Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Penghujung Selatan Tanah Besar Asia'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tahniah!! Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia


nie mercutanda Penghujung Selatan Tanah Besar Asia kat tengah laut dibina atas pelantar


wahhh!! tak sangka saya telah sampai di penghujung selatan tanah besar Asia^___^
alhamdulillah, masih bernafas untuk sampai di sini.. thankz to my sis and kak sue yang membawa saya melawati ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, di mana terletaknya Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah Pontian, Johor merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. Tetapi pada masa ini, keindahan alam di kawasan tersebut telah berkurangan akibat hakisan dan pelbagai ancaman lagi..


kak sue and my sis

Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercutanda dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001 yang menghadap Selat Melaka. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

mercutanda yang menghadap Selat Melaka

Di kawasan Taman Negara ini, kita boleh melihat Hutan Paya Bakau, Air Laut dan adakalanya jika cuaca dalam keadaan baik, kita dapat melihat negara yang berhampiran dengan Malaysia dan pulau-pulau yang ada di situ seperti Pulau Kukup.



semasa ingin menuju ke kawasan mercutanda Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, terdapat satu signboard yang sungguh menarik. Kita tidak berseorangan apabila melalui kawasan Taman Negara Tanjung Piai ini..^__^


ini dia signboard yang menarik itu^__^ siapakah bersama anda =D


menunjukkan arah laluan negara lain^_^ di Jeti Tanjung Piai

pengalaman paling best + men'cuak'kan apabila ada haiwan comel yang turun tiba2 dari pokok dan menghalang laluan perjalanan untuk balik... akhirnya mengmabil langkah keselamatan kami berpatah balik melalui jalan datang yang dah jauh ditinggalkan.. muahhaaa.. itu haiwan comel sungguh manja, tak sanggup nak lalu sebelah dia.. kiki =D (gambarnya tak sempat nak amik plak)

insya-Allah, dipanjangkan umur lagi untuk terus bernafas menikmati keindahan dan kebesaran ciptaan olehNya..

wallahua'lam...

0 'ulasan':

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries