'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Demam Denggi'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Takziah buat keluarga paksu, Al-Fatihah buat isterinya yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat denggi berdarah. Saya menerima mesej dari kakak petang semalam mengatakan dia dan family berada di Hospital Sungai Buluh kerana isteri kepada paksu pengsan dan koma secara tiba-tiba sewaktu sedang bercuti bersama family. Dibawa ke hospital berhampiran dan dimasukkan ke wad ICU,dan disyaki mengalami denggi berdarah,dan pagi tadi selepas subuh,saya telah menerima mesej dari kakak yang mengatakan isterinya telah pergi untuk selamanya pagi tadi..

saya ingin memberi sedikit perkongsian berkaitan demam denggi yang saya perolehi dari en.wiki. semoga ia membantu serba sedikit buat kita.. wallahua'lam...



Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggiyang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari)sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan Gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chainreaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Epidemiologi

Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utarapada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkanenam belas kematian.

Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau . Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.

Wallahua'lam...

Al-Fatihah...

3 sahabat:

kialilul said...

salam perkenalan
semoga tabah menghadapinya..

apa2 pn teruskan pada senyman kerana mereka pasti tersenyum juga..

Bacalah untuk pengertian

Unknown said...

Selamat Tahun Baru 2010!!

nurecch said...

to shary:

insya-allah...
itu semua apa yang telah ditetapkan...

wallahua'lam...




to boss luar biasa :

selamat tahun baru 2010...

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries