Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan"
- Setiap amalan kebajikan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
- Setiap amalan sunat akan diberi ganjaran pahala amalan fardhu
- Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka
- Dituntut supaya mengerjakan solat sunat terawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain
- Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat
- Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan
- Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa
- Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam "Lailatul Qadar" seperti beritikaf di masjid dan sebagainya
- Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullai terutama pada 10 hari yang terakhir
semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan di bulan yang mulia ini..
wallahua'lam...
-diari-
0 sahabat:
Post a Comment