'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Berhati-hati Terhadap Kalimah "Cerai"..'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Dalam hidup berkeluarga sebagai pasangan suami isteri,kita perlulah berhati-hati dalam bertutur dengan pasangan. Andai tersalah bicara pasti akan menimbulkan masalah dan penyesalan dalam diri suami mahupun isteri.Oleh itu,setiap pasangan perlu untuk berhati-hati supaya tidak mengeluarkan sesuatu perkataan yang akan menimbulkan penyesalan pada diri walaupun hanya sekadar untuk bergurau dengan pasangan sendiri...

Kisah ini diambil sebagai contoh untuk diri ini sendiri suatu masa nanti..

Pasangan suami isteri yang hidup selama ini dengan aman bahagia tiba-tiba hubungan mereka menjadi keruh hanya disebabkan oleh beberapa biji buah kurma. Kisahnya bermula pada suatu hari sedang mereka berdua menikmati kelazatan buah kurma, tiba-tiba berkata si suami kepada isterinya,

"asingkan biji-biji kurma yang aku makan dengan yang engkau makan kepada dua bekas, jika tidak engkau akan aku ceraikan"

Ucapan ini amat memeranjatkan si isteri. Ia dengan segera cuba mengasingkan biji-biji tersebut kepada dua bekas.

Usaha ini tidak berjaya kerana si isteri tidak dapat mengenali dengan jelas, biji manakah yang dimakan olehnya dengan suaminya. Dalam situasi ini timbullah penyesalan pada diri si suami kerana telah terlanjur melafazkan perkataan 'cerai' terhadap isterinya, sedangkan ia tahu hal itu adalah mustahil bagi isterinya melakukan. Setelah menemui jalan buntu, lalu kedua-duanya pergi bertemu dengan Saiyidina Ali r.a.

"Hal ini senang sahaja" kata Saiyidina Ali r.a

"Kamu kumpulkan semula biji-biji kurma itu menjadi satu longgok, kemudian kamu asingkan semula kepada dua longgok yang berjauhan dan katakan"

"Longgok ini yang aku makan dan itu longgok yang engkau makan.Kamu tidak perlu membezakan antara biji-biji itu kerana suamimu hanya menyuruh mengasingkannya saja bukan menyuruh kamu membezakannya"

Tambah Saiyidina Ali r.a. Jawapan ini amat menggembirakan semula pasangan ini. Kebijaksanaan Saiyidina Ali telah menyelamatkan keruntuhan rumah tangga pasangan tersebut.

-diari islamiah-

wallahua'lam...

(peringatan untuk diri ini yang masih banyak kekurangan dalam diri)



0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries