'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Tanda 'haid' telah Kering'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entry kali ini saya tulis kerana ingin membantu seorang adik yang memberi 'privite massge' di iluvislam.. berkenaan masalah wanita. Tanda apakah haid telah kering.. saya bukan seorang yang terlalu pandai.. masih mencari ilmu.. akak harap entry ini membantu adik yer..(^_^)..
insya-allah..jika ada yang masih tidak faham.. adk mesej akak kembali...

isi ini saya ambil dari LAMAN SOAL JAWAB AGAMA

Warna Keruh dan Kuning Semasa Haid

Soalan:

ust, Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.

Jawapan:
Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء“
Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”
(HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah (sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.
5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
7. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.

-insya-allah dapat membantu adik yer...(^^,)

13 sahabat:

Wal said...

x phm. hehe

nurecch said...

adk syawal..(^_^)
x per kalo x faham...
nant kamu akn faham yer..
wakaka

sabrina said...

okay!!!!

cik syawal tak faham...hehehehe...

nurecch said...

to sabrina:
semoga dapat membantu adik..

syawal bukan tak faham..
saje2 buat tak faham..hikhik

sabrina said...

btol2...sje jer....tak kan tak faham kot..hehehehe....

amirah said...

slm....tp yg wat sy confius...sy msih lg dlm tmpoh 15 hari haid...ade cecair kuning yg sgt sikit & dh dlm 3/4 hari & wrna ccair 2 seakan2 sme dgn wrna ccair kputihan yg biasa kluar mase tempoh luar haid sy...mse hari biase ccair keputihan yg kluar pun x bpe putih..mcm kuning skit ble dh kering...mnta pndangan...tq...

nurecch said...

salam amira...
saya nie bukan lah pndai sgt..
bg pndgn saya..slagi dlm tmpoh 15 hari..
jika mira rasa was2 msih ada lg..
tdk perlu lah solat n mndi wajib..
tp jika mira rasa ia adalah cecair yg keluar seperti biasa..boleh mndi wajib dan solat seperti biasa..
jika tidak silap saya..ada keputihan yg mgkn bewarna kuning2 sdkit.. insya-allah sy cube cr mklumat jika ada..

wallahua'lam

Unknown said...

tme ksih bbyk....klau ade mklumat lg...amt2 dhrgai...! :)

Anonymous said...

salam,

terima kasih ..info yg sgt berguna.... :)

Anonymous said...

emm..sya ada stu soalan..tlong jwab bleh x??(pleze)..pda stu hri,smasa sya membuang air kcil sya trlihat 'darah' di seluar..sya mmeriksa ke dubur sya dn sya dpati adew 'darah'..ttapi smasa sya mlihat ke ats tilam x trdpat tompokan 'darah'...slepas itu 'darah' itu x kluar..itu yg mrunsingkn sya skarang..adakah sya harus mandi wjib @x??adkah sya sdah 'haid'?ssepia yg thu tlong jwab leh x ?

Anonymous said...

salam.. sye jga keliru mngenai ini.. sbb lpas jer hbis haid.. trus kluar keputihan yg pkat n kuning.. bkan hnye dlm tmpoh 15 hri haid.. tp slalu pom akn kluar.. d ble waktu yang sesuai utk sye mndi wjib.. hrap dpt jwab

Afiza Mohd said...

Persoalan haid mmg byk & confius ..kan

Zairus said...

Sya jga mbgalami mslh yg sama.haidh sekitar 6@7 hari.pastu kluar cecair kng scara berterusan hngga dtng haid bln berikutnya.x ada cecair jernih pon.mka sya buat ksmpln bla dh jd kng cair tnda bersih sbb wrna ini kluar brtrsn tp sdkt sja...

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries