'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~Cetakan Kedua - Nota Pendidikan AlQuran dan AsSunnah (Tingkatan 4)

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun cetakan pertama habis dijual, cetakan kedua dengan penambahbaikan dan ditulis semula serta telah disemak kini telah berada pada saya, semoga buku ini dapat membantu adik2 yang memerlukannya. InshaAllah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN:

1. Penulisan nota adalah dalam tulisan Jawi bukan lagi rumi.

2. Maklumat ditulis berpandukan skema jawapan SPM. Hal ini bermaksud semua “points” yang ditulis bernilai 2 markah dan sesuai digunakan bagi menjawab soalan yang memerlukan para pelajar untuk memberi penerangan.

3. Setiap maklumat dalam buku teks PQS tingkatan 4 yang kurang tepat atau tidak lengkap, telah diperbaiki atau ditambah dalam buku nota ini. Contohnya, maklumat mengenai terangkan sebab larangan bermegah dengan keturunan:

Nota Ringkas PQS

Buku Teks PQS

Keturunan tidak menjamin kelebihan di sisi Allah kerana hanya ketaqwaan yang menjadi ukuran.Kejadian manusia berasal daripada keturunan yang sama iaitu nabi Adam kerana baginda ialah manusia pertama di dunia.Bermegah dengan keturunan ialah sifat yang dibenci oleh Allah kerana sifat ini adalah salah satu daripada fahaman masyarakat jahiliah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

(m/s 21)

Keturunan tidak menjamin kelebihan seseorang di sisi Allah.

Kejadian manusia daripada keturunan yang sama iaitu Adam.

Bermegah dengan keturunan adalah ciri-ciri yang dibenci oleh Allah.

(m/s 75-76)

4. Tulisan bahasa Arab yang sukar untuk ditulis dengan ejaan rumi telah diletakkan tanda baris bagi perkataan tersebut bagi memudahkan para pelajar untuk membaca dan menulis perkataan tersebut.

5. Maklumat dipersembahkan dalam dua “Columns” bagi setiap muka surat dengan menggunakan bentuk melintang. Tujuannya:

Maklumat mudah dibaca kerana para pelajar boleh mengulang kaji 4 muka surat tanpa perlu membuka muka surat yang seterusnya.Membantu para pelajar untuk membaca lebih banyak maklumat kerana para pelajar akan dapat membaca maklumat yang sebenarnya ditulis dalam 2 muka surat, hanya dalam satu muka surat sahaja.

6. Fakta-fakta dan huraian yang penting ditulis dalam bentuk jadual dan “Points” agar maklumat yang disampaikan walaupun padat tetapi tetap kemas, tersusun dan mudah dibaca.

7. Beberapa formula menggunakan kaedah akronim mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan subjek PQS disertakan agar para pelajar dapat mengingat maklumat tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

8. Glosari juga disediakan bagi memudahkan para pelajar mengetahui maksud istilah-istilah yang tertentu.

9. Penulisan maklumat beserta contoh soalan SPM. Pada maklumat yang tertentu dinyatakan tahun maklumat tersebut keluar dalam SPM.

10. Buku ini telah disemak oleh Guru Cemerlang dan juga Penanda Kertas Peperiksaan PQS iaitu:

Pn Fatimah binti Awang

Guru Cemerlang PQS,

SMA Persekutuan Labu (SMAPL).

11. Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos penghantaran:

RM23 (Semenanjung). 

RM25 (Sarawak/ Sabah).

Sila menghubungi saya di talian 012-8856224” (Nurilla) WhatsApp menggunakan nombor yang sama. 

Pembelian dalam kuantiti yang banyak akan mendapat pengurangan harga dari kos penghantaran.

0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries