'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Wacana Ilmu Remaja : Monyetnya Cinta Kita'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

InsyaAllah, pada 8 Ogos 2009 (Sabtu), buat pertama kalinya, iLuvislam.com dengan kerjasama ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. dan Majalah i (terbitan Karangkraf) akan bersama-sama menganjurkan sebuah forum menarik khas untuk remaja dan mahasiswa seluruh negara


Forum yang bertajuk 'Monyetnya Cinta Kita' bakal menampilkan penceramah dan motivator hebat iaitu:

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:


-Penulis blog saifulislam.com
-Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS
-Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan


2. Firdaus Djamaris

Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.

Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.

3. Ustaz Ahmad Zahir Zahiruddin

Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.

Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.

Detail Program

Tarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi-1 petangPendaftaran : 9.30 pagi
Tempat : INPENS, Bangi
Yuran : RM 3 (Makanan, Hadiah & Pengangkutan dari komuter Kajang disediakan)

Pengangkutan ke INSPENS

Jika anda menggunakan pengangkutan awam, 'shuttle bus' akan disediakan dari komuter Kajang.

Jika anda menaiki kenderaan sendiri, sila klik sini untuk peta.

Daftar Sekarang

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

→ Klik Sini Untuk Mendaftar. Tempat Terhad.

Jadi apa tunggu lagi...cepat kita mendaftar....(^_^)

sumber : www.iluvislam.com

2 sahabat:

Nurul 'Atiya said...

da daftar..
ta saba2 nk gi..
: )

nurecch said...

to Nurul 'Atiya:

wah...
if pergi nant jgn lupa kongsi di blog yer..

(^_^)

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries