Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kota Cornwallis adalah salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang. alhamdulillah tadi saya berkesempatan untuk menerokainya bersama teman2..^__^
sedikit berkenaan kota Cornwallis yang saya dapat dari en.Wiki
Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.












