan tak terjangka akan singgah sini untuk tengok-tengok.. next week terus repeat datang balik..


kepada yang berminat nak pergi, tempat ini tak jauh sangat dalam sejam lebih dari k.Lbagi yang memandu mengikut had laju macam saya..hehe.. Kali ini kitaorang sampai dalam jam 10pagi, masih tak ramai orang memang sangat best sebab parking kereta banyak kosong lagi.=p

Macam kebanyakkan tempat perlancongan lain, Yes, nak masuk ada bayaran.. but tak terlalu mahal.. =) harga tiket untuk dewasa rm12, kanak-kanak rm10, warga emas rm7 dan oku rm5. Tiket dia macam kita masuk Sunway akan pakai Tag di pergelangan tangan..supaya Tidak hilang kot.

Suasana kat sini dijaga dengan baik dan persekitarannya nyaman.. =) best utuk orang yang ingin berehat boleh 'book' bilik hotel yang ada.. Terdapat pelbagai kolam yang mempunyai beza suhu yang berlainan sehingga 100 darjahC.. Kita boleh pilih untuk mandi kolam yang mana-mana sebab ada banyak.. Tempat ini juga menyediaka satu kolam yang sangat Besar dan sejuk, sebab air dari kolam  ini adalah dari air bukit, Mungkin selepas panaskan badan boleh sejukkan pula.. hehe..  nie antara gambar kat sana.. =D

kolam untuk semua.. =D air dari bukit, sebab itu 
kanak-kanak boleh mandi dengan Tenang..hehe

 nie lagi kolam sejuk =)

 dan ini juga =)

 ohh ya, boleh cuba rasa rebus telur sendiri, suhu kat sini memng panas,
 sebab itu telur sangat cepat masak =D

 yaa,, ini kolam air panas dia.. tak dalam setakat lutut jer... =)

 tak ramai kan.. masa kitaorang sampai... puas hati rendam dalam air panas nie.. ^_^

bawah batu..hehe kat kolam air sejuk..=p
saya share sedikit info tentang tempat ini yang saya dapat kat en Google :

Kolam air panas dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Dikelilingi pemandangan bukit bukau, ia memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Di beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi mula dirasai. 

Sambil itu, mata tidak lepas memandang tanaman herba dan pokok buah-buahan tempatan yang dilabelkan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Di antaranya, raja buah iaitu durian turut ditanam selain kebun kelapa sawit asal yang masih dikekalkan.

Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, ada beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30 hingga 43 darjah celcius. 

Ada beberapa kolam dilengkapi papan tanda memberi amaran suhu panas antara 100 dan 102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Untuk mereka yang mahukan privasi, boleh menggunakan lima jakuzi panas dengan kadar sewa yang berpatutan.
^_______^
jadi kepada yang duduk kawasan berhampiran boleh lah pergi.. baik untuk kesihatan mandi air panas nie.. =D ohh ya.. thankz untuk en.pizi sebab teman kitaorang.. gambar dia tak ada sebab permalu.. hehe =p sebelum balik sempat menyinggah di Tasik ProtonCity, pusing-pusing satu taman..
Jumpa lagi....ohh agak kekok menulis sebab lama tak bercerita.. heee.. abaikan ayat yg kadang-kadang skema...







0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries