'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Keindahan Gunung Kinabalu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kali ini.. kita lihat keindahan Gunung Kinabalu...^_^
walaupun belum pernah sampai..tapi saya berhasrat untuk ke sana nanti..
insya-allah...jika diizinkan olehNya....




Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m),Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Pembentukan



4,095meter.


Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
Puncak Tunku Abdul Rahman
(Tunku Abdul Rahman Peak)



Ciri fizikal

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenaratau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier.



sumber:en wiki bagi..^_^

p/s: insya-allah nak terbang ke gunung kinabalu suatu hari nanti....

2 sahabat:

Muslimah Optimis said...

salam.. saya penah mendaki gunung kinabalu... masyaALLAH...cantik sangat permandangan dalam perjalanan ke atas...

xdapat nak digambarkan...

nurecch said...

to seorang hamba yang hina:

salam..
mesti seronok kan dah dapt ke sana...insya-allah saya akn ke sana.. jika diizinkan olehNya..
^_^

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries