'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Apa Yang Kau Panggil Cinta'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara

Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa

Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan

Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan

Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!



wallahua'lam....

sumber:www.iLuvislam.com

2 sahabat:

Muallim Adham said...

salam..
yu p sgt menarik... "..cinta tidak melahirkan perkahwinan. Cinta, jika ia datang, sebenarnya lahir di dalam perkahwinan itu sendiri apabila bersandarkan cinta kpd Allah"

atiqasyahira said...

best~
and setuju dengan cigu adham.
ayat yg menarik~ :P

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries