Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~ Bukit Saga, Ampang ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

     Bukit Saga, pastinya tidak asing bagi penduduk sekitar Ampang. Ia merupakan salah satu lokasi untuk menjalankan aktiviti lasak untuk hujung minggu. Namun, masih tidak ramai yang menyedari kewujudannya kerana tidak begitu popular, termasuk saya yang baru mengetahuinya ^__^. 

    Keputusan untuk mendaki Bukit Saga dengan 'ofismate' di buat last minit. Jadi tempat yang paling dekat untuk pergi selain Broga adalah Bukit Saga. Pada mulanya, kami ingin mula mendaki awal pagi, tapi disebabkan perkara yang tidak dapat di elak, jadi perjalanan itu tidak lah seawal pagi yang dijanjikan.


 Rehat seketika.. letih ^_^

  Oh yer, Bukit Saga amat berbeza dengan Broga. Pada mulanya saya fikirkan ia semudah Broga. Tapi, apabila sampai di kaki Bukit, memang Teramat berbeza. hoho.. =D. Apabila sudah agak lama Tidak melakukan aktiviti lasak memang nak 'semput' (dengan tak buat 'warming up') terus sahaja naik.. Separuh jalan kaki dah rasa mengigil huhu @_@



     Bukit Saga mempunyai 3 trek yang berbeza untuk menuju puncak yang sama. Jarak dan cabaran laluan juga adalah berbeza. Pendaki boleh memilih trek mengikut keupayaan diri. Tapi, kami memilih Trek A kerana tidak berjumpa 'signboard' untuk Trek yang lain.. hehe.. 


Trek Laluan yang ada

     Trek A, adalah trek yang paling dekat berbanding Trek B dan C. Namun ia adalah laluan yang paling Tinggi. Ada yang kata dalam 30 minit boleh sampai, tapi kami telah mengambil masa yang lebih dari 30 minit.. =) disebabkan laluan Trek ini memang sangat menguji kekuatan fizikal diri ...

     Hampir 1 jam, baru kami sampai ke puncak Bukit Saga. Tengok.. agak lama kan baru nak sampai.. Tapi nak buat macam mane, banyak kali berhenti di pertengahan jalan hehe.. Tapi bagi pendaki yang dah biasa mungkin boleh sampai dalam 30 minit ke puncak Bukit Saga.

     Di puncak Bukit Saga ini dijaga dengan baik oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk senaman dan beristirehat. Terdapat juga bekalan air kosong disediakan secara percuma. Setelah berehat sebentar di Puncak Bukit Saga, kami meneruskan pendakian untuk sampai ke 'waterfall' yang ada.


 

 Okeh, nak sampai 'waterfall' ini pun ambil masa lebih kurang 30-45 minit lagi .. @_@ . Laluan pun memang mencabar. Ingatkan cuma perlu melalui jalan yang menurun. Rupanya kami perlu mendaki 2 buah bukit yang agak serdahana tinggi baru sampai dan laluan nya juga lebih kurang sama dengan Trek A menuju puncak Bukit Saga.


ini Air Terjun =)


     Waterfall dia tak lah besar macam waterfall Gabai yer.. Jadi jangan kecewa pula bile sampai di waterfall dia bagi yang terasa untuk mandi ^_^. Setelah berehat hampir 30 minit kami bersiap untuk bergerak balik. Apa yang bermain dalam fikiran ini adalah untuk melalui trek yang datang tadi untuk balik. Jadi kami perlu mendaki semula 3 bukit tadi baru sampai ke bawah.. yayyy.. besst... =D

     Buat penggemar aktiviti lasak boleh cube mendaki Bukit Saga. Laluan untuk sampai memang tidak menghampakan, menguji kekuatan fizikal diri. Cuma 'waterfall' dia sahaja tidak berapa besar. Tapi puas hati dapat sampai ke 'waterfall' amat seronok. Sambil melihat keindahan Ciptaan Allah s.w.t. Alhamdulillah..

     Terima kasih kawan-kawan 'ofismatez' yang sudi tunggu kitaorang yang lambat sebab letih yer.. =)






p/s: next time pergi 'hiking' tempat lain pula yer. ^_^



1 'ulasan':

budak poyo said...

mohon tuan punya blog berbesar hati utk saya mngunakan beberapa gambar tuan dalam satu projek yg dibawah kendalian pepias cawangan gombak dalam pghasilan poster bagi aktiviti mendaki bukit saga .insyaallah kami tidak akan menyalahgunakan gambar tersebut. terima kasih . - Noor Hasra ,Biro Media . :D

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries