'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Kuasa Seorang Wanita'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kuasa Layanan Perempuan

-Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

Kuasa Doa Perempuan

-Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."




Kuasa Taqwa Perempuan

-Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

-Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

-Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

-Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya. )



wallahua'lam.....

sumber : http://www.iluvislam.com/

Read more

'Yang Mana Satu Pilihan Anda..^^,'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Just saje2 tulis entry kali ini..agak2 if korang dapat nasi yang dihias macam kat bawah nie..korang makan tak?agak yang mana paling korang semua suke if dapat yer..(^_^)




yg nie tak th la saya hiasan apa kan...^^,


yang ni untuk siapa suke pada bear..hikhik


yang nie memg muke owg..if dapat rasa mcm kelakar je nak makan..(^,^)



nie..gmbr kartun..tp x th citer kartun apa..ada sape2 suke?



untuk sape2 pkai cermin mata..hikhik (gurau2 jer yer..)


nie citer kartun robot..apa ek tajuk dia..lupa dah..hehe


p/s: agak2 yang mane korg suke dan ada rasa nak makan ek..jika dapat?
wallahua'lam....

Read more

'Syukran ye Teman ...'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




syukran masyitah bagi ila award nie dan juga arisha bagi award yg sama...hehe ... sayang kamu berdua....

tag dari masyitah dan arisha...

Rules And Regulation:

Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..


hikhik...saya rasa tak cukup 25 nie...mana yang boleh jer yer rerama comey...(^_^)

  1. lahir tak cukup bulan
  2. kena tahan kat hospital lpas lahir sebulan sbb kecik sgt
  3. alhamdulillah diberi pluang hidup smpai skng sbb doc kata 50-50 je if bawa blik..
  4. manja sbb dapat adik lmbt(skng x mnje sgt ada adk 3 owg dah..hehe)
  5. suke main masak2..hehe
  6. pernah eksiden dgn akak n ayh..tp akak je yg teruk..huhu
  7. first time dpt adk suke sgt2..kecik jer..tp skng adk lgi tnggi dr akak dia..(pndek ke daku)
  8. suke kacau adik2 time dorg kcik..sakat bagi nangis..hikhik
  9. jtuh basikal ada owg buat..rasa geram je dgn bdk tu time tu..tp skng ok kawan balik dah.
  10. lagi...apa yer...ckup2 dlu yer dik rerama..nant akak msg jelah..segan nak tulis banyak kat sini..(^_^)..malu rase....

hehe...ckup yer arisha... jadi kat sini saya nak bagi tag nie untuk :

  • kak niza
  • puteri
  • atul
  • kak asma
  • suhana

  • -semoga kalian sudi menjawab yer tag tersebut...tapi if tak nak jawab tak pelah...(^^,)

    wallahua'lam....


Read more

'Bila Suami Hantar Puisi Halus Kepada Isteri Untuk....(^^,)'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



PUISI
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...






*** Balasan Puisi sang isteri***


Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yangmemberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!

jangan la nak berangan.... ....



hikhik....saje suke2 tulis....

p/s: tiada kena mengena dengan yang masih ada atau telah tiada...(^_^)

ada ker mcm nie ek skng?

wallahua'lam...

Read more

'Kau sahabat Kau Teman'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

-hijjaz-
Read more

'Dimana Bayiku (^^,)'

seronok nyer if dah ada anak sendiri...hihhik...comel nyer baby kat bawah nie...(^_^)


Entry nie saje untuk merehatkan minda seketika..hikhik...


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.
Rakan2nya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata

"Nanti dulu!"

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.

Tetapi nenek itu tetap berkata

"Nanti dulu!"

Akhirnya mereka bertanya :

"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"

"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."



hikhik...susahla if lupa letak anak kat mane..sure tak jumpa kalo dia tak nangis..
lain kali bawa lah dia kemana sahaja jika tak ingat...wakaka


wallahua'lam...
Read more

'Petua untuk Muslimin dan Muslimat(^_^)'

info yang boleh dikongsi bersama kawan2.

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS, selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

-mari kita mengamalkan petua-petua yang bagus untuk diri kita...(^^,)

wallahua'lam...
Read more

'Hujan..'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Hujan

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..

- Alahai, hujan laaagiiii

- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni

- Payah nak buat apa² kalau hujan

- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara

2. Menyubur tanaman

3. Membekal air ke empangan


Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana?

Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)  

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


wallahua'lam...
Read more

'Tanda 'haid' telah Kering'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entry kali ini saya tulis kerana ingin membantu seorang adik yang memberi 'privite massge' di iluvislam.. berkenaan masalah wanita. Tanda apakah haid telah kering.. saya bukan seorang yang terlalu pandai.. masih mencari ilmu.. akak harap entry ini membantu adik yer..(^_^)..
insya-allah..jika ada yang masih tidak faham.. adk mesej akak kembali...

isi ini saya ambil dari
LAMAN SOAL JAWAB AGAMA

Warna Keruh dan Kuning Semasa Haid

Soalan:

ust, Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.

Jawapan:
Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء“
Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”
(HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah (sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.
5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
7. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.

-insya-allah dapat membantu adik yer...(^^,)

Read more

'Mampukah Kita Bersabar Sepertinya?'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Dalam kehidupan kita sebagai hambanya,kita tentu akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dariNya. Apabila kita mengalami sesuatu ujian atau musibah, sabarkah kita untuk menerima setiap ujian dan musibah yang terjadi. Adakah kita dapat menerimanya?

kisah ini saya ambil sebagai ikhtibar untuk diri saya ini..insya-allah..

Syeikh Abu Usman Al Hiri adalah seorang abid yang terkenal dengan kesabarannya, beliau tidak pernah marah, merasa kecewa, putus asa dan apa saja yang menimpa keatas dirinya selama hayatnya.

Kerana tidak percaya kepada akhlak Abu Usman yang tinggi itu, seorang lelaki telah mengundang beliau ke rumahnya untuk suatu jamuan bagi mengujinya.Sebaik tiba di muka pintu rumah, Syeikh Abu Usman terus dihalau dengan berbagai cacian serta herdikan yang menghinakan. Namun Abu Usman tetap bersabar diatas apa yang berlaku dan beredar dari situ.

Hanya beberapa langkah ke hadapan, lelaki ini memanggil semula Abu Usman. Setelah itu dihalaunya semula seperti yang dilakukan diawalnya tadi. Demikianlah hal ini berulang sehingga 30 kali, namun ia sedikit pun tidak menunjukkan tanda marah. Akhirnya lelaki ini mengakui kesabaran Abu Usman, lalu ia segera memohon maaf darinya.

Kata Abu Usman, " Apa yang aku lakukan ini adalah terlalu mudah, anjing pun boleh lakukan seperti apa aku buat. Cuba engkau perhatikan, jika dipanggil ia datang, jika dihalau ia pergi tanpa menunjukkan rasa marah, kecewa atau putus asa sedikit pun. Apalah ertinya kesabaranku ini jika ianya boleh dilakukan oleh seekor anjing yang tidak berakal"

-kita sebagai hamba Allah adakah mampu kita bersabar jika diperlakukan sedemikian rupa?

wallahua'lam...

-diari islamiah-
Read more

'Berhati-hati Terhadap Kalimah "Cerai"..'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Dalam hidup berkeluarga sebagai pasangan suami isteri,kita perlulah berhati-hati dalam bertutur dengan pasangan. Andai tersalah bicara pasti akan menimbulkan masalah dan penyesalan dalam diri suami mahupun isteri.Oleh itu,setiap pasangan perlu untuk berhati-hati supaya tidak mengeluarkan sesuatu perkataan yang akan menimbulkan penyesalan pada diri walaupun hanya sekadar untuk bergurau dengan pasangan sendiri...

Kisah ini diambil sebagai contoh untuk diri ini sendiri suatu masa nanti..

Pasangan suami isteri yang hidup selama ini dengan aman bahagia tiba-tiba hubungan mereka menjadi keruh hanya disebabkan oleh beberapa biji buah kurma. Kisahnya bermula pada suatu hari sedang mereka berdua menikmati kelazatan buah kurma, tiba-tiba berkata si suami kepada isterinya,

"asingkan biji-biji kurma yang aku makan dengan yang engkau makan kepada dua bekas, jika tidak engkau akan aku ceraikan"

Ucapan ini amat memeranjatkan si isteri. Ia dengan segera cuba mengasingkan biji-biji tersebut kepada dua bekas.

Usaha ini tidak berjaya kerana si isteri tidak dapat mengenali dengan jelas, biji manakah yang dimakan olehnya dengan suaminya. Dalam situasi ini timbullah penyesalan pada diri si suami kerana telah terlanjur melafazkan perkataan 'cerai' terhadap isterinya, sedangkan ia tahu hal itu adalah mustahil bagi isterinya melakukan. Setelah menemui jalan buntu, lalu kedua-duanya pergi bertemu dengan Saiyidina Ali r.a.

"Hal ini senang sahaja" kata Saiyidina Ali r.a

"Kamu kumpulkan semula biji-biji kurma itu menjadi satu longgok, kemudian kamu asingkan semula kepada dua longgok yang berjauhan dan katakan"

"Longgok ini yang aku makan dan itu longgok yang engkau makan.Kamu tidak perlu membezakan antara biji-biji itu kerana suamimu hanya menyuruh mengasingkannya saja bukan menyuruh kamu membezakannya"

Tambah Saiyidina Ali r.a. Jawapan ini amat menggembirakan semula pasangan ini. Kebijaksanaan Saiyidina Ali telah menyelamatkan keruntuhan rumah tangga pasangan tersebut.

-diari islamiah-

wallahua'lam...

(peringatan untuk diri ini yang masih banyak kekurangan dalam diri)



Read more

'Ibnu Sina - Pelopor Ilmu Kedoktoran'

Nama sebenarnya ialah Ali Hussain b Hussain b Ali b Sina, dilahirkan di Wilayah Bukhara dalam tahun 980M. Keturunannya menjadi rebutan berbagai bangsa tetapi yang pastinya ia berketurunan Parsi dan berkebudayaan Arab. Dalam usia 10 tahun Ibnu Sina telah khatam menghafal al Quran serta ilmu-ilmu kesusteraan yang lain. Pada usia 16 tahun ia telah berjaya menguasai semua ilmu perubatan. Semua ini diperolehi dengan hasil usahanya sendiri disamping memiliki kecerdasan akal fikiran yang luar biasa.

Bermula dari sinilah ia mengubati orang sakit dan memperolehi kejayaan yang besar yang mengharumkan namanya. Beliau juga telah berjaya mengubati Raja Bukhara iaitu Nuh b Mansur yang menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati oleh para tabib lain. Beliau lalu dilantik menjadi doktor peribadi baginda. Ibnu Sina adalah seorang yang gigih membaca, menyelidik dan mengarang. Hasil karyanya yang teragung dalam bidang perubatan ialah Kitab Al Qanun dan sehingga kini masih dianggap sebuah ensaikelopedia yang lengkap. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan juga Eropah lalu dijadikan buku teks perubatan di universiti - universiti Eropah, England dan Scotland.

Ibnu Sina juga adalah orang pertama menyelidik tentang penyakit bengkak dalam otak, barah dalam perut, batuk kering, dan ahli perubatan pertama sekali melakukan suntikan di bawah kulit dengan jarum serta pembedahan dengan menggunakan bius. Beliau meninggal pada tahun 1037M di Hamadan kerana menghidap penyakit kudis dalam perut akibat terlalu kuat bekerja dan mengarang.



-diari islamiah-

-wallahua'lam..
Read more

'Doa padaMu..'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




'bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu'


oleh itu sentiasalah kita bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang Allah mendahului kemerkuaanNya...

wallahua'lam...
Read more

'Berjalan ke Pulau Pinang'

sabtu mggu lepas..saya dan kawan-kawan telah ke pulau pinang.. pada mulanya hendak bertolak pagi kesana.. atas sebab tertentu tengah hari baru dapat pergi kesana...(its ok..dapat juga pergi..)

kami tiba di jeti butterworth lbh kurg jam 12 lbh tgh hari.. setibanya di situ terus membeli tiket untuk menaiki feri ke pulau pinang.. waahhh....seronok rasa angin laut..cuaca pun tidak panas waktu itu.. atas feri adalah mengambil masa 10 minit kot...hikhik..lupa plak.


feri kat penang

setelah tiba di jeti kat pulau pinang..kami mengambil bas untuk menuju ke bukit bendera yang mngambil masa hampir satu jam...lambat betul pakcik bas nie bawa... kalo naik kereta cepat lagi smpai.. tp apakan daya kereta tak ada...hikhik..jadi kenalah menggunakan public transport...

sampai jer kat bukit bendera dah 315.. pergi lah kat kaunter nak beli tiket.. adoi... tiket kul 530 jer sedang di jual... mana sempat nak naik dah... if naik juga memg tak sempat nak balik nanti...jadi terpaksa lah kami membatalkan niat untuk naik bukit bendera.. huhu...sedih nyer..dah bnyk kali pergi asyik tak boleh naik jer... tak pelah bukan rezki lagi nak naik(^_^)

last sekali..kami pun pergi ke padang kota..sebab nak makan dan ingin merasa angin bayu laut kat situ.. dari tadi tak makan.. perut nie dah macam macam lagu bunyi nie ha... kena isi perut dulu... kena lah tggu bas balik... nasib la tak lama bas pun tiba...

sampai je padang kota cari gerai dan makan nasi dulu lah... alhamdulillah..selesai je makan.. berjalan sedikit ke pantai berhampiran... subhanallah....cantiknyer..rasa tenang jer duk kat pantai dengan angin yang bertiup... seronok sangat.. tapi petang2 memang ramai la orang yang datang.. ada yang bersama keluarga.. kawan2 dan ada juga yang datang membawa anak bermain di taman permainan berhampiran...

sedang berjalan2 di tepi pantai.. kami nampak ada satu kawasan yang boleh turun ke persisiran pantai.. apa lagi.. kami pun bergerak lah ke situ kan... mana boleh tak pergi.. jalan kat tepi yg ada tembok mana best kan.. jadi kena turun ke sana..(baru best..(^^,) )

kat tepi pantai tu adalah beberapa orang makcik dan pakcik ni tngah memancing...(ada ikan ke kat sini...hikhik)... kami pun berjalan jauh sedikit dari dorang.. nanti bising lari plak ikan.. maaf yer pakcik dgn makcik.. tak sengaja bising skit hikhik...

makcik n pakcik yang khusyuk pancing ikan


sambil menikmati keindahan kat tepi pantai tu.. ambil lah bebrapa keping gmbar untuk disimpan kan.. dan ada sorang pakcik nie terpaksa jadi mangsa kami untk menjadi kamera man.. hikhik..(e2lah pakcik jalan2 dpn kitaorg nape)... syukran ye pakcik sudi tolong amik gmbar.. kalo tak sape nak amik kan... kamera murah je ada bawa nie ha..kena minta bantuan orang lah kan..(^,^)


habiz jer amik gambar semua...kami pun bergerak untuk pulang sebab dah pukul 530.. nant tak sempat plak balik ke asrama.. dari padang kota kami bergerak ke jeti... adalah 10 minit kot...hikhik....sampai je trus tnggu feri... dan bergerak untuk balik semula ke asrama.. sebab esk ada kelaz... insya-allah lain kali datang lagi..nak naik bukit bendera.. sebab tak berkesempatan

akhirnye kami selamat tiba di asrama.... (bile lah dapat naik bukit bendera nie?)

wallahua'lam...


-saje2 tulis crita nie..tgh bosan skit..hikhik...



Read more

'Pertama kali datang "haid" '

Entry kali nie saya tulis kerana tertarik dengan satu thread yang dibuka oleh seorang sahabat di iluvislam...mungkin adik yang bertanya soalan ini masih baru mengalaminya.. jadi dia bertanya beberapa soalan berkaitan haid pertama kali..
hanya ssekadar perkongsian untuk diri ini dan semua...

mengenai doa apabila haid pertama kali mungkin kita boleh melihat pada riwayat ini :

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya
-wallahua'lam..





selain itu mungkin terdapat persoalan yang bermain di fikiran kanak-kanak yang pertama kali mengalaminya..saya membaca satu artikel mengenai pertama kali datang haid di utusan malaysia.. apa yang diulas serta contoh adalah :

TAHUN ini, kanak-kanak manis, Fatin Nabila akan berusia 11 tahun tanggal Februari ini. Dia sudah mula ada perasaan malu kepada kanak-kanak lelaki seusianya, tidak mahu lagi memakai pakaian yang mencerminkan kanak-kanak seperti watak kartun, sudah pandai menjaga kulit muka dan inginkan rambut yang berfesyen.

Ini adalah ciri-ciri yang menunjukkan Fatin sedang dalam transaksi kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus baligh. Ini adalah kejadian fisiologi yang biasa terjadi kepada kanak-kanak perempuan yang akan menjadi dewasa, biasanya antara usia sembilan hingga 15 tahun.

Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan keluar.

Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Memang benar mereka telah mengetahuinya mengenai haid ini menerusi iklan televisyen yang mempaparkan penggunaan tuala wanita, namun apa sebenarnya haid dan bagaimana untuk menghadapinya tidak diketahui.

Lebih malang lagi jika ibu-ibu tidak mengendahkan soal kedatangan haid buat kali pertama anaknya itu. Ini kerana banyak persoalan yang bermain di minda kanak-kanak ini yang perlu penjelasan supaya mereka dapat mengalaminya tanpa sebarang masalah.

Antara persoalan yang selalu ada dalam fikiran mereka:

* Bila haid akan keluar?

* Bagaimana mereka akan mengalaminya, sakit atau tidak?

* Bagaimana hendak mengahadapinya?

* Bagaimana hendak memakai tuala wanita?

* Malu!

* Jika datang tiba-tiba di sekolah, bagaimana?

* Apa yang perlu dihindarkan semasa datang haid?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang tidak mungkin terjawab selagi mereka tidak mengalaminya sendiri, namun seelok-eloknya sedikit panduan harus diberitahu terlebih dahulu.

Pertama, terangkan apakah itu haid?

Setiap bulan, ovari dalam badan perempuan akan menyediakan satu ovum untuk menunggu ia matang dan dilepaskan. Selepas itu, ovum akan berhenti di saluran ovari, sedia untuk persenyawaan. Ketika ini, bahagian dalam uterus akan menjadi lembut supaya ovum boleh berada di dalamnya. Jika ovum bersama dengan sperma, mereka akan bersenyawa di dalam uterus. Jika tidak ovum akan dialirkan keluar badan bersama membran uterus. Darah dan badan sel inilah dikatkan haid.

Kedua, jangka waktu hari haid

Kebiasaannya dalam tiga hingga enam hari. Darah ini berwarna merah atau coklat hitam.

Ketiga, tiada halangan untuk beriadah atau melakukan aktiviti

Kanak-kanak ini boleh terus melakukan aktiviti dan beriadah kerana boleh membantu mengurangkan kesakitan perut ketika haid.

Keempat, sakit

Kadang kala seseorang itu akan mengalami sakit perut ketika datang haid, biasanya di bahagian bawah perut. Ini adalah kerana pengecutan yang kuat oleh uterus untuk mengalir membran uterus keluar.

Kelima, kerap tukar tuala wanita

Biasanya dalam satu hari harus menukar tiga hingga lima kali (anggaran empat hingga lima jam sekali tukar) bergantung kepada banyaknya darah keluar.

Keenam, tindakan jika haid datang tiba-tiba di sekolah

Beri alasan untuk ke tandas. Jika tiada tuala wanita ketika itu, anda boleh meminta daripada guru. Darah yang terkena pada belakang pakaian hendaklah dicuci di tandas.

Ketujuh, pembuangan tuala wanita

Tuala wanita yang telah digunakan haruslah dibungkus dengan suratkhabar dan dibuang ke dalam tong sampah.

Tip semasa datang haid

* Kurangkan pengambilan garam kerana boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan dan menyebabkan ketidakselesaan.

* Makan dengan cukup.

* Sekiranya sakit perut, boleh mengambil makanan seperti coklat, teh, yogurt atau susu.

* Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, roti, ikan, tomato dan pisang.

* Bersenam dan melakukan aktiviti ringan.

* Mandi dan tukar tuala wanita pada masa yang tetap.

Info:

Apa yang dimaksudkan dengan pediatrik ginekologi untuk remaja.

Bagi yang tidak tahu, ginekologi merupakan satu langkah penjagaan kesihatan untuk anggota reproduksi wanita, malah penjagaan ini sebenarnya patut bermula pada apa jua peringkat umur.

Pediatrik ginekologi untuk remaja memberikan pengetahuan tentang ilmu mengenai penjagaan anggota reproduksi untuk kanak-kanak perempuan dari usia bayi hingga berumur 22 tahun.

Ahli pediatrik ginekologi untuk remaja.

Ahli pediatrik ginekologi untuk remaja ini telah diberi latihan khas untuk memberi pemeriksaan yang lebih sensitif, umur yang bersesuaian serta rawatannya.

Mereka ini telah dilatih untuk memahami kepelbagaian perubahan tubuh badan pada peringkat awal proses kematangan serta dari aspek psikologi. Mereka juga dilatih tentang cara komunikasi dengan kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

Pemeriksaan dijalankan dan dijamin tidak mendatangkan ketidakselesaan pada kanak-kanak, peralatan yang digunakan juga direka khas untuk memeriksa kanak-kanak dan remaja perempuan.

Kepentingan pediatrik ginekologi untuk remaja.

Dalam masa setahun daripada tarikh seorang remaja wanita menghadapi haidnya yang pertama, dia juga mestilah menghadiri pemeriksaan kesihatannya dengan mana-mana ahli ginekologi.

Kebanyakan gadis menghadapi haid pertama apabila mereka berumur lingkungan 9 hingga 15 tahun. Menerusi kajian, majoriti kanak-kanak perempuan mula didatangi haid ketika mereka berusia 12 tahun.

Ahli ginekologi terlatih ini akan memberi tahu apakah keperluan kanak-kanak dan remaja ini serta memberi mereka ilmu tentang pemeriksaan bahagian organ seks dan payu dara.

Pemeriksaan ginekologi ini memberi jawapan segala persoalan serta informasi tentang isu berkaitan kesihatan dan seksual.

Ahli ginekologi remaja juga telah dilatih untuk memberikan pandangan tentang isu berkaitan hal kesihatan remaja seperti jerawat, perkembangan fizikal badan, pemakanan tidak teratur, penyalahgunaan dadah dan alkohol.

sumber : arkib utusan malaysia (5/2/2008)

sebagai ibu atau kakak..perlu membantu anak atau adik mereka yang baru mengalami perubahan ini dalam diri.. bagi mengelakkan mereka bertambah gelisah dan keliru..

wallahua'lam..
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries