'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Solat Itu Tiang Agama'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, saya telah berpeluang mengikuti program kem solat(untuk memperbaiki dan lebih memahami) yang dianjurkan oleh ABIM. Program tersebut telah diadakan di 3 buah surau dan masjid di sekitar kawasan Batang Kali.

Terima kasih buat sahabat, yang mengajak saya untuk turut serta menjadi 'fasi' di program tersebut. Alhamdulillah, walaupun terlibat sebagai 'fasi', banyak ilmu yang dapat saya perolehi. Buat sahabat yang mengajak saya ke program tersebut, jika ada lagi jangan lupa maklumkan ya..=D

adik-adik dan fasi

Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakala, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan. Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat. (Jom mantapkan memahami makna setiap bacaan dalam solat ^_^)

Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui. Supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.

Program kali ini, terbuka kepada sesiapa sahaja penduduk yang berada di kawasan berhampiran surau dan masjid tersebut. Tetapi, ia lebih tertumpu kepada anak-anak yang masih bersekolah. Alhamdulillah, Tahniah! buat ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk turut serta dalam program ini.

Program kali ini, berlangsung hanya 1 hari. Bermula pada jam 4 pagi, Qiamulai dilakukan, alhamdulillah terdapat adik-adik yang tinggal di kawasan berhampiran turut serta. Selepas bersahur, kuliah subuh dan program bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang. Peserta yang turut serta terdiri dari pelbagai peringkat umur dari yang sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Seronok melihat telatah adik-adik yang turut serta. ^_^

Semasa program, pengisian yang diutamakan adalah berkaitan dengan wudhuk dan solat(termasuk bacaan dalam solat). Program dilaksanakan secara teori dan pratikal supaya dapat memudahkan adik-adik tersebut lebih memahami.

Sedikit perkongsian semasa penjelasan secara teori berkaitan solat yang sempat saya catatkan. Keistimewaan melakukan dan balasan meninggalkan solat. Dari sebuah hadis, (maaf saya sudah terlupa hadis mana, kesilapan tidak sempat mencatatnya =( .. )

5 Keistimewaan Melakukan Solat :
-diangkat kesempitan hidup di dunia.
-terhindar dari azab kubur
-akan memperolehi buku amalan dari tangan kanan
-melalui titian sirat dengan sepantas kilat
-memasuki syurga tanpa di hisab


15 azab meninggalkan solat :

5 azab di dunia :
-dicabut keberkatan umur
-dihapus tanda-tanda orang soleh dari wajah
-doa tidak akan diangkat ke langit
-tidak mendapat ganjaran
-tidak mendapat bahagian di dalam doa orang yang soleh

3 azab semasa meninggal dunia :
-mati dalam keadaan hina
-mati dalam keadaan dahaga
-mati dalam keadaan lapar


3 azab di dalam kubur :
-kubur akan menghimpit ke atas dirinya
-api akan dinyala dalam kubur dan diri seperti dibolak-balik dia atas api
-ular yang sangat besar akan dilepaskan dia atasnya.

* ada beberapa lagi yang saya tidak sempat saya salin, kepada sahabat yang tahu mungkin boleh bantu saya untuk lengkapkan ia.. =)






dan beberapa soalan yang ditanya kepada adik-adik berkenaan dan pelbagai jawapan yang mencuit hati diperolehi daripada mereka. Soalan ini diberikan di awal program dan dijelaskan jawapannya di akhir program diadakan. Alhamdulillah..

1."Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? ". Anak-anak muridnya menjawab : " Ibu Bapa, Guru, Kawan dan Sahabat ". Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu adalah benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''Mati ". Sebab itu Allah S.W.T menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran 185)

2. Imam Al-Ghazali bertanya lagi kepada anak-anak muridnya soalan kedua : "Apakah yang paling jauh dengan kita ? ". Lalu anak-anak muridnya menjawab : " Negara China, Bulan, Matahari dan Bintang-bintang " . Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang mereka berikan tersebut adalah benar. Tetapi yang paling jauh dengan kita adalah " Masa Lalu ". Walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bermanafaat dan sesuai dengan ajaran agama Islam.

3. Imam Al-Ghazali meneruskan teka-tekinya dengan menanyakan soalan yang ketiga : " Apakah yang paling besar di dunia ini ?". Anak-anak muridnya menjawab : " Gunung, Bumi dan Matahari ". Semua jawapan itu adalah benar kata Imam Al-Ghazali, akan tetapi yang paling besar di dunia adalah " Nafsu " (Al-'Araf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. Jangankan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Pertanyaan keempat adalah : "Apakah yang paling berat di dunia ini ?". Ada anak-anak murid Imam Al-Ghazali menjawab : " Besi dan Gajah ". Betul jawapan tersebut kata Imam Al-Ghazali. Akan tetapi yang paling berat adalah " Memegang Amanah " (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung-ganang, Bukit-bukau dan Malaikat, semuanya tidak mampu dan menolak ketika mana Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (Pemimpin) di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehinggakan kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memikul amanahnya.

5. Imam Al-Ghazali menanyakan soalan yang kelima : " Apakah yang paling ringan di dunia ini ?". Lalu ada yang menjawab :" Angin, Kapas, Debu dan daun-Daunan". Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang peling ringan di dunia adalah " Meninggalkan Solat ". Gara-gara kerja seharian kita meninggalkan solat dan juga gara-gara berorganisasi, kita meninggalkan solat.

6. Dan soalan terakhir yang dikemukan oleh Imam Al-Ghazali: " Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Anak-anak muridnya serentak menjawab : " Pedang ". Benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang paling tajam adalah " Lidah Manusia ". Disebabkan lidahlah manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Alhamdulillah, semoga ilmu yang diperolehi semasa program tersebut akan dapat dilakukan dan dipratikkan oleh adik-adik yang turut serta dan juga nasihat dan dorongan untuk saya memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri berkaitan dengan wudhuk dan solat.

wallahua'lam...

p/s : mohon maaf, jika ada kesilapan dalam perkongsian kali ini..

1 sahabat:

AZIZUL said...

Tahniah kepada cik Illa dan para Fesi yang menjayakan Kem solat ini... amat mulia usaha kalian semua.. (^_^)

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries