'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Buat Insan Yang Diuji'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.


Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyadarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

sumber : www.iluvislam.com
Read more

'Selamat Hari Ayah^_^'

Read more

'Duhai Hati'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tak terlihat beban yang ditanggung
Rintihan yang lama terhimpun
Tak terserlah duka yang menggunung
Rindukan kasih yang terlindung

Mengalir airmata di pipinya
Luahan suara keresahan di jiwa
Tiada lagi daya menahannya
Akhirnya tangisan bergema

Redup mata bagai berbicara
Cerita hati yang terluka
Dan ku pinta semua cahaya
Menyuluh laluan damainya

Setia dinantikan semilir yang berdesir
Moga membawa khabar senyuman di bibir
Namun benarlah penantian itu
Hanya melahirkan perindu

Kembali dialunkan harapan kasihnya
Didendangkan irama sendu di jiwanya

Duhai hati tenanglah dikau
Usah diturut kehampaan
Tika mimpi hanyalah igau
Tak menjelma kenyataan

Pujuklah tangismu
Jangan dibiarkan
Indah malammu tercalar
Gerbang bahagiamu
Telah dijanjikan
Setia di sana terhampar

-Diana Naim-
Read more

'Baru Semalam Aku tersedar'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru semalam aku tersedar
Hakikat malapnya ‘imanku'
Umpama sinaran rembulan
Samar menyuluh gelita
Malap bagaikan tiada
Walau sering ‘dia' menemani
Namun aku tetap tersungkur
Datangnya ‘dia'
Perginya ‘dia'
Namun aku tetap begitu
Masih tidak aku sedari
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan purnama?
Agar aku mengikuti jejaknya..

Baru semalam aku tersedar
Hakikat rapuhnya ‘taqwaku'
Umpama nipisnya cengkerang
Nipis menanti rekah
Retak menunggu belah
Walau waspada itu pasti
Namun rebah tetap menanti
Datangnya laknat
Perginya nikmat
Namun ‘dia' kekal begitu
Masih ku biar berkecai
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan mutiara?
Agar aku lebih menghargainya...



Baru semalam aku tersedar
Hakikat kerasnya ‘hatiku'
Umpama ketulan batu
Kebal tanpa berubah
Kaku tanpa berganjak
Walau sering ‘dia' diketuk
Namun aku tetap menuli
Datang kepadanya
Pergi daripadanya
Namun aku tetap begitu
Masihku biarkan kaku
Apakah perlunya ‘dia'
Datang bagaikan pasir?
Agar aku lembut menerimanya...

Baru semalam aku tersedar
Hakikat lemahnya ‘dakwahku'
Umpama desiran ombak
Lemah tidak berkudrat
Longlai memukul pantai
Walau ombak sering bertandang
Namun pasir tetap utuh
Datangnya ‘aku'
Perginya ‘aku'
Namun kau tetap di situ
Masih enggan mengikutiku
Apakah perlunya ‘aku'
Datang bagaikan badai?
Agar kau datang bersamaku...

Read more

'Sinergi Pasangan Bahagia'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

www.iLuvislam.com
Team Event iLuvislam.com Malaysia
Editor : Im Koyube

Alhamdulillah, Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) kembali lagi!

Kali ini ia berupa sebuah seminar menarik dan mesti dihadiri oleh semua orang! Ya, ia sesuai untuk semua!

Team Event Malaysia iLuvislam.Com dan Saifulislam Training and Consultancy Sdn. Bhd. , dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) melalui tabloid ILUVISLAM dan Majalah i membawakan kepada anda Sinergi Pasangan Bahagia (SPB).


Bertemakan ‘Menuju Sakinah, Mawaddah & Rahmah‘, seminar ini bertujuan membangunkan rasa penghargaan dan tumpuan perhatian setiap individu terhadap faktor manusia di dalam sebuah perhubungan. Seminar ini juga mengenengahkan ilmu, kemahiran dan maklumat yang berstruktur untuk menjana sikap-sikap yang cemerlang bagi setiap individu dalam sesebuah keluarga.

Seminar Sinergi Pasangan Bahagia ini menjadikan dimensi SYARIATULLAH (peraturan-peraturan wahyu) dan dimensi SUNNATULLAH (peraturan-peraturan alam) sebagai ramuan keseimbangan hidup seorang manusia di dalam sebuah keluarga, agar faktor agama, sains kesihatan, komunikasi dan psikologi rumahtangga menerima perhatian yang lengkap dengan kefahaman bahawa semua itu adalah peraturan Pencipta Alam untuk kesejahteraan sekalian penghuni alam.

Program ini juga memberikan formula yang kemudiannya bukan sahaja bersesuaian untuk diaplikasikan dalam sesebuah perhubungan, malah turut teraplikasi kepada mana-mana perhimpunan manusia pada skala sekecil sebuah keluarga, hinggalah kepada struktur yang lebih kompleks di dalam sebuah komuniti. Justeru faedah program ini tidak hanya setakat menyusun kehidupan pasangan, malah turut meluas hingga kepada kecemerlangan organisasi dan masyarakat secara umumnya.

Modul Seminar ini disediakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Biodata Penceramah

Nama :Hasrizal Bin Abdul Jamil

Tarikh lahir : 14 April 1975

Tempat lahir : Ipoh, Perak

Kelulusan :

* BA (Hons) Shariah & Islamic Studies, Mu'tah University, Jordan

* MHs (Cand) History & Civilization, International Islamic University, Malaysia


Pengalaman :

2001

* Minister of Religion / Imam di Belfast Islamic Centre, Northern Ireland, UK

* Muslim Chaplain di The Queen's University of Belfast, Northern Ireland, UK

* Pengetua Belfast Islamic School, Northern Ireland, UK

2003-2004

* Imam di Galway, Dublin dan Naas, Republic of Ireland

2005 :

* Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

2007

* Kaunselor di Institut Jantung Negara (IJN)

* Kolumnis Majalah I Keluaran Karangkraf, Majalah ANIS Keluaran Galeri Ilmu dan
Majalah Solusi Keluaran Telaga Biru


Kini

* Master Trainer Saifulislam Training & Consultancy

Kepakaran :

Beliau berpengalaman luas dalam bidang latihan & perundingan. Sering mendapat undangan daripada institusi-institusi tempatan & luar negara untuk mengisi program. Pernah muncul di CNN dalam dokumentari pendidikan komuniti Muslim Ireland Utara. Sering dijemput ke rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 dan terkini, menjadi tetamu undangan program BLOG di stesyen yang sama.

Info Lanjut Seminar SPB

* Tarikh : 20 Jun 2010, Ahad
* Masa : 8 pagi - 5 petang
* Tempat : Auditorium UEM, Petaling Jaya
* Yuran : RM 60 (pelajar) RM 120 (perseorangan)

*Sijil disediakan kepada setiap Peserta


Tentatif Seminar SPB

0815 : Pendaftaran peserta seminar
0850 : Pembukaan seminar
0900 : Slot 1 | Kembara Sakinah, Mawaddah & Rahmah
1030 : Minum Pagi
1100 : Slot 2 | Sinergi Islam Pasangan Bahagia
1230 : Rehat, Makan tengahari dan Solat Zohor
1400 : Slot 3 | Dialog Interaktif (keluarga & kesihatan)
1600 : Penutup dan bersurai

Daftar Sekarang! Tempat Terhad! Siapa cepat dia dapat. Apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Cara Mendaftar

1. Buat pembayaran. Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : ILI DOT COM
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 562 188 123 350

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:

* maybank2u.com
* CIMB Click
* mesin deposit Maybank
* kaunter cawangan Maybank berhampiran

2. Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

Klik sini untuk mengisi borang pendaftaran

3. Anda dikehendaki menyimpan resit bukti pembayaran dan dibawa bersama semasa mendaftar. Bagi pelajar, anda diminta membawa bersama kad matrik anda.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada event@iluvislam.com, atau hubungi Wann (019-9587052) atau Puteri (014-5086270).



p/s: Jom ke sana ^__^
Read more

'Peperiksaan Telah Tiba'

Read more

'Selamat Hari Guru ^_^ '

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia..

buat emak dan kakak tersayang serta semua guru yang ada.. semoga kalian terus tabah dan sabar dalam mendidik anak bangsa.. pengorbanan kalian amat bermakna..


Terima Kasih Guru

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

-mirwana-
Read more

'Selamat Hari Ibu (◕‿◕✿)'

Read more

'Tenanglah Wahai Hati'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"


Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


sumber : www.iLuvislam.com
Read more

'Tree Top Walk ^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tree Top Walk Sungai Sedim

alhamdulillah,pada 6 mei saya bersama beberapa teman sekelas sempat pergi ke Taman Rekreasi Sungai Sedim.

di pintu masuk sebelum membeli tiket

Disana kami telah masuk ke Tree Top Walk, bayaran masuk sebanyak RM 10.00 bagi dewasa dan RM 6.00 bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.

perjalanan melalui titian yang sepanjang 950 meter itu amat menarik.. bagi pencinta alam, tempat ini amat sesuai untuk dikunjungi..^_^

paras tertinggi yang kami lalui

di sini terdapat asrama untuk mereka yang berminat untuk bermalam, dan melakukan aktiviti lasaak dan juga tempat untuk berkhemah dan membuat bbq.

my classmate ^_^

info ni diambil dari :tourism kedah

Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia.

Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.

Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.

Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

wallahua'lam....
Read more

'Nota Cinta'

Read more

'Tiket Perjalanan yang Percuma'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

sumber : artikel daripada ahli persatuan usrah UPM

Read more

'MARS (Dakwah Viral) : Kahwin Dalam Islam'

Read more

'Kau Tercipta Untukku'

Read more

'Aku ingin mencintaiMu setulusnya'

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries