Menu

'Diri Saya ^_^'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Amalan Mudah Untuk Langsing 2'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

ini sambungan pada entry sebelum nie....
ada lg 5 amalan untuk siapa yg nak langsing...(^_^)
mari cuba kepada sesiapa yang berminat....

6.Makan Banyak Bijiran dan Kekacang
-Bijiran penuh adalah sumber utama tenaga.Bijiran dan hasil bijiran banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protien, vitamin, mineral dan sedikit lemak


bijiran dan kekacang

7.Buat Diari
-Simpan satu diari makanan untuk diri sendiri. Ia mempunyai pengaruh yang besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan setiap hari berapa kali anda makan, tahap lapar yang anda rasai sehingga memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan.

Diari ini boleh membuat anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan trend dan pola pemakanan anda. Kemudian, cuba perbaiki tabiat makan anda sedikit demi sedikit menjadi lebih sihat. Dengan cara ini, anda lebih fokus dan komited untuk berusaha berdiet

diari yg comey

8.Tumpukan Perhatian Untuk Sihat, Bukan Kurus
-Ramai orang yang berjaya dalam pelan diet mereka biasanya berdist dalam tempoh yang panjang. Ini kerana, mereka menukar motif untuk berdiet bukan semata-mata untuk kurus, tetapi untuk kekal sihat dan segar sepanjang hayat. Oleh itu, tidak terlambat untuk bermula dari sekarang

senaman untuk sihat sentiasa

9.Ubah Cara Masak
-Cara memasak yang paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori di dalam makanan adalah dengan teknik merebus, mengukus atau memanggang. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumis dengan sedikit minyak, tetapi seboleh-bolehnya elakkan menggunakan minyak atau lemak haiwan

ikan panggang

10.Pilih Piring atau Pinggan Yang Rata
-Ketika mengambil nasi dan makanan, pilih pinggan yang rata, bukan yang melengkung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian, baru ambil nasi dan terakhir lauk tambahan. Fokus terhadap makanan ketika makan dan elakkan makan sambil berbual dan menonton televisyen.

jangan makan sambil tgk tv..(^_^)



11.habis dah untuk kali ini...lalala...
kepada sesiapa yang nak kurus cara sihat..boleh la cuba amalkan...
mane tahu berjaya...insya-allah.... saya doakan semoga kamu berjaya....

sumber:mingguan wanita

wallahua'lam....

0 'ulasan':

'Sahabat'

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries