'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

♥ Omega Guard - Promosi !!! ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Promosii !!!!!

Untuk bulan ini, beli 3 botol omega dapat 5% off. means lebih murah lah harga sebotol. Boleh kongsi kongsi beli kalau nak 




Apa yang bestt omega niee, ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. Selain tu, ia :

❦ Diekstrak daripada ikan laut air sejuk seperti ikan sardin, mackerel, herring, anchovies yang didapati di perairan air Jepun

❦ Bukan daripada hati minyak ikan

❦ Merupakan minyak ikan paling tulen di duania kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi

❦ Menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal eknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard

❦ Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi

❦ Dihasilkan secara semulajadi iaitu menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB
ini adalah antara apa yang terdapat di dalam Omega Shaklee, lepas ini saya akan share anatara kelebihan yang terdapat di dalam Omega ini . 


Hubungi:

Nurecch Beauty
Trainer (TWB)
+6017-3125259

FB PAGE : Nurecch Beauty 
IG : nurecchbeauty

Read more

~Selamat Hari Lahir Emak♥~

Read more

~ Tips Perkahwinan : Matang Dalam Merancang Majlis ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor yang akan melancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.
Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.

Merancang Belanjawan Perkahwinan
Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.
Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.
Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:
Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).
Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda.
Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.
Kita kena ingat, antara punca utama perceraian adalah masalah kewangan! Jadi jangan abaikan kepentingan merancang bajet majlis kahwin.
1. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan
Anda mesti memastikan anda dan pasangan tiada masalah komunikasi. Berterus-teranglah mengenai expectation anda dan secara kasar mengenai bajet perkahwinan yang perlu dikeluarkan. Ini perlu dibuat bersama-sama agar kedua-dua pihak tahu dan menyumbang pendapat mengenai perkara yang perlu dibelanjakan untuk berkahwin.
Selepas itu, pastikan bahawa kedua-dua pihak berpuas hati dan perbincangan tersebut tidak didominasi oleh sebelah pihak sahaja supaya tiada perasaan tidak puas hati dan tidak ada perkara berbangkit selepas perkahwinan.Perbincangan ini penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dan pembaziran dapat dielakkan.
2. Prioritikan Perbelanjaan
Jika anda mempunyai belanjawan atau duit belanja yang terhad, seeloknya pastikan bahawa anda benar-benar memperuntukkan wang anda itu kepada benda-benda yang betul-betul mustahak sahaja seperti khemah perkahwinan, katering, peralatan majlis kahwin dan juga jemputan walimatul urus.
Ini semua lebih utama jika dibandingkan dengan hiasan tambahan untuk pelamin bersanding,photographer, muzik dan sebagainya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
3. Bandingkan Harga Supplier
Sebelum anda menempah sebarang perkhidmatan atau produk untuk majlis bahagian anda, bandingkan terlebih dahulu harga yang ditawarkan daripada beberapa supplier. Pastikan terlebih dahulu kualiti perkhidmatan dan apa sebenarnya yang mereka tawarkan.
Tidak mengejutkan ada supplier yang menawarkan harga murah dengan mengurangkan perkara yang diberikan. Contohnya, ada katerer yang memberikan harga murah tetapi tidak menyertakan pinggan mangkuk yang sepatutnya ada di dalam pakej.
Tanyalah kepada kawan-kawan atau keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan supplier tersebut untuk menentukan kualiti perkhidmatan mereka. Pastikan juga yang harga yang ditawarkan masih dalam had perbelanjaan majlis impian anda.Jika pakej atau harga yang diberikan mahal dan wang belanja yang ada tidak mencukupi, prioritikan apa yang penting terlebih dahulu supaya bajet anda masih on-track.
Simpan semua resit bayaran untuk memastikan tidak ada supplier yang dibayar melebihi apa yang telah dipersetujui (jika deposit dan lump sum di bayar pada waktu berbeza).
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang majlis impian tetapi pada masa yang sama menepati lunas-lunas yang dikehendaki agama.
sumber : iLi
Read more

~ Mana Emak ? ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik 
bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.




Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sumber : keluargaBahagia
Read more

~My SweetHeartz ^_^~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    Selamat Hari Dilahirkan Sayang.. ^__^ 17 August 2013, seorang puteri selamat dilahirkan secara Normal dan sihat dengan berat 3.05kg..Alhamdulillah..dipermudahkan oleh Allah s.w.t ..  Hari ini sudah cukup 10 hari baby comel ini membesar.

   Tahniah! buat my Sis dan Abg Ipar.. oh yer.. bukan anak saya tau.. hehe.. anak my Sis.. dan anak buah pertama dalam Family.. itu yang sangat2 Teruja... 'Ajda Syadiah' nama diberi secomel dirinya.. >_<.. 
Hari pertama, selepas keluar dari bilik Bersalin. Sedang diAzankan oleh abgIpar

   Selama 10 hari turut menjaga 'Ajda' dirumah kerana mySis berpantang di kampung..  Adalah satu pengalaman yang Best! dan boleh jadikan panduan untuk 'anak sendiri' nanti inshaAllah.. Baru saya dapat merasai 'keterujaan' bagaimana perasaan seorang wanita apabila mempunyai 'baby'. ^_^ serius.. Sangat2 seronok dan macam2 perasaan.. 

menunggu keputusan ujianDarah, sebelum boleh keluar Wad ^_^

    Terima Kasih buat 'emak' dan 'ayah' Tersayang sebab menjaga saya dari kecil sehingga dewasa ini.. dan still menjaga saya lagi sekarang ( duduk dengan mak dan ayah selagi belum bernikah.. =D.. best..best..) dan buat 'Ajda Syadiah' semoga menjadi anak yang Solehah.. Penyejuk hati 'umi' dan 'abah'.. Semoga cepat membesar yer.. Aunti nak bagi pakai macam2 baju comel2 nie.. heee


malam pertama di Rumah Atok dan Opah.. welcome Home sayang =)

p/s: mata bulat-bulat. >_< okeh terasa nak ada anak sendiri.. =p

Read more

♥ Alhamdulillah, Sah sebagai seorang Isteri ^_^ ♥

Read more

♥ Alhamdulillah - Sah Sebagai Seorang Isteri ^_^ .♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah... ^__^ Tahniah!! buat kakak tersayang, sah bergelar isteri...(okeh dah sebulan lebih baru nak update..x kira.. =D )  Walaupun penat sebab majlis semua buat secara gotong royong.. tapi best.. sebab dapat mengeratkan ukhwah antara semua.. ♥♥♥

26 May 2012, Kakak saya sah menjadi isteri kepada husband dia lah.. =D ( mak ayah saya nak kawen juga =p hehe) dan Majlis untuk tetamu diadakan pada 27 May 2012. Majlis di pihak lelaki akan berlangsung pada bulan Syawal nanti...

  Selamat Datang Ke Majlis Ikatan Kasih ^__^

 Rewang... besttt ^_^ mengeratkan ukhwah 

Pelamin ini buat sendiri.. design oleh My Auntie dan My Cousin.. 
ingt nak buat kecik + simple.. haaa amik.. sebesar2 nye... =D


Mas Kahwin dari Pihak Lelaki semasa Akad Nikah =)


Selepas Akad Nikah - Penyerahan Mas Kahwin.. ^_^

Bersama Kedua Orang Tua Pengantin Perempuan dan Lelaki =)

p/s : Setakat ini sahaja gambar yang boleh dikongsikan. Masuk semua mana muat kan kan.. =D

untuk Kakak Tersayang :

" Ya Allah.. Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


>>> TERIMA KASIH buat semua yang banyak MEMBANTU kami sekeluarga.. Semoga Allah S.W.T akan membalasnya nanti.. Insya-Allah... ^___^ Ameennn....


Read more

✿Majlis Aqiqah & Kesyukuran - Muhamad Mikhail Bin Mohd Hafiz ✿

Read more

✿Carilah Sebaiknya ✿

Read more

✿ Banjir - Ujian dariNya✿

Read more

♥ Semoga Berjaya -SPM! ♥

Read more

♥ Semoga Berjaya - PMR! ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semoga Berjaya!! Good Luck!! All The Best!!

untuk adik tersayang yang menduduki PMR pada hari ini ^_^
semoga dipermudahkan urusan untuk menghadapinya.. jawab dengan tenang...=p


sedikit tips dari sahabat saya untuk yang akan menghadapi peperiksaan..^_^

TIP MENARIK BANTUAN ALLAH KETIKA MENJAWAB PEPERIKSAAN:

1. Istighfar 100x
2. Takbir 7x sebelum keluar rumah dan 7x sebelum masuk dewan
3. Baca doa penerang hati sebaik duduk
4. Lakukan penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Bercakap terus dengan Allah, dimulai dengan "Ya Allah, aku mohon izinMu yang Maha Perkasa supaya dapat menjawab soalan ini dengan tenang dan tepat...."
5. Sebutkan alhamdulillah sebaik selepas selesai.

Teruskan perjuangan! :)
Read more

'Hari Yang Dinanti ^_^'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Raya!! Salam Lebaran!! Salam Aidilfitri!! itulah ucapan yang sering kita dengar apabila bulan Syawal menjelma, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, alhamdulillah.. ^_^

Seperti tahun sebelumnya, raya di sambut di kampung emak , di utara tanah air. ^_^ Antara makanan yang dimasak kali ini, rendang daging, rendang tok, lemang, ketupat palas dan kuih muih .=)


Alhamdulillah, saya masih berpeluang dapat menikmatinya bersama keluarga dan saudara mara tersayang.. Semoga Syawal akan datang lebih bermakna dengan kehadiran insan tersayang dan insan baru.. insya-Allah... ^_^

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua insan yang mengenali diri saya, seandai sepanjang mengenali diri ini, saya telah melukakan hati kalian tanpa sedar dan dalam sedar. Maafkan saya, kerana tidak dapat untuk menjaga hati dan perasaan kalian sepenuhnya. Saya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, kerana saya bukan insan sempurna. Tetapi saya cuba untuk menjadi lebih baik, insya-Allah.

Semoga kalian semua gembira di samping insan-insan tersayang.. ^_^ hanya doa untuk kalian yang dapat saya kirimkan..

p/s :♥ jemput saya bila tiba masanya nanti.. insya-Allah..

Read more

'Selamat Hari Lahir Emak & Kaklong'

Read more

'Selamat Hari Lahir Abg Wan'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari dilahirkan untuk my lovely brother..^__^
kali ini, besday untk my brother yang ke 17. semoga berjaya di dunia dan akhirat.. dan 4 SPM nanti.. all the best!!



disebabkan dia tak dapat balik rumah, jadi telah membawa kek untuknye ke asrama.. untuk di makan bersama kawan2... tahun depan korang sume dah membawa arah masing2 untuk menyambung pelajaran.. =D

sebahagian kawan2 yang ada.. makan pun nak malu2..=p

wallahua'lam...
Read more

'Selamat Hari Lahir Ayah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Lahir buat ayah tersayang.. ^__^

walaupun sudah berlalu tarikh nya.. saya tetap nak tulis khas untuk ayah tersayang...



kek untuk ayah, janji nak buat cokelat..tapi atas sebab tak dapt dielakkan.. tak dapt buat.. jadi ganti dengan kek...=)

terima kasih sangat2 untuk ayah.. dan juga untuk emak tersayang.... jasa dan pengorbanan ayah dan emak amat tak terhingga.. kami semua sayang ayah dan emak...

we love always and forever.... ^__^


wallahua'lam....
Read more

'Itik Biru (✿◠‿◠) '

Read more

'Majlis di Regency Hotel,Kuala Lumpur'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

28 Nov 2010 bersamaan hari ahad adalah majlis bagi pihak lelaki yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur. Majlis bermula pada jam 8 malam, iaitu selepas solat maghrib.


saya telah pergi awal bersama pasangan pengantin, iaitu selepas waktu zohor. Ini kerana mereka ada 'latihan' sebelum majlis bermula. sampai di hotel, tolong mengenakan inai pada jari pengatin semula, bagi warna naik seri kembali kerana telah hilang selepas mencuci periuk belanga di rumah pengatin perempuan semalamnya..hihi..

Read more

'Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar... akad nikah selamat berlangsung lebih kurang pada jam 10 pagi dengan sekali lafaz, pasangan sah menjadi suami isteri...


Tahniah untuk 'my cousin' dan pasangan..semoga kekal hingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat kelak.. ingta pesan 'tok kadi' .. tnggunjawab setelah menjadi suami isteri, segala pesanan itu ya..^_^

Read more

'Persiapan Majlis Perkahwinan'

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries