Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Dakwah Viral dan MARS'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dakwah Viral

Jika Johor Corporation terkenal dengan konsep ‘Jihad Bisnes‘ untuk berdakwah, kami di iLuvislam juga ingin memperkenalkan dan mempopularkan suatu konsep yang unik dan belum pernah diperkatakan oleh orang kebanyakan: ‘Dakwah Viral‘.

Dakwah Viral adalah suatu konsep murni yang diperkenalkan oleh Presiden iLuvislam.com, En. Mohd Nurul Imran Koyube pada 1 April 2010.

Ia merupakan suatu inovasi islamik dari istilah yang selalu dikaitkan dengan pemasaran, perniagaan dan internet; viral marketing.

Beberapa definasi viral marketing adalah seperti berikut:

* A technique aiming at reproducing “word of mouth”

* Marketing phenomenon that facilitates and encourages people to pass along a marketing message

dea untuk mempopularkan konsep ini diperoleh setelah beliau menyertai pelbagai seminar perniagaan antarabangsa dan juga seminar internet antarabangsa semenjak awal 2009. Istilah yang kerap didengari semasa seminar adalah viral marketing. Antara tokoh yang pernah memberi tunjuk ajar kepada beliau adalah Stephen Pierce (multi-millionaire Internet Wealth Advocate), Ewen Chia (World no. 1 Super Affiliate), Tom Hua (a self-made multi-millionaire product-creation expert), Alok Jain (viral marketing expert), Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Walaupun kebanyakan ilmu yang diperoleh daripada jutawan-jutawan di atas adalah bertujuan untuk menjadi kaya dengan duit dan harta, namun En. Imran Koyube sentiasa memikirkan akan cara memanfaatkan ilmu serta pengalamannya bagi mengembangkan dakwah Islam.

Alhamdulillah berbekalkan semangat kental serta jaringan yang dibina bersama iLuvislam, beliau dengan rasminya memperkenalkan konsep Dakwah Viral. Buat permulaan, terdapat 2 produk percuma yang dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2010 :

* MARS (Majalah Remaja Sempoi) dengan kerjasama Flarebiz Network

* MEOW (Message of The Week)

Semoga dengan kelahiran 2 produk di atas mampu memberikan satu momentum besar kepada masyarakat Islam secara umum dan juga iLuvislam secara khusus untuk terus memikirkan cara terbaik dan terpantas dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.



Sejarah & Konspe MARS

MARS atau Majalah Remaja Sempoi adalah sebuah majalah e-book dakwah santai yang diterbitkan bersama di antara iLuvislam.com dan Flarebiz Network bermula 1 April 2010.

Konsep MARS adalah:

* sempoi dan santai : ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam

* dakwah viral : majalah e-book yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet

Nama MARS dipilih ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam.com yang diwakili oleh En. Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) dan En. Mohd Fitri Zainul (Head of Technology iLuvislam.com) serta wakil Flarebiz Network; En.Mohd Zhafran Mohd Ghani (IT Executive) dan Hanny Ramzy (Internet Entrepreneur).

Asalnya pihak iLuvislam.com ingin ‘outsource’ projek E-Book dakwah kepada syarikat Flarebiz Network yang terdiri daripada pakar-pakar Internet Marketing. Namun setelah perbincangan panjang, pihak Flarebiz Network ingin bekerjasama dengan iLuvislam.com dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.

Buat pengetahuan pembaca, iLuvislam.com dan Flarebiz Network terdiri daripada anak-anak muda Malaysia dengan ‘range’ umur 20-24 tahun.

Jadi, MARS merupakan suatu projek unik kerana ia adalah hasil usaha anak-anak muda yang mahu membantu anak-anak muda lain.

Buat permulaan, MARS akan diterbitkan sekali sebulan; pada 1 hari bulan.

Semoga MARS mampu merancakkan lagi perkembangan dakwah di Malaysia dan dunia tidak lama lagi.

Mari kunjungi http://mars.iluvislam.com sekarang juga!




sumber: www.iluvislam.com

0 'ulasan':

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries