'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'FEWWIT : Seminar Muslim Super (SMS)'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


FEWWIT datang lagi, dan kali ini ia berupa sebuah seminar menarik dan mesti dihadiri oleh semua Muslim!

iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia membawakan kepada anda Seminar Muslim Super (SMS).

Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) merupakan program berkala iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) melalui tabloid iLuvislam dan Majalah i.

Bertemakan ‘Muslim Hebat, Islam Mantap‘, seminar ini bertujuan untuk membuka minda peserta untuk menguasai bukan hanya dalam bidang akademik malahan lebih jauh dari itu, mampu mengaplikasikan kehebatan Muslim dalam aspek kerjaya dan kehidupan, yang seterusnya membawa kegemilangan buat Islam.


Seminar ini merangkumi 3 slot perbentangan kertas kerja, yang akan dibentangkan oleh 3 orang tokoh dalam bidang masing-masing, serta Penulis buku Muslim Super sendiri.


1. Slot Akademik

Tajuk Pembentangan : Membentuk Inteligensia Cakna

Oleh : Dato' Saifuddin Abdullah

-Merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2
-Ahli Parlimen Temerloh
-Pernah menjadi kolumnis Berita Harian

-Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya.


2. Slot Profesional

Tajuk Pembentangan : Menjana Fikrah Muslim Profesional

Oleh : En. Norden Mohamed

-Merupakan Group Managing Editor Akhbar Harian, Sinar Harian
-Bekas Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd.
-Business Advisor untuk Malaysian Business Advisor
-Bekas Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
-Berpengalaman sebagai pegawai latihan Kementerian Tanah & Kemajuan Wilayah

3. Slot Ekonomi

Tajuk Pembentangan : Infak dan Impak

Oleh : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim

-President dan Chief Executive Officer (CEO) Johor Corporation (JCorp)
-Pengasas Jihad Bisnes
-Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
-Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad


4. Penggulungan

Tajuk Pembentangan : Muslim Super Sebenar

Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin


-Penulis buku best seller "Minda Muslim Super"
-Pengarah Urusan syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd.
-Pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden.
-Yang Dipertua Jemaah Islam Malaysia (JIM) Pulau Pinang (1992-2001)


Info Lanjut Berkenaan SMS

Tarikh : 13 Mac 2010

Masa : 8 pagi - 5 petang

Tempat : Auditorium UEM, Petaling Jaya (Peta, klik sini)

Yuran : RM 50 (pelajar) RM 150 (perseorangan) RM 200 (wakil organisasi)

*Sijil disediakan kepada setiap Peserta.


Tentatif SMS

0800 : Pendaftaran peserta seminar

0845 : Pembukaan seminar

0900 : Modul I Akademik

1000 : Q & A

1030 : Rehat

1100 : Modul II Profesional

1200 : Q & A

1230 : Rehat, Makan tengahari dan Solat Zohor

1400 : Modul III Ekonomi

1500 : Q & A

1530 : Penggulungan

1700 : Penutup dan bersurai


Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Hanya 200 tempat disediakan. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :




Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : event@iluvislam.com



Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:

-maybank2u.com
-CIMB Click
-mesin deposit Maybank
-kaunter cawangan Maybank berhampiran
-Anda dikehendaki menyimpan resit bukti pembayaran dan dibawa bersama semasa mendaftar. Bagi pelajar, anda diminta membawa bersama kad matrik anda.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHdzemUxYVV0LWY3VWh4bEF1Tkd4REE6MA


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada event@iluvislam.com

p/s: jom ramai2 kita join FEWWIT^_^

2 sahabat:

gayuh said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Thariq said...

di Indonesia gak ada ya?

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries