Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Ketupat Palas (◕‿◕✿)'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat hari Raya...^____^ Maaf Zahir Batin...

Semalam saya telah belajar cara untuk membuat ketupat daun palas..hihi.. nampak macam senang jer nak buat, tapi rupa-rupanya.. kena ada skill juga.. sedikit info berkaitan ketupat palas yang saya perolehi dari en wiki

ketupat yang dah selesai dibuat..

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.

Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

gambar sewaktu belajar membuat ketupat palas.. trima kasih untuk opah yang sabar mngajar..hihi... berapa kali buat baru menjadi.. sekejap jadi ketupat palas jantan lah.. kejap jadi ketupat palas betina... akhirnya.. berjaya juga buat.. alhamdulillah... ^___^ tahun depan buat lagi ingt ke tak yer.. huhu

bahan yang diperlukan dah semestinya :
daun palas

pulut ^_^

lepas tu, daun palas tu di lipat dan masukkan pulut kat dalam dia mcm nie :


lepas tu ikat sehingga jadi macam nie:


dan last skali boleh la dimasak....^____^


dan.. boleh dimakan... nyum..nyum....^__________^


wallahua'lam...

3 'ulasan':

ahsfantasy24 said...

(◕‿◕)
slamat ari raya,
ati2 djlan raya..

Deslim said...

best la lagu blok ila ni ;)

princess said...

ahfantasy24 :

slmt ari raya...^_^
insya-Allah.. jalan sntiasa oky..=)

deslim :

lagu nie mmng best.. suke suke..^__^

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries