Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu ...
berulang kali sehingga ke akhir hayatku...
Aku tahu.. Aku sering menghadapMu
dengan wajah yang kelam, tidak berseri..
Aku sering berhadapan denganMu
ketika jiwaku berkeluh kesah...
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita...
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahwa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekalan sebanyaknya.
Ya ALLAH , pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu..
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak..
Ya Allah, dengarkanlah rintihan dan permohonan hatiku ini ...
Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadaku hingga saat aku dipanggil pulang olehMu ...
♥♥ Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintai-Mu ♥♥
1 sahabat:
walau sebusy mana pun kita dengan kerjaya dan pelajaran.. solat jangan di tinggalkan dan seeloknya bersolatlah ketika masuk waktunya... insyallah kita menjadi hambanya yang sentiasa mengingatinya...(^_^)
Post a Comment