'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Takdirkan Insan Solehah Buatku'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Maafkan abang. Abang sedar, abang tidak bisa memberi kebahagian kepada keluarga kita. Abang menyesal tidak pernah panjang akal dahulu sebelum bertindak”

“Janji-janji yang pernah abang taburkan dahulu tidak pernah kesampaian walaupun abang dah cuba sedaya upaya. Apakah sayang masih juga ingin menghukum abang?” Tangis si suami bila sahaja si isteri tidak habis meleter. Muka si isteri masih masam tanpa ada sedikit rasa belas kasihan.

“Abang tahu, abang pernah memberi harapan. Tetapi harapan yang didambakan itu tidak pula kunjung tiba, bahkan kesengsaraan pula yang mengiringi bahtera ini. Berilah abang peluang buat kali seterusnya” Pujuk si suami dengan penuh harapan, tiada jalan lain yang difikirkan untuk menyelamatkan rumahtangga mereka melainkan meredakan api amarah membara si isteri.

Namun si isteri juga tetap bermasam muka, tidak bercakap sepatah.


Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidaksempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama insha-Allah adalah sebahagian dari definisi sempurna itu. Tiada apa yang pasti dalam dunia ini. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

Namun, apa yang penting ialah niat perkahwinan serta matlamat yang jelas akan memudahkan kembara di alam ini. Sekiranya ianya dapat diatur dan dirancang dengan baik, cabaran mendatang bakal dihadapi bersama dengan tabah dan berhikmah.

Sukar untuk difahami bagi orang yang tidak berada di posisi seperti mereka yang mengalami proses retak menanti belah. Teramat banyak persoalan yang tersepuk kenapa pasangan akhirnya rebah dipertengahan jalan. Kenapa jalan itu juga dipilih.

Teramat sukar untuk dijelaskan. Teramat sukar untuk menjelaskan.

Apa yang kita impikan kepada pasangan tidak menjadi realiti. Telah diberi petunjuk, harapan, sokongan namun pasangan masih tidak cuba berusaha. Bila berkongsi konflik peribadi ini dengan orang lain, mereka berkata:

“Bertolak ansurlah..”

Ibarat seperti ketagihan seseorang dalam sesuatu hobi. Dia tidak akan mengubah tabiat itu biarpun orang lain mengutuk kerana itu tabiatnya yang tidak menyusahkan dirinya dan orang lain.

Pakar kaunseling belum tentu dapat merubahkan keadaan melainkan diri sendiri mahu berubah.

REDHA KEKURANGAN PASANGAN

Pakar kaunseling tidak bertugas untuk menyelesaikan masalah orang lain. Pakar kaunseling hanya bertugas menyusun fikiran orang yang bermasalah agar dapat diselesaikan satu persatu.

Berdasarkan pemerhatian penulis banyak masalah dalam dunia ini terjadi kerana masalah komunikasi. Tidak berterus-terang, tiada perbincangan, suka buat sangkaan dan tidak merendahkan ego.

Bukanlah penulis hendak menidakkan ego 100%, tapi dengan merendahkan ego kita jadi berani untuk berkata benar, jujur mengakui kesalahan, kekurangan dan kesilapan diri. Perbincangan menjadi lebih mudah dan telus. Penulis ada terbaca dalam satu laman website motivasi. Kata penulis website tersebut:

“If we want to gain others trust, let we be transparent”

Dan teramatlah penting untuk sentiasa muhasabah diri.

Kita semestinya sudah begitu kecewa menatap konflik yang melanda dunia artis di dada-dada akhbar dan majalah mengenai masalah rumahtangga. Kesan yang tertimpa sudah pasti anak-anak. Tidak hairanlah jika gejala sosial semakin menjadi-jadi, pegangan agama rapuh. Manakala masyarakat pula suka judgement, cepat sahaja menghukum. Seharusnya mendekati mereka dan cuba memahami perasaan mereka.

Alam perkahwinan tidak semudah yang disangka oleh pasangan yang bercinta, dan tidak selalunya indah melainkan kedua-kedua pasangan itu kembali kepada Allah Taala dalam apa jua keadaan. Bila kembali kepada yang hak, nikmat kesenangan tiada tandingnya.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” el Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik.

Adakala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata. Hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain melainkan dengan niat untuk dijadikan contoh tauladan yang baik.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Ingatlah, bila sahaja lafaz:

“Aku terima nikahnya”

dialah insan yang terbaik untuk diri kita. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.


Kadang-kadang apabila syaitan dah merasuk di dalam diri macam-macamlah tindak tanduk tidak relevan hingga kita tidak sedar apa yang terlafaz, terbuat atau terlintas di hati. Bagi para isteri, ingatlah bergegar Arasy Allah sekiranya anda meminta apa yang hanya dimiliki oleh para suami (minta berpisah). Kehidupan selepas itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Selagi ada jalan berusahalah yang terbaik.

MUHASABAH RUMAHTANGGA

Koreksi diri, adalah penting setiap pasangan koreksi diri dari masa ke semasa. Tidak bermakna selepas 10 tahun perkahwinan aktiviti ini tidak relevan lagi bahkan makin bertambah usia perkahwinan itu, lagi penting dan kritikalnya proses muhasabah ini.

Proses perbincangan tidak memilih usia perkahwinan. Harus dimulakan dari awal agar tidaklah pula kekok di kemudian hari. Proses perbincangan harus dilakukan bersama supaya ada input, tindak balas dan jawapan bagi setiap persoalan pasangan. Suasana yang bersuaian dan rileks amat penting. Tidak perlu tunggu bercuti baru nak buat refleksi.

Waktu driving, sebelum tidur dan waktu santai yang lain malah mana-mana waktu yang bersesuaian. Bahasa yang lembut dan tidak meninggi diri sepatutnya digunakan kepada pasangan. Jika perbincangan telah dimulakan dengan pergaduhan, cuba untuk membawanya ke arah yang lebih positif dengan membezakan antara Marah dan Benci.

Para suami harus pandai memujuk, bukan mengamuk kepada isteri. Manakala si isteri juga harus pandai memujuk suami, bukan kuat merajuk. Diam tidak akan membawa apa-apa. Putus asa jangan. Tutup segala ruang untuk berubah dan mengubah.

Kenapa perlu mengembalikan cinta? Tidak kira apa status atau keadaan kita, tetapi penulis merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Rumahtangga yang bahagia kena berusaha untuk suburkan bahagia, bukan sehari dua, tetapi sentiasa hingga akhir hayat kita dan pasangan. Kalau si isteri bersuamikan yang tidak bijak kendalikan rumahtangga, maka si isteri kena beri tunjuk ajar bukan queen control. Begitu juga sebelah pihak si suami.

Begitu berat rasanya saban hari menanti siapakah dia yang dijanjikan untuk menemani diri ini. Takut untuk menghadapi hari esok yang tidak pasti apa yang akan berlaku. Mungkinkah diuji dengan kesusahan dan pengorbanan dalam kenikmatan seperti Saidatina Khadijah? Atau diuji dengan kesusahan dan kezaliman seperti Asiah?

Jentik Hati Tanya Iman!

wallahua'lam....

sumber: kiriman email dari seorang sahabat.. syukran ya teman...

0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries